Sunday, March 4

Nice To Know : Ramalan Tun Daim PRU

Sejak dah dapat hak untuk mengundi nie. Asyik survey-survey jer tentang fenomena politik di negara sendiri. Nak bandingkan dengan negara luar? Hurm.. Berlainan sangat. Mungkin banyak mainan-mainan yang dimainkan oleh wakil rkayat disini berbanding wakil2 rakyat di negara luar.

okey ar, tadi jumpa artikel nie :



Sebelum kita membaca ramalan Tun Daim Zainuddin yang dibuat melalui wawancara khas dengan akhbar China Press, adalah amat penting untuk kita mengingati bahawa Daim adalah satu-satunya pemimpin yang secara terbuka meramalkan Barisan Nasional (BN) akan kehilangan beberapa negeri dan mencatatkan keputusan terburuk dalam pilihan raya umum (PRU) ke-12 lalu.

Justeru, bersandarkan pengalaman sebelum ini, maka ramalan yang dibuat Daim pastinya memiliki nilai politik yang tinggi dan perlu diberikan perhatian.

Antara ramalan beliau untuk PRU ke-13 seperti yang disiarkan di muka satu akhbar China Press ialah :

  1. Orang ramai sudah bosan dengan pertelingkahan politik yang tidak putus-putus antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR), dan ini mungkin menyebabkan mereka tidak akan turun mengundi dalam PRU yang akan datang dan keadaan tersebut mewujudkan ‘Parlimen Tergantung’ atau Hung Parliament. 
  2. Pentadbiran BN di Pahang tidak akan terjejas akibat isu Lynas. 
  3. Rakyat juga bosan dengan pertelingkahan dalaman di kalangan para pemimpin PR di Kedah dan Selangor. Dapatkan anda bayangkan pertelingkahan yang akan wujud jika PR memerintah Kerajaan Pusat? (Soalan yang dilontarkan oleh Daim) 
  4. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin menunggu sehingga tahun hadapan sebelum mengadakan PRU ke-13. 
  5. Mana-mana kerajaan akan melakukan kesilapan apabila memerintah sesebuah negara untuk tempoh yang lama. 
  6. PR akan mengekalkan kuasa di Pulau Pinang dan Kelantan tetapi berkemungkinan besar kehilangan negeri Kedah. 
  7. BN dan PR akan bertarung sengit di Selangor dan Perak. 
  8. Hampir 20 peratus undi masyarakat Cina terutama dari kawasan luar bandar akan berpihak kepada BN.
  9.  BN masih mampu mengekalkan kuasanya di Johor. 
  10. Sukar untuk meramalkan berapakah jumlah kerusi yang BN akan menang atau tewas. Perhatian khusus harus diberikan kepada kelompok pengundi muda.

**Parlimen tergantung juga adakalanya dikenali sebagai Parlimen seimbang. Ia biasanya wujud dalam negara demokrasi dengan sistem dua parti di mana keputusan sesuatu pilihan raya memperlihatkan tidak ada mana-mana parti yang berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti mutlak.

**Tun Daim adalah Menteri Kewangan negara antara tahun 1984 hingga 1991. Beliau juga merupakan seorang usahawan dan ahli ekonomi yang amat disegani bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga dalam dunia perniagaan peringkat global.

Oleh: Arshad Khan

Sumber : MYNewshub


Komen wanblur :

  1. Wanblur sendiri bosan dengan pergaduhan politik. Disini tuduh yang sana, Yang sana tuduh yang kat sini. Last-last terpikir, diorang nie buat kerja administration ke tak? asyik gadug-gaduh dan gossip. Adakah mereka merupakan kaki gossip juga? Yang membezakan gossip wanblur dgn kawan2 x masuk paper, diorang gossip masuk paper. hurm.. T__T
  2.  Sabah, Sarawak, Johor, Melaka, Pahang, Perlis: Besar kemungkinan BN
  3. Kedah/Kelantan/Terengganu : PAS
  4. Pulau Pinang/ Perak/N9 : PKR/DAP


Ini hanyalah pendapat seorang pengundi yg first time nak ngundi. :P

No comments: