Thursday, June 9

Cerita Bila Bulan Habis.. [bosan+panjang]

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Esok Tamat Sebulan Bergelar Budak Tahun 3
Esok merupakan hari terakhir untuk Klinik Asas wanblur. Semuanya ada 4 minggu, dan esok bulan ala-ala orientasi ini akan tamat dengan Lecture PPD. Adeih, rasa malas pulok nak bangun esok. Nak tahu kenapa? Baca entri nie sampai habis okeyh.. *kenyik mata sikit.. hehe*


SURGERY, The First
Posting pertama yang wanblur masuk semasa Klinik Asas nie ialah Surgeri. Untuk pengetahuan kawan-kawan, sebelum wanblur mula sesi orientasi nie, wanblur ada dibekalkan dengan benda-benda yang perlu dibaca, difahami dan diwajibkan untuk mengingat oleh senior. Perghh.. mula-mula macam seram jugak ar. Sudah ar baru lepas Resite exam, gua tak teror macam lu ollz semua.. Rasa macam satu beban pun ada..

Korunk nak tahu, hari pertama masuk posting tue pun dah kena kejutan dah. Pergh, Senak wanblur! Seminggu yang hampir penuh dengan aktiviti seperti clerking pt, tengok BTH/ticket, dr ajar buat demo. Nasib baik kumpulan wanblur kena dktor yang baik -->> rajin mengajar dan tak garang. hehe.. Bagi sesiapa yang pernah baca entri sebelum nie, Mesti korunk ingat, yang wanblur kena Bulli dgn TL. adeihh.. tapi, sabor jela kan.. sabar sabar.. huhu

So, semangat wanblur masa nie dah berkobar-kobar macam singa laut kelaparan dah. Rasa macam ada something yang drive my passion. Its good. Banyak benda yang before this wanblur tak perbah buat tapi dah buat. COntoh benda yang wanblur before nie tak buat ialah bangun awal seawal 7pagi untuk ke kelas, makan sarapan, lucnh dengan benda yang sama iaitu nasik lemak kuning, basuh white coat hari-hari, dan tidor lewat. hahaha.. *bangga sekejap*.. tapi, Bertahan ker??


Obstretric and Gynaecology, Erti langit itu Tinggi sejauh mata memandang
Bila masuk O&G nie pada mulanya rasa macam senang. Bagi wanblur, my first impression. Tapi, ayoyoyoooo... ammaa.. benda banyak susah oo.. Tengok video macam senang jer. History taking banyak yang macam dah ada dalam surgery. cuma tambah beberapa part jer. Cuma PE jer yang belanbak. Nasib baik ada orang dalam (housmate bagi nota). Kalau tak, hancuss wanblur.

Dalam posting seminggu nie, wanblur dapat rasa betapa sengsaranya seorang perempuan yang bakal bergelar ibu. Kalau anak pertama, konfirm kesengsaraan nya bertambah-tambah.. Tak pernah wanblur tengok ada orang yang bila sakit sampai menjerit-jerit, sakit sampai macam dah give up,.. tak tahan.. Hurm..  Ntah la.. rasa sakit bila tengok suture after epiostomy masih terasa.. Tiap kali jarum masuk menembusi kulit, setiap kali tue kesakitan terasa.. ngilu wanblur. ngilu-ngilu

First time jugak wanblur tengok, budak kecik masih berdarah. DIlap-lap sebelum ditimbang dan diberikan Suntikan (2 suntikan, Vit K dan Hep B). Rasa macam kocik jer budak tue. Biar betol.. pelik-pelik. Tapi, itulah kuasaNya, Nak sedarkan kita. Kalau kita kecik jer dan akan sentiasa kerdil didepanNya.


