Nama saya, Mohamad Shazwan Bin Azizan. lahir pada tanggal 9 oktober 1990 di Wad Bersalin Hospital Besar Alor Star, Kedah. Ayah saya bernama Azizan Bin Ahmad, dan mak Saya bernama Che Atikoh Binti Zainol.. aku ada 5 orang adik-beradik termasuk aku.. yang sulung nama Sabri, kedua nama Shahrun, ketiga bernama Syamimi, aku dan yang terakhir dan paling ganjil ialah adik aku Nama Syafiq.
aku mula menjejak kaki ke tempat yang bernama sekolah pada tahun 1995.. iaitu Tadika kemas Alor Merah.. selama dua tahun.. then, aku sambung pengajian aku di Sekolah Kebangsaan Seri Amar Diraja.. dari tahun satu sampai tahun 4. aku pindah rumah aku pada akhir tahun 4 ke Taman Teratai. rumah dan juga kampung bagi anak2 aku nanti. aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Langgar dan UPSR, hanya mendapat 3a2b. sedih memang sedih, tapi kena kuatkan hati. aku kemudian sambung belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Syed Omar dari tingkatan 1 sampai Tingkatan 3. aku pindah dari SMKDSO ke SBPI Kubang Pasu selepas berjaya mendapat 8A dalam PMR. aku belajar dan banyak mengenali erti kehidupan dan makna diri ini di sekolah itu. aku keluar dari sana selepas aku tamat SPM dengan keputusan 8A 2B. kemudian,aku menyambung pelaran di UITM shah alam untuk kos ASASI SAINS UITM. selama 2 sem aku disana.. aku mendapat 4.00. then, aku mendapat tawaran untuk belajar di UKM cawangan KL untuk kos Perubatan atau lebih tepat lagi IJAZAH DOKTOR PERUBATAN UKM.
aku seorang yang tak pandai untuk berkata-kata seperti orang lain. aku hanya menulis di dalam ini sebagai luahan atau cerita yang boring..
keep as secret
hehehe, panjang dan serabut tak?? tak der idea nak tulis apa. Lagipun, kena posa blog nie sampai hari selasa. Jadi, just repost. sorry yer..
Dah banyak berubah kan.. Cuma, diri ini semakin lama semakin banyak kekurangan, semakin banyak yang perlu dibaiki dan diperbaiki..
Selamat HAri Ibu..
p/s :
1 comment:
wahhh.,
bakal doc tu :)
bange2..
Post a Comment