Sunday, June 10

Weekend : Berkelah di Hutan Lipur Sg Tekala, Semenyih

Saje nak bagi korunk menjilat lidah sambil menitik air liur semasa membaca blog aku. ahaha

Hari sabtu yang lalu, member wanblur ada buat rancangan untuk berkelah semua budak-budak laki satu batch dekat Hutan Lipur Sg Tekala, Semenyih. Walaupun dah banyak kali aktiviti macam nie kitaorang buat, tapi Semenyih? Tempat baru berBBQ. yeayyhhh


Malam sebelum bertolak (Jumaat, malam sabtu).
Ada aktiviti rewang untuk persediaan makanan untuk berkelah esok. Disebabkan kebanyakan peralatan dan kelengkapan Masterchef berada dirumah wanblur (aku tolong tengok jer), rewang buat kat sini. Dalam pukul 10mlm gitu, penuh ruang tamu rumah dengan barang basah. Dari sebungkus bawang merah hinggalah sedozen spaghetti (tipu jer sedozen), semuanya ada. Katering baru, resepi baru. hehe


 Antara pekerja katering yg menyiapkan lauk-pauk. hehe have fun babe.

 Masterchef yg menggunakan kemudahan terkini untuk menyiapkan rempah-ratus untuk perap ayam/daging BBQ. Ai-pot. :P


Antara makanan yg disediakan untuk 30 orang yg join esok adalah spaghetti, sos spaghetti yg pekat likat, daging perap, fruit salad, masak sardin untuk sandwich, potong timun-tomato untuk sandwich dan cupcake. opsss... cupcakes adalah limited edition. Untuk yang turun jer mlm tue. hahaha.. Sedap. Ley challenge The Bread History dekat Times Square nuhh... Tido dalam pukul 2.30pg selepas siap masak air gula.


Pagi tue, aku paling lemau. Orang lain bangun terus kelam-kabut buat sandwich. Aku relaz mcm pak orang terus mandi. hahaha.. Buat muka takbersalah. Otak pening selepas tidur pukul 4pg. T___T


Dekat Hutan Lipur Sg Tekala, Semenyih. Kitaorang naik highway yg ke Klang terus ke semenyih. Ada la dalam 1 jam baru sampai. Ada 5-6 buat keta jugak yg budak-budak nie bawak. Nie lah gambar pintu masuk air terjun tue (papan kenyataan, lol.) . gegee


Secara ringkasnya. Aktiviti berkelah kali nie kurang sikit sebab kurang penyertaan. just 30orang. Tak macam selalu. Air terjun kat sini best sebab sejuk dan laju. Banyak port-port yg boleh landing-landing bawah air terjun. Tapi. semacam sempit tak macam Sg Kancing (mentang2 baru g sg kancing last week). Seronok hari nie berenang-renang, main air terjun yg sejuk gedik, dan lempar bola kuat-kuat kat member. Tapi, part yg paling wanblur suka adalah tenggelamkan member. haha... Jahat gila  ^__*  Dalam pukul 1 gerak balik. Tidur kepenatan dalam kereta. Member sebelah tahan mata bawak kereta. Tak der kesedaran sivik langsung aku nie. aiyaakkk


Sukanya weekend bersama. winkwink**


Nota : Kerja berlambak nak kena siapkan. Minggu terakhir nie HKL. Kena buat betol2. aiyooo..

\Bye-bye


1 comment:

awall shah said...

kurusnye baju hitam kuning tuh..aha~