"Sesungguhnya kau telah mendidik anak cucumu dengan baik "
Bangun pagi dikejutkan dengan berita kewafatan atuk kepada salah seorang rakan batch wanblur. Kawan-kawan yang lain ajak pergi ziarah pukul 12 tengahari macam tue. Ada lagi 30minit. Damn! Wanblur "konfius" tentang bacaan dalam sembahyang jenazah. Buka laptop, google tentang bacaan sembahyang jenazah. Benda yang tak selalu buat, selalunya orang akan lupa. Kena revise selalu.
Rukun sembahyang jenazah,
1. Niat
2. Berdiri bagi orang yg berkuasa
3. Takbiratulikhram 4X
4. Selepas takbir pertama : Baca Al-Fatihah
5. Selepas Takbir kedua : Baca Shalawat
6. Selepas Takbir ketiga : Baca doa si mati
7. Selepas Takbir keempat : Salam
(Sumber : http://www.ustaznoramin.com)
Huraian (berdasarkan situasi semasa. Si mati ialah lelaki dewasa)
1. Niat :
أُصَلِّي عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى
“Sahaja aku solat keatas ini mayat lelaki empat takbir fardhu kifayah kerana Allah taala”.
2. Berdiri rapat-rapat kiri kanan, depan belakang (sebab x der sujud/rukuk)
3. Takbiratulikhram & Al-Fatihah
4. Takbir & Salawat
أَللَّهُمَّ
صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى
إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى اَلِ إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ
وَعَلَى اَلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى اَلِ
إِبْرَاهِيْمَ فِى الْعَالمَِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ.
5. Takbir & Doa si mati
أَللَّهُمَّ
اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ
وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ،
وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ
الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا
مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ،
وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ
Atau, dulu kat sekolah. Ustaz ada ajar, baca yg pendek kalau x mampu hafal yg panjang spt:
أَللَّهُمَّ
اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
5. Takbir & Salam
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ x2
Tadi bila tengok suasana di perkarangan surau, anak cucu si mati sentiasa baca doa / yassin untuk disedekah kepada si mati. Tambahan pula, sembahyang jenazah terakhir sebelum dibawa ke tanah perkuburan sendiri, diimamkan oleh cucu si mati. Terdetik dalam hati,
"Sesungguhnya engkau telah mendidik anak dan cucumu dengan baik".
Semoga roh atuk kawan wanblur, akan dicucuri rahmat.
Alfatihah
p/s: Wanblur kehilangan tok wan (atuk) sebelah ayah semasa wanblur umur 16 Tahun. Kehilangan nenek (tok) sebelah mak pada umur 17 Tahun. Semoga roh kedua-duanya dicucuri rahmat. amin
No comments:
Post a Comment