Sunday, March 31

Idea.No



Assalamualaikum


Sejak menyelak-nyelak nota seminar dan Pbl paediatric. Buhsan nak mampos. Tapi, bila pejam mata. Tak ingat apa pun tentang tajuk2 tue. So, kena baca walaupun terpaksa. Bila dah lama sangat. Habis kertas nk buat nota dengan gambar-gambar kartun. haha... anyway, tangan dah keras untuk melukis kembali. aishhhh...


k ar. tak ada idea nk tulis.


Once upon a time,pernah terdengar seorang cakap,

"Sesuatu itu fardhu kifayah untuk semua orang (umum), tapi menjadi fardhu ain untuk orang yg terlibat"

tak paham?...


k bye


Siapa bilang aku seperti dia
Siapa bilang aku cintai dia
Sesungguhnya aku tak benar-benar cinta
Kerna kau tak seputih melati
Kalau ada hitam pasti ada putih
Jika hatimu kelam tak mungkin bersih
Tak usah kau lanjutkan ‘tuk berbagi kasih
Kerna kau tak seperti melati

Saturday, March 30

rancangan masa depan


Assalamualaikum


first of all, tamat sudah posting Paeds selama tiga minggu di Institut Paediatrik Hospital Kuala Lumpur (IPHKL) dan Wad Paediatrik Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Upacara "tahlil" menyelubungi hari terakhir berposting. Short case yang macam haram jadah. I'm making new badut in future. Creating blur-and-messy medical doctor in future. Ya Allah, please forgive me for my mistakes. You already give me all i wishes, in return, i don't. O Allah.


Untuk exam short case yg lepas, wanblur candidate no 13, untuk station 2. Dapat case Developmental Assessment for a child (9months old) dan Respiratory Examination (bronchopneumonia / bronhiolitis). Overall, both baby menangis. Damn. Tak pasal-pasal menangis. Nasib badan. Sigh. So, kena cover teori dan written osce. Kalau tak, ke laut menangkap ikan lah aku lepas nie. sigh...
 
Semalam, ada seorang doctor dekat bilik cems, Emergency Department, PPUKM tanya wanblur,"what you want in future?". Terkesima dan terkedu-kedu nak menjawab. Pertanyaan itu dibalas dengan senyum mengoda khas dari wanblur. (bluerghhh**). Terfikir-fikir jugak, apa yg wanblur nak untuk masa depan.


Kalau masa tahun satu, bila ditanya soalan nie, for sure semua akan jawab "Nak ubat orang sakit. Nanti bila mak atau ayah sakit, boleh jaga diorang". Sungguh terskema dan jujur jawapannya. Tapi, semakin umur meningkat (still sweet 19teen ok!! ), jawapan tue dah macam tak dapat diguna pakai lagi. Kenapa?

"Seorang pengamal perubatan tidak boleh merawat seseorang yang mempunyai pertalian darah dengannya seperti ibu, ayah, adik beradik dan yg terdekat kerana dikhuatiri rawatan yg diberikan tidak mengikut tahap yang sepatutnya seperti overtreating atau notreating. Tapi, beliau boleh terlibat dan berbincang dgn doktor bertugas merawat pesakit dgn memberi cadangan dan pandangan sahaja." - onceuponatime


Nah ambik kaw. kena sebijik kat batang hidung wanblur yg kiut miut nie. Tapi, still tak dapat challenge hidung cik adaa yg femes di twitter.

so,

Apa yang aku nak sebenarnya? Terfikir nak buat timeline hidup. Anggaran usia 65 tahun. Insyallah.

Umur 1 Hari : Dok nangis siang dan malam dekat mak ayah aku.
Umur 6 bulan : Baru mula makan bubur dan sayur hancur
Umur 12 bulan : Dok menjalar macam ular berjalan dekat sofa.
Umur 7 Tahun : Sekolah Rendah
Umur 13 Tahun : Sekolah Menengah
Umur 18 Tahun : Asasi
Umur 19 Tahun : Medical Degree
Umur 24 Tahun : Tamat Medical Degree dan kerja di hospital secondary.
Umur 26 Tahun : Tamat HO dan kembali ke hospital di Kedah. Perkahwinan mungkin.
Umur 28 Tahun : Sambung Master untuk jadi registra. Buat rumah anak yatim mungkin.
Umur 32 Tahun : Habis Master dan dah jadi Specialist.
Umur 34 Tahun : Buat Subspecialist. Buat masjid kedah mungkin.
Umur 39 Tahun : Menjadi seorang pakar perubatan dan kembali berkhidmat untuk kedah.
Umur 43 Tahun : Menjadi Pensyarah klinikal. Buat kebajikan di rumah anak yatim/tahfiz mungkin.
Umur 58 Tahun : Sign contract untuk resign umur 60 tahun
Umur 60 Tahun : Berkeluarga.
Umur 65 Tahun : Meninggal Dunia. Insyallah, Husnul Khatimah


Fuhh...
Manusia hanya mampu merancang, tetapi Allah yang menentukan.

