Assalamualaikum
"Chow Kit dan Kasut"
Semalam terjumpa seorang tukang kasut di kaki jalan chow kit. Sudah setahun wanblur meninggalkan chow kit, namun suasananya masih sama. Tukang-tukang kasut masih berada disana, menunggu pelanggan yang meminta. Tiada kedai yang sempurna bagi mereka. Kasut jogging wanblur bukan lagi kasut jogging. Lebih manis digelar sebagai Kasut MacDOnald. Kasut bermulut besar. Mulut yg semakin besar.Waktu tue, hujan turun. Tukang kasut tue tekun menyiapkan beberapa kasut. Ada masa hujan tempias kuat, ditarik-tarik kerusi buruknya kedalam sikit. sikit. Masa tue jugak, ada beberapa orang apek (panggilan wanblur kepada uncle chinese yg tak dikenali) sedang tengok drama dari televisyen tidak berbayar. Sambil bersila atas lantai chow kit, pakai seluar tanpa baju, mereka kusyuk menikmati drama itu. Bukan senang. Televisyen yang tidak berbayar itu, rancangannya ikut citarasa empunya kedai. Sadis? tidak, yg lebih sadis mana anak-anak mereka? Terbiar dikaki lima...
Setengah jam berlalu. Kasut bermulut besar wanblur sudah siap. Kecik molek dah mulut dia. Harap-harap menjadi peringatan kepada tuannya. Tidak bercakap besar. Disisi chow kit, ada kedai mamak. Gunting rambut. Terperosok sikit dari penglihatan orang ramai. Disitu jugak, 4 kali wanblur membotakkan kepala. Tapi,kali nie berbeza sikit, tukang gunting dah lain. Orang yg membotakkan wanblur dulu, dah tiada. Mamak kali nie, kasar sikit. Berdarah kepala. Nasib tak banyak. Pakai cover line. Duit gunting rambut di"diskaun" dua ringgit sebab darah tue. Pandai. Wanblur terseksa pedih.
Satu harapan, agar maju nya negara tidak hanya kepada beberapa indikasi dan orang sahaja. Kesian juga yang bergelandangan nie. Gelandangan? Habis ditangkap DBKL, namun... tetap tiada penyelesaian... Harap wawasan 2020 menjadi nyata, bukan tingginya sanjungan negara ini dimata dunia, tapi cukuplah rakyat-rakyat tidak menderita. sedih? fikir sendiri.
New Botak : wanblur |
p/s : Mood minggu nie---> kemas bilik sekemas yg mungkin dan ...
bye
3 comments:
biasanya...tukang kasut kat tepi jalan lagi okey....
kenapa wan blur suka botak???
Macam-macam kisah chow kit...
Post a Comment