Assalamualaikum/ Salam Sejahtera,
Dalam kehidupan orang yang beragama Islam, terdapat dua rukun (ibarat prinsip/asas) yang perlu ada dalam diri setiap yang memeluk Islam iaitu Rukun Islam dan Rukun Iman, dimana keduanya berpandukan kepada Al-quran dan hadis. Hal ini sama lah juga, sebagai contoh kepercayaan penganut agama Buddha kepada Sila dan Dhamma, dan lain-lain.
Perintah untuk orang Islam berpuasa sememangnya sudah lama diturunkan sejak permulaan agama Islam lagi. Sebagaimana yang terdapat dalam Al-quran, Allah berfirman yang bermaksud :
" Wahai orang yang beriman diwajibkan keatasmu berpuasa sebagaimana
diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.
( Surah
al-Baqarah 2:183)
Telah bersabda Rasulullah saw. :
Islam didirikan di atas lima perkara: Bersaksi bahwa tidak ada Ilah selain
Allah, dan sesungguhnya Muhammad itu adalah utusan Allah. Mendirikan Shalat
Mengeluarkan Zakat puasa di bulan Ramadhan Menunaikan haji ke Ka'bah.
( HR.Bukhari
Muslim ).
Tambahan lagi, berpuasa di bulan Ramadhan merupakan salah satu daripada rukun Islam:
1. Mengucap dua kalimah syahadah
2. Solat 5 waktu
3. Berpuasa di bulan ramadhan
4. Mengeluarkan zakat
5. Mengerjakan haji bagi yg mampu.
Oleh itu, kenapa orang Islam berpuasa di bulan Ramadhan? Ia adalah berdasarkan dalil-dalil yg terdapat dalam al-Quran dan hadis Rasullah saw diatas.
Jadi, Puasa. Apakah maksud puasa?
- Dari segi bahasa (arab) : Menahan diri
- Dari segi syarak (makna dlm agama) : menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh
membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari.
2 Rukun Puasa ( Perkara yg perlu dilakukan untuk menjadi kan puasa itu adalah "puasa")
1. Berniat pada malam hari
2. Menahan diri daripada melakukan perkara yg membatalkan puasa.
3 Syarat Wajib Berpuasa (kriteria orag Islam yg wajib berpuasa)
1. Berakal/waras
2. Baligh (cukup umur)
3. Mampu/tidak uzur.
4 Syarat Sah Puasa (Syarat2 yg perlu ada untuk membolehkan puasa itu diterima Islam)
1. Orang Islam
2. Berakal - tidak sah jika gila atau kanak2 belum mumayyiz
3. Suci daripada haid dan nifas
4. Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa, iaitu bukan dalam tempoh haram puasa.
Niat Puasa Ramadhan
Tidak bahayakah berpuasa sebulan? Tidak makan minum dari pagi ke petang?
Kajian semasa yang dijalankan oleh Dr Mac Fedan mengatakan bahawa :
Kenapa bulan Ramadhan ? Apa specialnya?
Allah berfirman yang maksudnya:
Puasa. Hanya Tak makan minum jer ker?
Makluman Lanjut : Rujuk sini --> KLIK SINI
Rujukan :
1. http://www.weebly.com/uploads/2/7/8/6/2786724/puasaramadan.pdf
2. http://akudansesuatuz.blogspot.com/2011/08/niat-puasa-ramadhan.html
3. http://areniesah.wordpress.com/2009/08/25/puasa-dan-sains/
4. http://www.sabah.org.my/solat/artikel/puasa/panduan_puasa_ramadhan.htm
5. http://jalanakhirat.files.wordpress.com/
Niat Puasa Ramadhan
Kredit to : http://jalanakhirat.files.wordpress.com/ |
Tidak bahayakah berpuasa sebulan? Tidak makan minum dari pagi ke petang?
Kajian semasa yang dijalankan oleh Dr Mac Fedan mengatakan bahawa :
“Setiap manusia memerlukan kepada puasa sekalipun dia tidak sakit,
kerana toksin-toksin makanan dan ubat berkumpul di dalam tubuh lalu
menjadikannya seperti orang yang sakit dan memberatkannya, maka
kecergasannya akan berkurang. Apabila seseorang berpuasa, dia akan akan
terlepas daripada bebanan toksin-toksin berkenaan dan dia akan merasai
kecergasan dan kekuatan yang tidak dialami sebelum itu.” (Dr. Mac Fedan –
Ahli Perubatan Antarabangsa)
Kenapa bulan Ramadhan ? Apa specialnya?
Allah berfirman yang maksudnya:
Pada bulan Ramadhan diturunkan al-Quran
pimpinan untuk manusia dan penjelasan keterangan dari pimpinan kebenaran
itu, dan yang memisahkan antara kebenaran dan kebathilan. Barangsiapa menyaksikan (bulan) amadhan, hendaklah ia mengerjakan puasa.
(surah Al-Baqarah:185).
pimpinan untuk manusia dan penjelasan keterangan dari pimpinan kebenaran
itu, dan yang memisahkan antara kebenaran dan kebathilan. Barangsiapa menyaksikan (bulan) amadhan, hendaklah ia mengerjakan puasa.
Puasa. Hanya Tak makan minum jer ker?
Kredit : http://myfitri.com |
Makluman Lanjut : Rujuk sini --> KLIK SINI
Rujukan :
1. http://www.weebly.com/uploads/2/7/8/6/2786724/puasaramadan.pdf
2. http://akudansesuatuz.blogspot.com/2011/08/niat-puasa-ramadhan.html
3. http://areniesah.wordpress.com/2009/08/25/puasa-dan-sains/
4. http://www.sabah.org.my/solat/artikel/puasa/panduan_puasa_ramadhan.htm
5. http://jalanakhirat.files.wordpress.com/
Menanti 21 Julai 2012.
Counting the days.
No comments:
Post a Comment