What you want in future ?

I want His Jannah. Dunia hanya sementara, akhirat selama-lamanya. aku tak suka cuaca panas dan tak beraircond, jadi kena berusaha jadi baik. Syurga itu nyaman, neraka tu panas. Lebih baik bernyaman-nyaman di syurga dari berpeluh-peluh di neraka.



p/s: 
Paper teori Paediatrik pada 15 April 2013.Lagi dua minggu. gulp.

Perkahwinan? Usia masih muda. heeee





bye.








Wednesday, March 27

No 13, Station 2



Assalamualaikum,

 memandangkan esok (Khamis) merupakan hari penamat untuk  posting Paediatric Extended Version, kelas teaching hari ini sangat menarik. Prof Rahmah banyak ajar hari nie dan beberapa sindiran untuk pembetulan diri sendiri. Kalau tak, mana nak sedar diri... perhaps, yg sindiran daripada yg lebih tua especially teacher itu yg buat kita lebih motivated dan berpijak di bumi yg tak rata nie..


Natijahnya, esok ada clinical exam. Shortcase for Paediatric for 2 stations with 10 minutes each stations. Nombor dengan atas tue, adalah no bagi aku. Candidates no 13, untuk station 2. Ya Allah... Berikanlah aku kekuatan untuk semua ini, dan permudahkan segalanya daripada baby yg baik hinggalah Examiner yg tenang dan baik.


Hati cuak. Rasa macam tak bersedia untuk DA or PE...
Peluang untuk melangkah ke Tahun 5 ada 2 iaitu this short case dan teori paper. fuhh...
Macam nak ambik SPM. lagi menakutkan... ahaks..


ok la. Tak da motif. Need to use this whole day appropiately.

Insyallah. aku boleh buat.


bye


p/s: Gambar terpaksa dikaburkan untuk "cover" perut yg pregant 26minggu. pufff







Tuesday, March 26

Sunday, March 24

Debaran hari



28 atau 29 Mac 2013 : ClinicalShortCase untuk Paediatric
15-19 April 2013 : teori Paediatric.


Ya Allah, bukakanlah pintu ilmuMu kepada hamba yg lemah ini. Hanya Kau tempat aku menyandarkan bisikan-bisikan hati yg tersembunyi... amin


Saturday, March 23

Tersorok


Assalamualaikum,


Minggu ke-3 untuk posting Paediatrik versi extended nie, dah nak sampai ke penghujungnya.Minggu depan last, dengan clinical short case. Takot sangat-sangat.. Ntah apa kes yang kena nanti. Dngan siapa yg kena nanti. Aiyaa... Hanya berharap yang terbaik dan lakukan yang terbaik.


Minggu kedua yg lepas sangat menguji jiwa. kena herdik depan-depan oleh si registra itu. Sambil hari nie, aku berdendam dengan dia.. haha... Harap2 aku tak jumpa reg yg Be@%* itu. Apa-apa pun, memang patut pon, dia bukan pensyarah. Dia hanya reg. hurmmm... I wish i would not do the same things to students in future. May Allah guide me.


Minggu terakhir nie, kena fokus kepada praktikal. Sedang study balik beberapa perkara basis untuk dilakukan dengan cara yg betol. Reasons di sebaliknya. Dan beberapa common cases in the wards. From bronchiolitis, pneumonia, down syndrome, acute gastroentritis (age), asthma, cerebral palsy dan beberapa cases lagi yg perlu dipelajari. Harap dapat buat sesuatu yg betol dan teratur kali nie. Ohya, lupa pulak. Newborn screening.Harap baby  tak nangis macam dulu.


yang paling obvious sejak aku buat paeds kali nie, terasa macam speach aku kembali bermasalah. Mungkin perkara ketika di sekolah rendah kembali relapse? Ya Allah, besar anugerah pertuturan yg kau berikan kepadaku.


Apa-apa pun, try my best for this coming clinical short case !!


Umpama pokok di bawah bangunan, biar hidup bernilai dan dihargai

p/s: mendoakan agar anak sihat semula... :(






Thursday, March 21

Aras Gerun




Asalamualaikum


Pesanan untuk diri sendiri :
  • Selalu buat physical examinations, DA dan neonatal screening berserta presentation
  • habiskan sunflower
  • tidur cukup





Tuesday, March 19

pokoyo in ward !!



Pagi tadi, ada seorang baby (dak kecik) yg senyap bila tengok pokoyo menari dalam ipad... haha.. baru aku tau, binatang biru nie POKOYO. POKOYO... hehee (sebut dgn suara riang-ria)


POKOYO not POYO



Monday, March 18

Hadiah



Assalamualaikum,


Hari pertama berposting di wad paediatrik, ppukm untuk Paeds ver. extended nie. Overall, i need to struggle and learn more-more-and-more than usual. Fuhh... sungguh broken english I. Biasalah, mat salleh asal alor star. Hari nie, prestasi boleh di beri markah 2/10 bintang-bintang. physical examination ke laut, developmental assessment ntah ke darat, dan yg paling tak tahan, history taking ntah ke langit mana. langit ke-tujuh? mungkin.


Hidup seorang pelajar perubatan. Glamour hanya di nama. Senyuman menyembunyikan segenap kegelapan.


Tadi wanblur dah pergi ambik hadiah aka sourvenir dari JejariSuri (JS). Excited kemain berlari ke Telekar (tempat budak2 sekolah wanblur g ambik bungkusan pos) walaupun dah pukul 4.50ptg. gigih sangat. Kalau g kelas pukul 8pg, kul 8.10 masih berjalan lenggang sambil menghirup udara pagi yg nyaman. erk.




Souvenier berupa kain batik dan klip kertas. Simple but boleh digunakan dalam kehidupan seharian. Tambahan pulak, barang free dik oii. Mana mau dapat !!


ok lah. Kena beransur dahulu. Esok wanblur ada teaching dgn prof R. Moga2 esok dia ber mood baik, dan wanblur banyak belajar daripadanya... amin


p/s: Minggu depan dah nak clinical short case. Takotnya



jemput singgah ke blog pemberi hadiah --> JejariSuri







Saturday, March 16

minggu pertama : IPHKL



Assalamualaikum


Tamat sudah seminggu berkelana dan mencari baby-baby comel di institut paediatrik hospital kuala lumpur (IPHKL). Seminggu berpanas di wad-wad sampai peluh menitik-menitik. Naseb baik surau ada aircond. sejuk. Alhamdulillah...


Dalam posting Paediatric versi extended nie, hanya beberapa orang saja yg posting di HKL. yang lain posting dekat ppukm. Nanti rotate setiap minggu. Mainly, dekat sana selalunya wanblur ikut member-member buat Developmental Assessment (DA) untuk baby-baby terpilih (means cute-miut), dan buat certain2 physical examination especially dengar crepitation/rhonchi dan pulmonary stenosis (ESM).


First time jumpa kes Tetratology of Fallot dalam hidup nie. Ya Allah, moga budak kecik itu sembuh cepat, dan terima kasih kepada parents dia yg sudi bagi stetoskop aku nie mendengar murmur dia. yeayhhh. Kalau dulu masa preclinical, dengar tentang TOF nie semasa lecture yg boring dan movie "something the god made".

Pulmonary Stenosis = Ejection Systolic Murmurs

Minggu depan dah start posting di kampung sendiri, ppukm. Rasa macam takut sangat bila posting di tempat sendiri. Selalunya yg duk kat hukm nie, parents dia high-standard sikit. Harap2 mereka memahami yg aku sedang sturnglle untuk lulus paeds...


k lah. x da idea. bubye


p/s: terdapat tiga benda yg best di IPHKL iaitu Samosa yg sedap dan besar, Bayi yg sangat banyak untuk dipelajari, dan yg paling penting, student nurse yg menghilangkan stress. hhaaa. sengal


bye

Wednesday, March 13

miss me ?



Assalamualaikum


Rutin seharian berubah daripada seorang budak tak ada kerja 24jam, ke budak sekolah yg kena naik bas "sekolah" pukul 7.30pg dan balik sekolah pukul 5ptg.


penat menongkah arus traffik di KL

penat mengesat peluh yg menitik di IPHKL

Monday, March 11

Sunday, March 10

Gangguan tidur



Semalam.
berguling-guling atas katil walaupun dah pukul 2pagi. Guling, mata cerah benor and hati rasa resah. Macam ada yang tak kena. Cuba lelapkan mata, tapi.. buka mata. tengok jam. Baru 2minit pejam mata. sigh.. Hati asyik memikirkan tentang perkara pagi itu. Resah. Rasa menyesalsangat-sangat. Dugaan hati.

Semalam tak tahu tertido pukul berapa. Rasa mcm pukul 4pg masih sedar tengok jam.


sigh.


p/s: hati ada sesuatu disebabkan sesuatu itu, hati tidak tenang.



Saturday, March 9

alangkah



Alangkah indahnya andai yg dikanan memerintah, dan dikiri memberi panduan memerintah. negara berkembang maju dan agam islam berkembang pesat. 





