Thursday, February 24

Sekadar Pendapat : Kongsi Password with .... ? perlu atau tidak?

Asalamualaikum dan salam sejahtera kepada readers-readers yang membaca blog yang sakit mata nie. hehehe..soryy la yerk kalau huruf2 lampu neon2 nie buat korang sakit mata.. wanblur baru jer buang background jdkan dier black terus.. huhuhu.. boleh la kurangkan berat blog. senang la korang masuk nanti.. (bila nak tidur,.. sebab baca blog nie sure akan terus tido.. buhsann.. hehe). teettt..

oklah, tajuk hari ini. :

KONGSI PASSWORD with dotdotdot.tandasoal. Perlu atau tidak {tanda soal la }

Pertama sekali, wanblur just nak beritahu yang hal ini merupakan pandangan peribadi wanblur sendiri yeay. Kadang-kadang situasi yang berbeza akan menghasilkan reaksi dan pandangan yang berbeza. betol tak?? kan kan.. (eh, macam ayat farid kamil dlm NAsik lemak 50sen,. gegege)

Dulu pernah sekali, dalam salah satu daripada kisah cinta wanblur, wanblur pernah beri password wanblur kepada awek wanblur. pergh.. ajaib bin Magic. Wanblur yang sangat-sangat menjaga password-password seperti facebook, twitter, blog, email dan etc sebelum ini, setelah mengarang kisah Love dengan awek nie. Terus wanblur tak kisah. Kitaorang kongsi password. Tapi wanblur jarang buka facebook dier. dier selalu jer buka wanblur punya. Tapi, wanblur tak kisah. sebab tak der benda nak sembunyikan. kan kan.. tapi, nak buat macamanaa.. orang tua-tua kata, " ingat panaz terik sampai petang, rupa-rupanya hujan tengah orang bang " (p/s : ayat orang kedah : tenagh orang bang means tengah hari.. time orang azan zohor.. panas kan time tue)

so, kat sini wanblur listkan beberapa kelebihan dan keburukan bila sharing password-monword nie. oker??

YAng peRTAMA ialah kelebihannya :
1. Boleh uji kesetiaan pasangan masing-masing. Sebab kalau laman-laman sosial nie kita ada password, susah la sikit pasangan kita nak cari makan kat luar. So, bila nak cari makan, kena cari kat dalam jer. means setia la
2. Boleh mengetahui mana tahu kot2 awek kita ada gambar balak lain yg private2 dalam facebook. Mana nak tahu kan..
3. Senang nak berkenalan dengan ahli keluarga pasangan masing2. maklum lah, semua dah ada facebook. nenek, atok, mak ayah.. so, introduce or korek2 cikit cara nak ambik hati diorang b4 nak meminang
4. Boleh berkenalan dengan kawan2 pasangan masing2..
5. Boleh kenal siapa sebenarnya pasanagn kita.. baik ker jahat ker.. tapi tak la sampai break kan.. kita, terima la seadanya

Dan,
yang Kedua ialah KEBURUKANnya
1- Mungkin terdapat message2 yang private2 yg hanya untuk kamu shj dr seseorang. Jadi tidak elok kongsi password. kerana Mungkin ia x nak orang lain tahu. Mungkin ada kisah buruk. Mungkin ada secret ker.. kan kan.... ?? ye tak?
2- Mungkin nanti korang hairan, kenapa awek/ balak korang kenal kawan korang yg berlainan jantina lagi rapat or comecing dr korang.. pelik2...
3- Boleh menimbulkan masalah.. hal kicik jd hal besar.. boleh metastasize menjadi pergaduhan samseng jalanan
4- Mungkin korang sedar, bila korang x online, bila korang buka, ada orang yg layan chat dgn org lain, frenx fb.. erk erk.. macamane tue.. grrr... especially ex-ex korang (eh.. mcm aku).. kesian ex-ex.. kan kan..
5- WANBLUR BENCI SHARING PASSWORD

oklah, itu sahaja,
ssebenarnya nak cakap;

Kadang-kadang, kejujuran dan keikhlasan seseorang itu, untuk menyintaikan kita tidak hanya dapat dilihat dengan berkongsi password, sharing LINK handphone dan sebagainya. Memang ia merupakan lumrah untuk pasangan untuk menjadi cemburu kerana alam semakin moden. Namun, Privasi dalan setiap individu itu perlu dijaga kerana mungkin ia melibatkan ramai orang yang tidak berdosa. erk.. Kejujuran dan kesetiaan dapat dilihat daripada perasaan kita terhadapnya bukan bila memandangnya. So, ingat, bila tengok awek tutup mata. kalau dapat rasa aura cinta tue, sah la awek korang tue. Bila tak der, hurm.. mungkin belum tiba or x der harapan.. Sebenarnya aku sendiri pun tak layak nak cakap pasal setia, curang dan kejujuran. sebab dulu aku yang memainkan perkara ini. Just untuk rujukan dan telahan korang jer.. 9 love story in 9years.. tq

tq

2 comments:

Rabiatul Adawiyah Binti Ag. Binting said...

masing2 ada private masing2...smtimes kita berahsia dgn org tersyg sbb xnk mereka susah or ape2 je la...huhu... tp kn cinta slps nikah lg best...xyah ragu2 wlu smtimes ada gak ragu2 tue tp think positif la..insyaAllah semuanya akn baik2 je...hehe.. kepercayaan dan kejujuran serta sikap bertolak ansur sgt pntg dlm sesuatu hbgn...apa2 pn berdoala byk2 kpd Allah smoga psgn kita tue sentiasa d lindungi dri perkara2 yg x baik utk sesuatu hbgn...hehehe..

Gadis Kecil said...

like and sokong wan 100% ... sgt xsuka bila ada org ggu privasi kita kn,,,,