Kawan atau lawan. Itu yang wanblur nak luahkan atau nak kongsi kan malam nie. mungkin terdapat reader yang berpendapat, ini isu lapok. dah lama dah terjadi. dah 20 tahun (hehehe.. dah tua rupanya wanblur). tetapi hal ini sering terjadi. iyelah dalam dunia yang sepantas Celcom 4g YES, dan secanggih Blackberry, macam mana benda seperti ini tak jadi.
Baru-baru nie semasa wanblur tengah buat blogwalking, ada pen"komen" atau orang yang memberi komen, menghentam dan hentaman dalam shoutbox. (untuk makluman, blog tersebut merupakan blog kumpulan pelajar). Macam-macam komen yang ditulis. daripada memuji, Komen bertanya sesuatu dan tidak terlepas jugak komen mengutuk sesuatu yang pen"komen" tidak suka. Ada yang menyahut seruan pen"komen" sebelumnya dengan menambah nambah perisa dan kepedasan komen itu. akhirnya, bila dah lama-lama, semakin banyak. ada yang menentang. ada yang menolak. (erk.. tak same ker) dan ada yang jugak menyokong. ada yang relaz jer.. bukan ada paper pun. dan ada yang sensitif.. merajuk pulak.. terlalu sensitif.. (iye ar.. dah kutukan kepada org tue, kalau aku.. habis aku hack blog tue.. hehehe jahat !!)
Disini, wanblur just nak bagi beberapa pesanan or nak kongsi la apa yang patut or tak patut bila memberi komen dalam shoutbox.
1. Sila guna nama sendiri or nama yang orang dapat trace anda.
Anda dilarang mengunakan nama orang lain or nama yang bersangkutan dengan orang lain. Contohnya, nama kamu Limah, tapi komen guna nama " aku sayang tijah" . hurm.. ape lae kamu nie.. nak tunjukkan sayang pun pada pada la. nanti orang salah anggap... orang ingat Tijah yang buat. Tijah pun blur-blur.. malu la nama dier dikaitkan. so, Limah, jangan buat lagik yer walaupun mungkin ko tak sengaja.. tibe2 tijah yang muncul. huhuhu
2. Ayat yang bermadah.
Korang ingat wartawan dalam majalah atau ruang hiburan sahaja yang perlu bermadah-madah. Pen"komen" jugak kena bermadah-madah. kalau iye pun tak suka, komen yang diberikan bermadah. bila orang baca. orang tahu sesuatu benda itu tak betul, benda tue salah, tapi cara ditegur tak kasar. bila baca tak terasa sangat laer. jangan lah hentam betol-betol.. sini ada satu tips la, kalau nak hentam. korang tulis la dulu puji puji dulu then baru komen, tapi time komen tue, fikir0fikir la orang tersayang yer.. cian kat kawan
3. Motif
komen yang ditinggalkan or disampaikan mesti la mempunyai motif.jangan melalut lalut macam wanblur dalam blog nie. okiez? padat dan ringkas.
okiez, tue jer yang wanblur nak luahkan
nak sambung tidur la. badan panas hari nie. kena hujan ++ tunggu orang yang berjanji nak datang Times square tapi tak datang-datang lalu senyap tanpa berita.
kepada blog tersebut, Kita semua adalah kawan. kawan sekelas, kawan sekaum, kawan sebangsa, kawan 1 malaysia, kawan dunia Facebook dan kawan -kwan.. (berapa banyak kawan la). kadang-kadang kepelbagaian ciri-ciri or karakter seseorang itu berlainan antara satu dengan yang lain. kadang-kadang sorang tue kata baik-baik, tapi orang yang mendengar nya rasa macam kawan dioer tue marah-marah. ye lah, kan dah cakap, setiap orang lain-lain. macam wanblur orang kedah, cakap hang-hang, Bu^&( dan sebagainya itu perkara biasa, tapi bila dengan budak2 KL or yang bek2, benda biasa jadi sesuatu yg kasar dan lucah. ryte? agree??
Kawan or lawan?
itu reader yang tentukan yer..
wanblur ada kawan
wanblur juga ada ramai kawan yang bertopeng lawan
tapi belum ada lawan. huhuhu (gelak riak)
k lah,
selamat malam ..
p/s : tergelak gelak wanblur bila membaca komen dalam blog ITU. huhu macam macam nama keluar.
nak tahu nama apa?? hehehe
Madu mummy ( ni nak lawan redmummy), mak limah ( kesan drpd hantu mak limah la nie) dan yang paling seronok gelak2 bila ada satu nama tapi bervolume volume (bersiri2) seperti Getah rambut, getah rambut v2. hehehe bestnyer.. ada jugak nak lawan mulut paparazi wartawan seperti Mulut Laser, baby Comel dan En Bulu. hehehe
mode : gelak2 nak tido. hehehe
Tiba-tiba kenangan manis dalam hidup
menerpa dan menghinggap didalam kesunyian malam
credit to : rumah aman, shah alam
4 comments:
blog ape wan? cam serunuk jer. hehehe
mane boleh bagitahu.. rahsia rahsia... huhuhu
hahaha.. macam best jer kalau dpt singgah blog tu.. :DD
mana boleh.. blog private.. heheh .:P
Post a Comment