Sunday, August 5

The Days backward : 16 Ramadhan




Seperti tahun yang lepas, batch wanblur ada buat aktiviti Singgah Sahur ke Rumah Anak Yatim Titian Kasih di Tasik Titiwangsa. Kali nie, setelah banyak persediaan yang dilakukan (member-member larh, wanblur tido). Banyak jugak bekalan makanan untuk bersahur dengan adik-adik kat sana. Dari nasik goreng hinggalah kepada burger (wanblur target daging jer, roti bagi member)!!

Teringat lagi satu ketika dahulu, wanblur tak pernah terfikir seorang budak itu akan membesar tanpa makpak. Sejak belajar bertatih dalam medic nie, baru wanblur perasan. Berapa "common"nyer anak yatim piatu nie. Tertiba teringat makayah wanblur yang dah lama tak jumpa. Jauh di nun utara tanah air. Atleast, wanblur ada. Diorang? Kawan-kawan yang menjadi "The Trusted Person".

Tahun nie, member-member yang join. Boleh Tahan.Ada la dalam 50orang gitu. Laki ada, pompuan pun ada. KItaorang sampai dalam pukul 3.15pagi. Tunggu Guardian kat rumah anak yatim buka pintu, pukul 4pg baru kitaorang masuk. Ramai jugak kali nie. Budak-budak nie.Muka semua lemau ngantok. Aku? Tahan je lar.. Control-control...

Tapi, tahun nie ada qiamulail dengan adik-adik nie. Tahun lepas ada gotong=royong / kemaas rumah diorang sebelum bersahur. Kelainan terasa. First time aku sembahyang subuh berjemaah, ontime untuk tahun nie. Record peribadi. Shame on me. T___T


 

Ahad minggu lepas. Wanblur dengan Si Hamster Kembung dibelanja oleh yon (abg aku) makan berbuka puasa. Ntah mimpi apa dia ajak, aku pun tak tau. Kitaorang(4persons) makan dekat restoran Mohamad Chan, Seksyen 15, Shah Alam. Makan free, ofkos wanblur join laluhhh..

Nak pergi ke Shah Alam pun sesat.Nak pergi Seksyen 15 lagi larh sesat. Wanblur dan Si Hamster Kembung jenuh merayau-rayau cari Kilang Carlsberg dekat Shah ALam. Ye lah, Kilang carslberg terbesar di Malaysia berada di Seksyen 15 Shah alam. Penat merayau. Tanya abang petronas, "mana kilang carsberg?"... Dah macam penagih arak dah wanblur rasa. Aiyooo.. Last-last jumpa jugak.

Restoran Mohamad Chan. Masakan dia sedap. Ketam feveret dah 3 ekor wanblur melantak. Udang goreng bersawang habis wanblur jilat-jilat. Daging masak blackpepper pun lincin disapu. Penarik utama, Tom Yam seafood. Marvellous!! Delicious!! Tak rugi wanblur datang bertandang ke Shah Alam kali nie. hehe Free pulak tue. Perfect match!!




 Majlis Iftar bersama Timbalan Naib Canselor (HEP) UKM dekat kolej. Makanan berbuka yang free lagi untuk beberapa hari dalam seminggu. Syukran. Alhamdulillah. Beramai-ramai. Wanblur suka makan makanan percuma.

Tahun nie. Wanblur menjadi rakyat biasa. Menjadi orang kelima yang menceduk nasi, ayam masak merah, 3 keping popia sedap, dan seulas Pulut pandan. Menu yang menyelerakan. Terasa bangga dapat duduk di sudut yang diminati. Accessible and cool-under-kipas!! Tahun nie, nampak kekurangan pelajar dari kaum chinese dan Indian. Hanya dua orang chinese yang datang. Yang lain?? Mungkin ada kesibukan perancangan diari hidup. Atau kekurangan publisiti yang lebih nyata? Entah, wanblur pun tak tahu.

Rata-rata seperti berbuka puasa di rumah sendiri. Seperti tradisi, wanblur dan housemate dan, jiran akan berbuka puasa sekali. Sama macam nie. Cuma kali nie, ada fifth year. Otai-otai makan depan wanblur. OMG (nada budak 5hari mc). Solat maghrib dan teraweh yang diimamkan oleh imam muda dari palestin. Menakjubkan. Suara dan nada. Terasa berada di negara luar. Dia seperti berbicara sama Penciptanya.

Seandainya satu hari nanti, wanblur pandai dalam banyak bahasa. Wanblur akan pastikan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Siam, Bahasa Arab dan Bahasa France akan menjadi keutamaan. Seandainya ada peluang, seandainya diberi peluang, dan seandainya Dia mengizinkan.


Malam ramadhan ke 16.
Menanti masa untuk bersahur untuk puasa ke16.
Hari yang dibilang sudah 16.
Tapi, belum cukup 16 juzuk dibaca.
Masih belum sempurna 16/30 ramadhan kali ini.


Selamat berpuasa. Teruskan berpuasa.


p/s : Orang kahwin, kita nak kahwin. Orang berpuasa, kita pun puasa. Orang mati, kita pun mati. Tapi, atas dasar apa setiap yg kita lakukan itu. Dasar itu yang membezakan, antara aku, dia, mereka dan kita. Tak paham? Baca sekali lagi!! haha..





4 comments:

.........cP~ said...

Salam.

Seronoknya dapat makan free.

Anisa Hang Tuah said...

juadah sahur sedap

hewhew

Shazwan Azizan - wanblur said...

CP:

bila nak belanjawan makan free plak>>>heh

Shazwan Azizan - wanblur said...

ANisa :


Makan di rumah dgn familylg sedap.. tahun nie x sempat sehari pu T___T