Wednesday, February 23

dulu dengar, tapi sekarang... apa lah nasib badan kan.. sob3

" Sejak akhir-akhir ini, beliau selalu terlewat untuk bangun awal pagi. Semuanya akan menjadi serba tak kena sahaja. Sebelum ini, semuanya baik. Semuanya molek-molek belaka. Tapi, semuanya berlaku tanpa beliau tidak sedari. Jam loceng yang dulu nya pernah menjadi tuah kepadanya pada hari pertama temuduga kerja, kini menjadi pemusnah kerjaya beliau sendiri. Adakah silap beliau? ataupun silap Jam itu?"

Situasi begini sering berlaku kepada pelajar sekolah asrama, atau lelaki-lelaki bujang yang sudah beristeri atau tidak. Sebelum nak tidur, jam loceng 2 3 jenis dah kunci, Ada yang gambar mickey mouse, ada yang gambaer MU dan ada yang gambar x der gambar (ini disebabkan jam pernah terjatuh dr meja study.. hehehe). Tapi semuanya sia-sia, Anda tidak jugak bangun seperti yang dirancang. BANGUN LEWAT.. kenapa? kenapa anda tidak dengar tp roomate anda boleh dengar jam loceng anda?. Kadang kala, anda terbangun lewat dan check-check jam loceng, ia sudah di-offkan. Kenapa? hantu Kak limah dtg berteman kah??

Anda pernah mengalami perkara sebegini?

Anda kunci jam loceng namun tidak sedar dari tidur?

Ingin tahu Kenapa?

Jawapannya:

Otak kita merupakan anugerah yang Super-superb magic dan tiada yang dapat setanding ciptaan-Nya. Keadaan sebegini berlaku kerana otak kita mengangap perkara yang berlaku secara berterusan pada masa yang sama merupakan suatu pengetahuan. suatu yang orang puteh kata "learning".  Bunyi jam loceng dari hari ke hari, dari minggu ke minggu, akan menjadi baja atau makanan untuk otak kita atau lebih tepat lagi, sumber pembelajaran tidak berkaitan (non-association learning). Jadi, kalau korang baru beli jam loceng tue, letak kat mana pun korang sure terbangun. Tapi, bila lama-lama guna jam yang sama, asyik-asyik tak bangun jer, jadikan itu petanda bahawa jam loceng anda memerlukan sound yang baru. Tapi, jangan beli jam loceng taruk lagu Siti Nurhaliza ker, achik spin ker.. ok?? habis2 pun letak ar bunyi bomba ker.. hehehe ok?? sharing is caring..


Ransangan yang berulang ---->>> pada masa dan ketika yang sama + berasal dr benda yg sama ---->>> akan menyebabkan badan kita dah "Imun" atau Kurang sensitif! ----->>>> Tidur nyenyak dikala loceng berbunyi ---->>> kena maki-hamun dengan guard/ lecture sebab g kelas lambat. padan muka!!




p/s : Have regular check up kat hospital andai korang bukan setakat tak dengar jam loceng, bahkan masih mengangap ia biasa bila si isteri berleter2.. korang buat2 macam dengar Noraniza iDris tengah nyanyi kat teling korang plak.. ok?? Hospital awam free tp lmabt. Swasta cepat tp mahal. So?? Pilihan ditangan anda..


4 comments:

Rabiatul Adawiyah Binti Ag. Binting said...

hehehehe....bgos2..thanks for the info...hehe

Shazwan Azizan - wanblur said...

sama-sama.. terima kasih sebb sudi bace. erm.. nie mesti slalu x bgn tido nie. hehe

Rabiatul Adawiyah Binti Ag. Binting said...

eeiii..mne ade...sy sorg yg dgr je bunyi alam biarpun slow, pasti akn terbangon...sbb dh set kat minda kne bgon kul brp...hehehehe...kata org, ko nie slalu kn...hehehe...

Shazwan Azizan - wanblur said...

aku selalu bgun lewat jugak.. heheh walaupun ada 4 jam loceng.. gegege