JKM, Jom Kita Malas-malasan..
Bila masuk jer minggu ketiga, minggu JKM. Wanblur dah macam menurut sikit motivation dalam diri nie. Ye ar, Orang lain bila masuk JKM semua dah start study group la apa lah. Wanblur? Masih tiada group dan masih mencari.. Dalam seminggu posting nie, Wanblur rasa jeles jugak la dengan group-group lain yang dah masuk posting nie dahulu sebelum giliran kumpulan wanblur. Yelah, diorang 4hari jer, wanblur punya group tiap-tiap hari. 9pg hingga 5petang. adoi adoi.. Why why?? *dushdush

Tapi, ntah la. Time lecture JKM nie, ada sekali jer rasa mengantuk iaitu semasa kuliah pertama. Yang lain tak rasa la pulok. Mungkin pendekatan yang lecture guna tue okeyh dan menarik. Nak tahu apa sebab wanblur tak tidur time lecture?? hehe .. Antaranya adalah sebab lecture suka tanya soalan, ada interaksi dua hala dan tak banyak guna power point sangat. So, tak der la duduk, dengar dan hadam terus. Otak wanblur nie pun sewel jugak. so, Okeyh la tue. Tapi, kadang-kadang rasa gak ngantuk tue. Main game hanset jer la.. Tq to orang yang duk sebelah wanblur.. hehe habis bateri. *padan muka**

Then, hari terakhir tue pulak, Jumaat. Belajar guna SPSS. Serius sumpah macam baby gila otak wanblur nie..Wanblur rasa itulah akibatnya dulu time preklinikal malas dan anggap enteng benda nie. Jadi, jadi macam budak2. STudy malam-malam?? Wanblur dah slow, or dah decline dah habit 2 minggu yang lepas. adoyaiii.. apa nak jadi nie kan. Hangat-hangat air kencing betol la.. oppsss..  Sencor sikit.


Internal Medicine as The Completion
waktu Internal med nie, seriuss moral wanblur untuk klinikal asas nie macam dah menurun sikit. yelah, selepas seminggu berlecture jer, tak der kena marah-marah dengan HO dan Nurse. haha.. Syukur sangat-sangat dapat doktor yang baik. hehe akalu tak mesti kena marah lagi wanblur. She is soo nice and informative, Thumb UP.

Walaupun sehari jer teaching bed, cukup 4 jam. Tapi, new experience meh (ala -ala cinese sikit).. Masa nie ada walaupun bukannyer wanblur tengok dengan bijik mata sendiri pun, just dengar-dengar dari bed sebelah. Macam mana patient mengamuk-ngamuk, ada patient yang menjerit like a hell.. OMG.. Seram, ini yang membuatkan wanblur start balik g Gym wlaupun perit maintain boroi.. hahhaaa.. ye saya ngaku saya boroi, saya okeyh. haha.. Kasi besar sikit tangan. senang nak tumbuk jer sapa yg buat kacau nanti.. haha **jahat-jahat.. walaupun sekadar boleh tumbuk dalam mimpi jer**

Ward dah jarang pergi sebab hari rabu pergi KCKL untuk uruskan time wayar-wayer, hari Khamis pulok g Maktab uruskan tentang everything about logistik.. Alhamdulillah, walaupun ada banyak dugaan (seperti surat kena reject, pejabat buat hal, birokrasi yang berlambak, dan orang atasan yang busy). Tapi, akhirnya berjaya jugak. Hope everything will pay off my "Ward-skip" haha **ini kalau doktor aku tengok konfirm aku kena maki nie.. wanblur pergi tapi kejap jer.. hehe 


Moral of The Story : 
Sebenarnya banyak yang Dia nak tunjuk kat wanblur. Bila senang jer mesti Dia akan beri sedikit kesusahan untuk buat wanblur tak lupa. Sebab wanblur nie jenis manusia yang lemah. ALpa dikala senang, ingat dikala susah. macam Munafikq la pulok. dosa-dosa.. bala-bala.. Hurm, I need to rebuild my mood and create study-like habit!! kalau tak, mampoosss wanblur nanti. Kan dalam Quran ada menyatakan, "Alla Maha pemurah, Maha Penyayang". Siapa yang berusaha dia akan dapat. ryte?

so?
Wanblur masih tak sedar diri. Hope ada sesiapa ley sedarkan wanblur. Plez plez.. korunk boleh??

Setan ada dimana.. Jaga-jaga dengan Musuh Yang nyata ini.. :) pesanan untuk diri sendiri!!

okeyhlah, bubye semua.. esok jumpa lagi. 

p/s: ada tip nak komen or improve penulis borink nie??

1 comment:

Anonymous said...

Like this one. huhu.
dan jangan lupa untuk follow dan komen blog kami okeyh~. hehe.
ni link blog kami :- (www.umedianetwork.blogspot.com)