Sunday, March 11

Lee Chong Wei : Final All England 2012

Datuk Lee Chong Wei mungkin dipaksa bekerja keras ketika melepasi halangan jaguh veteran Korea Selatan, Lee Hyun Il, namun dia tetap menyerlahkan keunggulan untuk memburu gelaran hatrik badminton All England apabila melangkah ke perlawanan akhir di Birmingham.

Dalam kedua-dua set, jaguh No. 1 dunia itu membenarkan Hyun Il mengejar meskipun sudah mendahului selesa tetapi pada akhirnya kelebihan fizikal dan skil memastikan kemenangan menjadi miliknya menerusi keputusan 21-19, 21-18 dalam masa 45 minit.  


Selamat Berjaya Lee Chong Wei.


p/s: Agak-agak lepas nie, ada penganti yang seperti lee chong wei? Semakin meniti kejayaan,Semakin menunduk harga diri, Semakin hormati gurunya. 


copied from Utusan Malaysia

No comments: