Wednesday, October 3

Gotong-royong-goyang-goyang



Assalamualaikum,


Lepas habis exam Osce Paeds hari isnin hari tue. Baru perasan betapa "bersih-dan-teratur" nya bilik wanblur. Baju yang sudah basuh minggu lepas, bertimbun atas katil. Nak tido, baju-baju letak bawah. Dah habis tidur, letakbalik atas katil. Buku dan nota selerak macam orang rajin! Padahal, Nampak jer macam rajin. Nampak jer...


Jadi, hari semalam bertekad untuk buat Gotong-royong Perdana sebelum memulakan semester 8. Bersemangat gila. Housemate semua dah balik kampung, so pasang lagu kuat-kuat.Terasa sangat heaven!! Aku siap buat poster untuk aktiviti aku nie dengan harapan boleh dapat merit untuk duduk kolej tahun depan. haha.. Nak tengok??


Eh eh, korang jangan nak gelak sampai tak cukup nafas. Kang silap-silap kena buat CPR plak. Gelak sikit-sikit sudah (actually nk tunjuk kepala botak,tapi silau).. Penat jugak buat gotong-royog bilik sendiri nie. Start pukul 9pg habis pukul 3ptg. Warrghhh... Kalau tak bersih, tak tahu nak habaq macam mana..


Yang bawah nie, keadaan bilik wanblur yang bersepah. Meja study jadi meja makan. Rak buku jadi tempat letak "barang-barang".


 
Selepas berpeluh-seranah ber "work-out", kemas le sikit.

Rak dilap. Barang-barang kosmetik dikemas dan tersusun. Bear-bear digabuih kemas.
Basuh tikar ruang tamu, kemas rak kasut, lipat kain baju yg memenuhi almari kecik, dan TUB CLEANING. Dah teruk sangat mesin basuh kat umah nie

Harap-harap keadaan KEMAS, BERSIH dan TERATUR bilik wanblur nie bertahan. Atleast dua minggu. chaiyok2..


p/s : Kes  nie yg nak upah bibik nie... Eh, ngorat bibik ler. Boleh suruh bibik kemas bilik tanpa upah. haha. sengal!!



2 comments:

Nor Zilla Sensei said...

eee bersepahnye.. makanan pun sembunyi kat celah2 brg..ish3.

agaknye ap yg ade lg tu ea.
ameba protozoa anaconda la kot ade jugak.huhu

chokeLy said...

haha.. ni nak komen sikit.
x de beze pon.. kemas 6 jam tpi same je rupe nye.. hahaha.