Sunday, March 30

Pro Exam




Cute tak ? hahaha.. aku tak ada idea nak guna background warna apa. Saja merosakkan facebook rasmi persatuan. Kan... dah sapa bagi password kat aku. Aku taram je la... haha


uhuk huk...


disaat aku menaipni. Sesungguhnya, jantung aku sangat palpitation. Laju sampai tido tak lena... Ya Allah, besar ujian Mu kali ini... Sejak tahun 1 aku meniti liku-liku yang orang lain tak pernah lalu,


Ya Allah, kuatkan pemahamanku, kembalikan apa yg aku lupa, permudahkan untuk ku ya Allah... Aku mohon ya Allah, bagi lah aku lulus exam kali ini... Aku mohon dengan sangat. Aku mohon dengan sangat.... Kau tahu ya Allah, apa yg ku rasa. Kau tahu ya Allah, siapa diriku... aku memohon pertolongan dariMu... Aku mohon dengan sangat...


1 Day unmanned osce
4 day theory papers
1 day Clinical Exam (long case + manned osce)


YaAllah... Bantu aku ya.




Friday, March 21

Khamis




Assalamualaikum,


Khamis yg lepas. Menerima satu berita tentang keluarga di kampung. Hati berbelah bahagi sama ada nak balik atau tak. Dengan exam yang seminggu lagi tinggal. Fuhh... Dugaan. Telefon mak.Mak cakap ok. ADa apa-apa baru dia bagitau balik. at the end of the day, he improving by urut.


Suddenly i realise.

terfikir jugak kalau-kalau aku kerja kat luar. (oversea) seperti sabah ke sarawak ke. Kalau jadi apa2 kat kampung. Boleh ke aku balik secepat yg boleh?


thinking.


Last week of study week. Lots to read. Lots to learn. And definitely. To submit KKM form for housemanship placement.


Still thinking.


May Allah ease my path


Friday, March 14

Hujung Minggu Pertama




Dari semalam. Khamis dan Jumaat. Mood untuk belajar sangat-sangat menduka cita kan. Asyik nak tido sahaja. Daripada pengalaman aku sebagai yearly repeater, ini tanda2 stress dan tekanan. So, dont dare to buat lawak bodoh buat masa ni. Mood swing.


Ya Allah...
Bila aku tak tenang. Aku mohon agar ketenangan.
Engkau memberiku kegembiraan orang-orang disekelilingku
Tanpa diduga. Spontan.
Terima kasih kerana memahami aku.
Engkau sebaik-baik kekasih...



study utk teaching budak 3rd year esok. Ahakszzz



Sunday, March 9

Hidup berexam

Tertiba rasa macam kurus pulak posing gini. nasib tak da orang kat sebelah. 


Assalamualaikum


Day 2 of Study week towards ProExam


Kalau mengikut perkiraan, hari ni perlu revise paediatric (hampir 1tahun tinggalkan) sebelah pagi petang dan ENT pada sebelah malam. Kena combine untuk pastikan cover topics as much as possible. Tapi. bila tengok balik semua nota dan buku teks. Adeih... mana aku nak mula ni? confius nak start dari tajuk mana. sigh... Alamatnya cari bank soalan dan study berdasarkan soalan2 yg berkaitan... pity me.


sedar tak sedar.
sudah lama hanyut dalam dunia keglamoran, kesenangan dan ke"smooth"an.
semakin lama. semakin malas nak cari Dia
Allah...
Dear Allah.
i need You. Always.
Please guide me. Plez ensure Im always with you.
please.
susah bila menjadi orang senang.
Selalu lupa asal usul.
macam aku.



ps: Selak sehelai demi sehelai buku Dhingra ENT. adeih...







Saturday, March 8

Takdir.




Assalamualaikum

hari pertama di study week menuju sukses profesional exam digemparkan dengan kehilangan kapal terbang MAS (Malaysia Airlines) ketika penerbangan dari kuala lumpur ke Bangkok.

Innalillahiwainnalillahirajiun.


disaat wanblur menulis ni. Masih tak ada khabar berita. Yg ada cuma unofficial news dari unofficial reporters kat facebook. (everybody want to investigate and be a reporter)...


teringat drama serial Air Crash Investigation dekat astro dulu.


tiada daya kuasa melainkan dengan izin Allah swt. Tuhan yang satu, di langit dan dibumi.



Tuesday, March 4

Meniti hari terakhir di Hospital Teluk Intan




Assalamualaikum


Sbeenarnya, agak lama tak menulis dan merajinkan diri untuk menulis. Tapi, diakhir-akhir usia ni. Kena tulis sesuatu untuk orang2 yang akan mendatang. Moga beroleh intipati yg berperisa karipap ubi daging.


Last week in last posting. WHat you you expect?

Minimize masa untuk berkeliaran di wad. Lakukan yang penting dan beneficial sahaja. Perbanyakkan rujuk selepas tengok kes kat wad. Their details. And, the repeat it until balik HUKM. Sbenarnya. banyak sangat berulang alik dari teluk intan ke HUKM. Mula-mula sebab dinner ktdi, then sebab interview SPA, dan exam forensik. Khamis ni pulak bas HUKM tak datang dah sini untuk CPT/ Clinical Proficiency Test.


fuhh.. travelling. tiring. walaupun bukan aku yg driving.


Exam dah dekat. Mood kelaut china selatan.

Ya Allah... please. Guide me.