Pernah satu ketika. Jiwa aku kerap bertukar dari seorang ke seorang. But, in better way. Kalau dulu, hampir kesemuanya dalam satu masa. Atleast kali nie, habis seorang. Baru mula cari yang lain. Its better. Improving.
Sebenarnya, aku terjumpa seorang nie melalui blog terus ke twitter. Segala tweet dia, semuanya aku printscreen. Itu tak termasuk segala keek, dan instagram. Mula-mula lagi memang rasa satu perasaan yang berlainan bila nak mula berkenalan dengan dia. Tak macam dulu, kebanyakkan berdasarkan objektif masa pendek atau just do it!
aku ingat tarikh tu. 4 April 2013.
Kali pertama aku hantar mesej di facebook untuk memulakan perkenalan. Mula-mula memang dia tak layan. Semakin hari, semakin kerap berbalas mesej. Sampailah aku minta number telefon. Susah jugak sebenarnya dia nak bagi. Tapi, as a friend. Tak ada apa yang boleh nk dikatakan la kan. Dari situ, bibit-bibit sayang dalam hati aku dah muncul. Satu perasaan yang sangat berlainan berbandingkan dengan yang dulu-dulu.
Aku mula berubah. Aku rasa kawan-kawan aku pun perasan. Hubungan yang "jauh" semakin di"dekat"kan... aku mengaku. Aku terlalu leka dan leka. Tahu salah tapi masih lakukan. Dia selalu mesej bagi semangat dan tegur aku. Aku suka. Aku suka bila ada orang caring tentag diri aku.
Yang paling aku suka dan teringat. aku sangat menanti bila mendengar suara dia. Aku sangat rindu suara dia. Celetoh mulut dia bercerita hal-hal sekolah. Bercerita hal-hal buruk dan positif. SUmpah. aku sangat suka mendengar. Aku ikhlas mendengar suara dan celoteh dia. Saat itu jugak. Aku kembali kenal sejadah.Sejadah yang hampir aku lupa sejak beberapa tahun. Sejadah yang hanya aku kenal semasa hari jumaat.
tiap hari. hati aku sayu. Aku cakap kat diri aku. Aku CInta dia kerana Allah. Aku sayang dia kerana Allah. Aku tak kan buat dia macam yang lain. Aku redha dengan segala yang terjadi.
Detik hari lahir dia. Pertama kali aku sambut. Waktu itu, aku sedang ber"kem" ppd dekat ulu kenas. Syukur. Tertiba detik 12 malam 18 Jun. Ada dua bar line maxis. Kali pertama aku sambut hari lahir dia. Kali pertama aku sangat menanti dan ikhlas ingin membahagiakan dia.
Tapi.
Jodoh tak kemana andai tertulis di Luh Mahfuz.
29 Jun 2013
Setelah beberapa hari (rasa macam seminggu lebih). Hubungan aku dengan dia semakin rengang. Aku mesej berlambak sehari, tengah2 malam baru satu mesej dari dia yang masuk. Itu pun sikit. Dia cakap dia sibuk. Aku paham. STPM sangat penting. Aku ingat okey lah, study penting. Kena fokus. Belajar suatu proses yang memenatkan.. Tapi, 29 jun 2013. Semuanya terungkai.. Baru aku sedar, perubahan yang dia tunjukkan kerana hal yang berkaitan dengan kisah lama aku.
dia cakap. "kalau aku sayang dia kerana Allah, aku kena redha dengan apa saja. Sama ada bersama atau berpisah". Aku akur. Mula-mula hampir sebulan lebih, kepala otak aku memang jem habis. Perasaan jiwang karat. Merayu-merayu tak nak berpisah. Setiap hari mesej untuk mencipta semula perasaan sayang itu. tapi...
mulut aku cakap "aku redha".
Hati aku?
Salah kah aku inginkan dia yg terbaik untuk diri aku. Perlahan perlahan aku terima kenyataan. Mesej jangan harap aku nak taip. Sekarang nie, hanya menjadi stalker sejati. Aku stalker faceboo, twitter, keek, instagram dan blog dia setiap hari. Stalker itu seorang yg pendiam. Setiap perkembangan dia aku ikut. Aku suka dengan hidup dia.
Senyuman dia.
Aku pernah menangis kerana teringatkan suara dia.
Yea. Saat jari menaip entri ini. Kelopak mata bergenang.
Tapi tak pa. Blog private. Mungkin bila dipublickan semula, waktu itu.
Semuanya sudah berubah. Sekadar luahan perasaan.
aku redha dengan permintaan kamu.
selamat berjaya dalam hidup.
kamu tahu. Aku sangat sayang kamu.
walau tidak bersama...
sobsob~~
Terima kasih kerana berjaya mengetuk pintu hati aku. Terima kasih kerana memberi aku sedikit masa untuk aku kembali ke tikar sejadah. Walaupun aku kembali ke diri aku yang sebelum ini, .. insyallah, i will return...
Maaf.
Satu perkataan yang aku ingin katakan kepada kamu.
Kerana aku membuat engkau menangis.
Kerana aku membuat engkau berminggu hidup gelisah.
air mata itu. Jangan menitik kerana aku.
jangan menitis kerana aku yang penuh cela...
Maaf.
terima kasih.
ps: hadir seketika, hati ini kau bawa jauh kesana.
Pss: kembali ke wanblur yang sebelum ini. Mencari cinta baru.
Saat manis. Aku masih menyimpan. Harap dia juga masih menyimpan... (sobsob, lap air mata) |
Ikhlas. Ikhlas memberi cinta. Ikhlas meninggal cinta. Kerana ikhlas menyayangi dia. Aku tak sanggup bagi dia runsing. Aku rindu senyuman dia. Walau bukan kerana aku. |
ps: Searching for suitable girl to be my wife. Maybe, someone from the past?