Wednesday, September 5

Kutipan Sumbangan untuk Siti Hajjar Binti Hassan




Sekilas pandang :

Hodgkin Lymphoma merupakan sejenis kanser yang menyerang sistem imunisasi (sel darah putih) badan dengan menghasilkan sejenis sel darah yang tidak normal iaitu sel Reed-Sternberg. Kanser ini disebarkan dari lymph nodes (sistem limpa) ke lymph node yang lain, dan akhirnya diperingkat yang lebih advance akan menyebabkan symptoms-symptoms kepada seleruh organ dalaman manusia. Secara umumnya, kanser ini dirawat dengan kaedah chemotheraphy, radiotherapy, atau haemopoitic stem cell transplantation bergantung kepada pesakit.


Kajian menunjukkan bahawa sebanyak 83.9% daripada pesakit yang menerima rawatan yang mencukupi akan mempunyai jangka hayat hidup selama 5 tahun (Howlader N et al 2011) berbanding pesakit yang tidak mendapatkan rawatan yang cukup. Ada juga kajian lama menunjukkan pesakit mampu mencecah usia 40an dengan rawatan yang dilakukan.


Sehubungan dengan itu, marilah kita bersama-sama menolong kak Siti Hajjar agar dengan pertolongan kita ini akan meringankan beban abg Zainulfaqar dan membantu mereka dalam aspek mendapatkan rawatan yang mencukupi untuk siti hajjar.


Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 2, maksudnya:

"...Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).


Dari Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh Muslim (bermaksud):

" Barangiapa yang meringankan salah satu dari kesusahan seorang mukmin di dunia, maka Allah akan meringankan salah satu kesusahannya di hari kiamat. Barangsiapa yang yang memudahkan (membantu dalam masalah hutang) orang yang mendapat kesusahan (berhutang), maka Allah akan memudahkan baginya di dunia dan akhirat. Barangsia yang menyembunyikan keaiban seorang muslim lain, makaAllah akan menyembunyikan keaibannya di dunia dan akhirat. Allah menolong seorang hamba selagi hamba itu menolong saudaranya”.



p/s : Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya




3 comments:

Afasz said...

moga hidup siti hjar & suami sekeluarga di permudahkan.

Unknown said...

Allahuakbar..terima kasih dik atas artikel ini. Sungguh ukhuwah islamiyah itu tiada batasannya bila saudaranya dalam kesulitan. Alhamdulillah akak syukur ditemukan insan insan berhati mulia. . alhamdulillah, sekarang masih jalani proses kmoterapi. Namun, atas doa kalian insan berhati mulia.. akak dapat tempuhinya hingga hari ini.

Alhamdulillah wasyukurillah...perkembangan akak Ada akak update di blog akak. loveinsyirah.blogspot.com

Unknown said...

Allahuakbar..terima kasih dik atas artikel ini. Sungguh ukhuwah islamiyah itu tiada batasannya bila saudaranya dalam kesulitan. Alhamdulillah akak syukur ditemukan insan insan berhati mulia. . alhamdulillah, sekarang masih jalani proses kmoterapi. Namun, atas doa kalian insan berhati mulia.. akak dapat tempuhinya hingga hari ini.

Alhamdulillah wasyukurillah...perkembangan akak Ada akak update di blog akak. loveinsyirah.blogspot.com