Monday, January 17

luahan hati : Busuk itu makin dijauhi makin dekat

Salam kepada semua readers, wanblur mintak maaf sebab sudah lama tidak mengupdate blog ini. Wanblur mintak maaf la yer.Untuk kali ini, wanblur nak kongsi la sikit, beberapa pendapat or imbasan kehidupan wanblur. Wanblur mengaku yang wanblur tidak lah sebaik orang lain. tapi, wanblur jugak ada perasaan dan jiwa untuk dihormati dan disayangi. Diri wanblur ini bukan untuk seorang diri wanblur sahaja, wanblur ada jugak orang lain yang berkaitan dengan wanblur.  My family, my mom, my dad, and especially my bb. Respect me if you want me to respect u.

Luahan hati: Busuk itu makin dijauhi makin dekat. itulah entri wanblur kali nie. Yang perkataan busuk itu bukan bermaksud bau-bauan macam bangkai ker apa. Tapi, busuk itu bermaksud kesilapan or keburukan yang kita dah lalui pada masa yang lampau. Wanblur bukan nak membuka pekung didada, wanblur bukan nak bermegah2 dengan busuk ini. dengan kesilapan ini. NAmun, hanya luahan perasaan.

makin seseorang itu rapat dengan seseorang yang lain. Semakin banyak keburukan yang dinampaknyer, semakin banyak pulak kebusukan yang dihidunya. dan sepastinya semakin berkurang kelebihan or manis or bauan wangi seseorang itu. Tapi, bila bersama semuanya okey jerk. Boleh tahan la. Tak per la. macam macam yang semuanya ditanggung beres... namun, kita jarang nampak benda nie. Selalunya selepas berpisah or berjauhan or hati sudah dimiliki orang lain dan hati dilukai, baru benda-benda busuk nie timbul. Satu demi satu timbul. timbul macamane? timbul macam periuk, beras dan belanga timbul semasa banjir. Kadang-kadang ia timbul satu per satu. Tapi bila dah lama sangat, semuanya timbul terus. PAsti mengujakan. pasti keterlaluan. terkenang peribahasa ini,

Ketika bersama kentut pun bau wangi
tapi
bila berpisah bau gigi tak gosok pun bau busuk
Andai seseorang yang tidak membuka aibnya, orang lain pasti tidak akan tahu. Bukan salah orang yang membuka aib or salah orang yang membuat busuk. Tapi, salah bersama. Sama sama okey. Kalau orang tanya wanblur, apa apa yang berkaitan dengan benda-benda busuk ini, wanblur akan jawab tak tahu or tak. Wanblur rela berdiam diri menahan maki-makian. Sebab apa? sebab wanblur tak nak benda busuk nie keluar. Benda busuk nie keluar mesti baunya habis dibaunyer.. kadang-kadang benda busuk nie terlalu peribadi. kadang-kadang ia nampak normal saje. Namun, diri orang lain-lain. Kesensitiviti itu berbeda-beda mengikut orang. KAdag-kadang andai benda busuk nie seorang jer yang buat tak perla.. tapi andai ada orang lain buat?? orang lain yang berkaitan. Apa kata korang?? Membuka aib sendiri? Membuka aib orang lain?

kadang-kadang orang mesti kata, lelaki tabah. lelaki tak der perasaan. lelaki not in mood. tapi perempuan pulak beremosi, hati pecah berderai, hati kecik rapuh, Andai terjadi apa-apa yang tidak disenangi. Mesti orang lain akan memihak kepada perempuan. memaki maki, menyalahkan si lelaki sahaja.Yelah, nak salah kan si perempuan tak sanggup sebab kawan la, sebab title "PEREMPUAN" itu sendiri. tapi lelaki??

Lelaki jugak ada perasaan, lelaki jugak ada jiwa untuk diselami, lelaki juga mempuyai air mata untuk mengalir. Diam-diam bukan bermakna si lelaki tak ada perasaan. Diam-diam bukan bermakna si lelaki kuat or loser. Namun, diam-diam ada batasnyer. Bila batasan dilampui, apa apa sahaja boleh dilakukan. Apa sahaja boleh didedahkan. Pada masa itu, revenge is fun. Revenge itu cool like medic itu cool. 

ANDAI PEREMPUAN BOLEH BEREMOSI, LELAKI JUGAK BOLEH. tAPI, CARAnya? bergantung kepada individu itu sendiri

p/s : wanblur pernah kutuk dan maki maki orang. dan wanblur jugak pernah usha-usha awek dekat hospital time wanblur kerja dulu. Pernah jugak ayat-ayat dekat sana sambil kerja. Anda pula? perlukah salahkan orang lain andai diri sendiri tidak baik??

fikir-fikirkan

hati lelaki juga perlu dijaga

sekian,

terima kasih sebab membaca entri kali nie yerk.. sayang korang


1 comment:

Wahida Nasution Thakhrim said...

emo lelaki tak sedasyat emo perempuan..