Thursday, March 7

Alhamdulillah menang hadiah dari JejariSuri (JS)



Assalamualaikum,


sebenarnya wanblur sangat terkejut hari nie. Disebabkan kesibukan dalam kehidupan sehari-harian, tak sempat nak jenguk ke blog member-member. Masuk peraduan bukan main banyak, tapi tak pernah menang. Tapi, petang tadi buka blog. Ada comment masuk. walllaaaauhhhh


Nie pertama kali nie.. Alhamdulillah. Nasib baik penganjur nie baik hati. Bg komen kat blog. Kalau tak, tak merasa la souvenier... huhu Dengar cerita, penganjur dah mencari wanblur sejak 4 hari yg lalu. CUma tak sedar. apa-apa pun, si penganjur memang terbaik. hehe..

Nie bukti wanblur terpilih.


 

Yang kat atas nie pulak, souvernier yg dia nak bagi. aiyasss... tak sabar nak tunggu la macam nie.. ish ish... keluh-resah menunggu depan Box dekat pejabat kolej tiap2 hari.. hehe


Jom, singgah santai ke blog penganjur.. JS atau JejariSuri.. (klik picture di bawah nie).




Terima kasih jejari Suri / JS -> http://jemarisuri1001.blogspot.com/



bye


Wednesday, March 6

SEGMEN : MARI TAMBAH KENALAN DARI BLOG CINTA ITU INDAH

KLIK BANNER UNTUK JOIN


syarat segmen ini :
3. Letak JUMLAH FOLLOWER TERKINI (hanya tulis je pun boleh untuk lihat peningkatan)
 
1465 followers
 
 
6. Tarikh akhir : 31 Mac 2013
 
 
 
done !!
 

Penantian

Semoga kekuataan, dan perancangan pihak keselamatan Malaysia dapat menewaskan serangan pemberontak yang mengaku sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu untuk menawan semula Sabah. Semoga Allah kukuhkan pendirian setiap perajurit yg mempertahankan tanah air. amin.



Assalamualaikum,


Bercakap tentang "penantian", perkara yang wajibal ghunnahnya ialah percintaan. Tapi, dalam entri kali nie. Wanblur sedang menanti keputusan final exam sem 8. Penantian jenis ini yg sangat-sangat mencobar diri dan hati. Kalau diikutkan jadual dan perancangan, pejabat akademik (orang sini panggil opis tingkat 2). Result exam dikeluarkan hari Jumaat yang lepas. Namun, disebabkan beberapa masalah teknikal bagai, terpaksa ditunda. Hari berganti hari, saat bertukar masa. Hari nie dah hari selasa. Uishhh... debarannya.. hanya Allah yang tahu.


Kalau diikutkan, wanblur dah ngitau nak. result kuar hari isnin. So, sampai hari nie tak telefon mak lagi. aiyakk..minta=minta esok official results keluar. Nak official. Selalunya unofficial nie bahaya nak gtau mak, cepat2 result kuar. Dah hampir seminggu tak tepon mak. aiyakkk..


Dalam penantian ini,
wanblur berharap, semester 8 dapat lepas kesemuanya. Insyallah. Semuanya boleh berubah, semuanya di bawah arasy Allah. Dia yg menentu tiap-tiap anak adam itu. Berbekalkan satu paper semester 7 yang kena extend iaitu Paediatric. Extend disini bermakna kena ambik posting ulangan selama 3 minggu sebelum peperiksaan Paeds dalam tempoh 6 minggu dr sekarang. Aiyaaa... cuti akhir sem dileburkan untuk perjuangan extend paper. Insyallah, i will try my best to enter final year.


Minggu depan start posting Paeds selama tiga minggu. Hari ini masih berfoya-foya.
bila nak study wanblur? aiyaaaa...


k lah. Harap penantian itu berbaloi. Insyallah


p/s: Ya Allah, selamatkanlah Lahad Datu dan seluruh kawasan di Sabah daripada serangan pemberontak Kesultanan Sulu. Berilah ilham dan kekuatan kepada pejuang-pejuang negara tercinta ini. Kau gentar dan keluh resah akan hati-hati pemberontak yg berniat jahat itu. Hanya pada Engkau aku sembah, kepada Engkau juga aku memohon pertolongan. amin.






Sunday, March 3

Lahad Datu. Sahabat kita





Insyallah,


negara Malaysia kuat untuk menghalang pencerobohan musuh. Jihad fisabilillah. Jihad mempertahankan tanah air.


semoga lahad datu dan Malaysia umumnya, selamat dan kembali aman.


Insyallah.



p/s: Please, buat kali pertama kali, jgn politikkan sesuatu yg tidak sesuai untuk dipolitikkan. Kalau anda mempolitik sesuatu perkara yg tidak sesuai, itu menunjukkan kebodohan diri sendiri. Anda buat, anda bodoh. its simple. Through unite, we stronger.


May Allah save Lahad Datu
May Allah save Malaysia



Bernafas


Friday, March 1