Sebelum wanblur nak pergi mandi selepas menghabiskan work-out tadi, wanblur nak story la sikit dengan korang semua. Entri pasal cita-cita atau sebutan hurufnya, Chi-i-Tea-a, aka C-i-t-a. Semuanya orang ada cita-cita. Sama ada sedar atau tidak. Ryte?
Bagi wanblur, Cita-cita wanblur daripada dulu, time kecik keding sehinggalah besar bak suami mithali sekarang nie, cita-cita sentiasa sahaja berubah. Kata orang, cita-cita semasa sekolah rendah la yang paling relaz sebab masa tue faktor persekitaran yang mempengaruhi kita. Bila dah besar, masuk sekolah menengah, dah tahu serba sediki asam garam gula dan beras alam kehidupan nie, cita-cita pun bertukar menjadi lebih matang. Korunk pernah mengalami tak?
Nak tengok apa cita-cita wanblur dari dulu hingga sekarang? **malu nak gtau nie.. member-member punya pasal**
- Tadika - darjah 2 : Nak jadi BOMBA, sebab boleh padam rumah terbakar
- Darjah 3 - darjah 6 : Nak jadi Polis / PBSM-related macam jururawat ker, attendant ker, dll
- Tingkatan 1 - 3 : Nak jadi technician, sebab masa tue wanblur menang Pertandingan Elektronik Sekolah-sekolah 2015, dan Jadi Johan. KBSM punya. hehe **RIak, sila terajang wanblur*
- Form 4 - 5: Nak jadi doktor, sebab dapat gaji banyak, kereta mewah walaupun hutang bank kan, rumah besar (means ada rumah sendiri)
- After SPM - sekarang : Nak jadi Surgeon, sebab terpengaruh cerita korean, The Surgeon. hehe
Mak berkata, "kalau orang lain boleh berjaya, kerja besaq-besaq, pasal apa hang tak boleh?"
dan,
"mak nak jugak nanti bila dah tua, anak-anak jaga cukup macam mak jaga time kecik-kecik. Tak hidup susah macam sekarang"
Untuk adik-adik yang baru lepas SPM or masih tak tahu nak ambik apa selepas nie, abg wan nak beri beberapa tips .. (eeeuuu.. abg wan? wanblur la!! grr).. Tips memikirkan cita-cita kita selepas ini?
- Apakah peluang atau laluan yang kita anda sekarang? result kita? keadaan kita?
- Adakah kita minat sesuatu bidang itu?
- Tengok prospek kerjaya tersebut. Sampai tahap tertinggi sesuatu kerjaya itu. cerahkah masa depan kita nanti?
- Nanti lepas belajar ada kerja ke tak?
- dan yang paling penting, Kita ikhlas tak untuk cita-cita itu?
Minat boleh dipupuk andai ada keinginan. Peluang ada dimana-mana andai gigih berusaha. Kegagalan itu pasti, kejayaan menanti digarisan penamat bagi seseorang yang tidak give up.
Ingat satu perkara jer, YOUR LIFE, YOUR FUTURE is ON your Hand. Your Destiny is YOURS.
okeyh?
p/s : mencari motivasi sebenarnya nie.. grrr.. nak study tp x der mood.. *period ke apa mood moody nie.. haha*
Selamat bercuti kepada yang daha habis final exam!!
Sebijik macam wanblur sekarang, study week tapi LAZIIII saje,, hukhuk.. |
Nak workout jadi macam nie.. Sikit jer lagi perut nie.. habis ar ko lemak perut,,.. mati ko lepas nie.. hahaha |
Jom Kita study,
Sekilas pandang, sejiwa dironta |
tata__
2 comments:
stuju!!! cite2 kite dari kecik mmg sentiasa berubah2..lsat2 keje skrg bukan la ape yg dicitakan mase belajar dulu..tapi enjoy gan keje skrg..
cita2 yg last skali.xleh blah btl,,hihi..nsb xde pengaruh nk jd sinchan
Post a Comment