Saturday, June 9
Bilik Timbang
Assalamualaikum,
Minggu nie adalah minggu ke-empat wanblur dalam posting Paedatric (kanak-kanak). Sudah tiga minggu berturut-turut wanblur berada di Institut Paedatric Hospital Kuala Lumpur, tapi di Wad Surgikal. Kes yang agak pelik dan weird wanblur pernah tengok dan dengar. Tertiba terasa beruntung sangat yg wanblur tak pernah masuk wad waktu kecik dulu. wuuu, scary @___@
Bilik Timbang.
First time wanblur belajar macam mana nak ukur berat dan tinggi kanak-kanak. Korunk nak tahu, kalau kanak-kanak yg agak besar dan bawah 18 tahun, kira berat dan tinggi macam orang dewasa. Tapi, andai budak kecik lagi (sebulan, 2 bulan, etc) ataupun yg Kurang Upaya, ada kaedah lain untuk kira. Walaupun senang, tapi first time buat. Dah kena malu depan-depan. Tengok tinggi budak pun boleh salah. Cuak tahap baban. Nasib Staff Nurse yg jaga bilik tue baik.
Rata-rata, dekat bilik timbang nie. Wanblur banyak jumpa kanak-kanak yg unik, istimewa. Kat sini lah wanblur jumpa kanak-kanak yg bebetol jaundice (kekuningan) hinggakan kalau tanggalkan spek mata berpower 510 nie pun, masih boleh nampak warna kuning itu. Ada juga kanak-kanak yang kurang upaya, lembik semacam. Wanblur asyik tertanya-tanya, budak-budak macam nie sakit apa?? Nak tanya tapi tak pernah tertanya. aiyooo.. Ada jugak kanak-kanak yg nampak normal tapi ada some development delayed.
Bila difikir-fikirkan, wanblur dulu masa kecik selalu kena jangkitan kulit / ekzema / ezcema. Seingat wanblur, dari tahun 3 hingga lah tahun 5, habis satu alor star dan kawasan sekitarnya diterokai untuk mencari ubat. Serius? Ofkos. Ubat hospital just macam pengcukil tahi gigi jer. Resistance tahap dewa. Dari ubat antibiotik, hinggalah ubat sapu. Ubat sapu pulak banyak jenis. Then losyen2. Alhamdulillah, seleps 3 tahun, resolved. Resolved selepas berenang di pantai. huh!! Orang cakap, air masin nie ada mujarabnye jugak. hehehe
Sekrang, bila tengok rakan-rakan blogger. Semuanya sihat dan semakin "sihat'. Sama lah kiter, "Semakin Sihat". Harap-harap semua yg wanblur kenal, jarang kena penyakit, kalau kena pun, sakit yg kcik2. Hati wanblur nie dah macam kering-kontang dengan perasaan kesian dan sedih dgn masalah member2. Sapa yg tak sedih kan, kawan sendiri sakit.
Sayang kawan anda sementara anda masih ada Battery supply.
al fatihah kepada Kak Norma yg hampir dua minggu meninggalkan dunia ini. al-fatihah.
p/s : Bilik Timbang di HKL vs Bilik TImbang di Padang Masyhar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment