Thursday, June 14

Panggilan Motivasi

'

Assalamualaikum,

Hari nie sampai kat wad rasa macam mengantok tahap gaban. Walaupun 30minit tidur dalam bas, rasa macam tak cukup. aiyaaaa... Inilah dugaan dan salah satu cabaran dalam posting paedaetric. Letih perjalanan.


Wanblur sampai kat wad hari nie dimulakan dengan panggilan "Good morning doctor". Nada gembira dan kuat. Ketika itu, wanblur sedang tinjau dari bilik-ke-bilik. Bila dengar ada budak kecik panggil, terus undo usha-usha sapa yg panggil, terus tersenyum kat dia. Sweet. Memang tak nak bayangkan apa perasaan, bila sampai pagi-pagi ada orang wish. Walaupun wanblur sebenarnya hanyalah pelajar. Masih jauh perjalanan wanblur.


Itu baru permulaan. Hari nie, tiap kali budak kecil itu ( 9-10 tahun) ternampak aku, mesti panggil aku. Agak-agak tadi dalam 5-6 kali wish good morning. aiyaaa... Walaupun hanya satu panggilan, kadang-kadang panggilan dr yg tak tersangka itulah yg memberi kesan mendalam dalam diri. Betol tak?


Bila tiap kali budak tue panggil "doktor", "doktor nak pergi mana?", "doktor dah makan" dan "doktor hensem la" (heheeee),  terasa diri belum layak untuk menerima panggilan sebegitu. Dengan pengetahuan dan pengalaman yg tak seberapa (kalau nk banding2 dgn member2 lain), terasa betapa kerdilnya diri ini untuk panggilan sebegitu. Kerdilwalaupun aku 87kg sahaja.


Hari terakhir di Institut Paedatric Hospital Kuala Lumpur(IPHKL). Lepas nie akan kembali semula ke Hospital Kajang dan dua minggu berikutnya di NICU, PPUKM.


Terima kasih atas panggilan itu. Its inspired me.




4 comments:

Unknown said...

selamat pagi doktor!!!! hehe =)

Maisarah Azmi said...

panggilan cam tu dapat motivate diri kita..doktor,,,=)

.........cP~ said...

Salam.

Best ye orang panggil macam tu. Memang dalam kerja ni, kalau ada dapat pesakit yang panggil kita dengan cara yang baik, menunjukkan apresiasi, kita pun jadi lebih bermotivasi.

Tolong sikit, terima kasih. Kita senyum dia pun senyum. Lega rasa buat kerja.

Shazwan Azizan - wanblur said...

makaseh semua... doktor?? jauh lg perjalanan. belum layak itutitl itu