Saturday, May 19

Wad Paedatric : Awesome


Assalamualaikum.

Minggu pertama dalam posting Paedatric di Hospital Kajang. Kali pertama wanblur pijakkan kaki di hospital nie. Terasa macam kembali semula ke Hospital Tanjung Karang. Hospital daerah yang wanblur lakukan posting Jabatan Kesihatan Masyarakat pada semester lepas. Aman damai. Nurse baik. Doktor ramai. Yang pasti, "Tiada Makian dan tengkingan". Itu pasti.




Dekat sini. Ada satu wad paedatric saja, tapi ada dalam 40katil. Mampat, sendat! Hari pertama posting nie, memang blur tahap wanblur lah! Nak ambik history pun susah. Banyak sangat yang tertinggal. Selalu kena rujuk ticket / Buku rekod perubatan yg doktor tulis. "Setiap masalah kesihatan yang dialami oleh pesakit (paeds) perlukan huraian yg lengkap. Setiap satunya". Banyak yang perlu wanblur belajar. Masih ketinggalan berbanding rakan-rakan yang lain. Aishh...


Seminggu berada disini, kadang-kadang terpaksa menahan perasaan bila tengok "seorang ibu menangis bila tengok anaknya sakit dan kena ambik darah berkali-kali", "si ayah tertido dalam sangkar katil bersama bayi mereka", dan "si ibu yg tido atas kerusi teman anak-anak". Sesuatu yang buat wanblur terfikir, "Nie lah yang mak aku buat time aku sakit dulu, kecik hingga sekarang". Teringat tahun lepas (time buat tonsillectomy, Sept 2011). Mak wanblur tido atas lantai, sebelah katil wanblur selepas wanblur keluar OT pening2. hurm.. T___T


Dalam posting nie, banyak pemeriksaan fizikal yang wanblur kena kuasai (sampai skunk x master). Daripada general inspection, tangan, muka, Cardiovascular, Respiratory, neurology, abdomen, Development Assessment, dan banyak lagi. Aiyoo.. Banyak nak mampos. Boleh pecah kepala otak. Kesannya, tiap hari balik dari hospital, wanblur akan terus tido keletihan dan malam-malam, rasa panas. Kena pakai COOL FEVER. damn!


Minggu depan masuk Hospital Kuala Lumpur pulak. Di posting yang sama. Cuma environment yang berbeza. Kena berusaha banyak lagi untuk Cuti Akhir Semester!! Insyallah!!


p/s : Korunk nak tahu, Paedatric bersamaan kanak-kanak dari baru lahir hinggalah 18 Tahun. Jadi, kalau yg jadi masih bersekolah, tapi ego tinggi. Ingatlah, anda ada paedatric! kanak-kanak! hehe... peace ^__^


Miss the moments

Nyte




1 comment:

Aalia Shahira said...

semoga berjaya menjadi seorang doktor yang disegani dan disayangi pesakit :D