Wednesday, November 16

Hari Ini : KMAM & BAKAS


 

 Hari nie wanblur dan kawan-kawan kumpulan kecil ada sesi bersama KMAM dan BAKAS, Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor. Itu makluman korunk semua, 2 unit ini ialah Unit Kawalan Mutu Air Minuman (KMAM) dan Unit Bekalan Air dan Kebersihan Alam Sekeliling (BAKAS).


Sesi bersama KMAM start pukui 9.30pg dekat tangki air SYABAS macam atas tue berdekatan dengan Kompleks UKM dekat tanjung karang nie. Untuk pengetahuan korunk, unit KMAM nie la yang ambik sampel air minum yang dibekalkan oleh SYABAS (khas untuk selangor / JBA), menjalakan siasatan pelanggaran piawai Fecal Coliform, dan melaksanan kajian kebersihan dekat kawasan tadahan air, dan loji rawatan air. 

Tadi, Pegawai Kesihatan untuk unit KMAM, ada terangkan yang diorang akan buat 2 jenis kajian untuk sampel air yang diorang ambik, iaitu kajian fizikal dan kajian kimia. Untuk fizikal, diorang test air yang diambil dari aspek kekeruhan, pH dan kandungan chlorine. Manakala, untuk aspek kimia diorang buat test dekat makmal kimia di Petaling Jaya. Cik tadi jugak tunjuk cara pembungkusan sampel yang diambil. Fuhhh.. very the funny but serious, bila nak buat terutamanya nak ikat plastik sampel tue. Kena semangat dan bersemangat waja, kalau tak, sampel yg diikat tak kemas. hoho

Selepas hampir 1 jam, kitaorang balik.



 

 Sesi BAKAS pulak start pukui 2.30ptg (actually hampir pukui 3.10ptg, biasa lah Masa Malaysia). sesi bersama Unit BAKAS nie kira ada 2 slot la. 1 slot briefing ringkas berkaitan dengan BAKAS dan 1 slot lagi kerja lapangan iaitu kitaorang pergi tengok kawasan yg terlibat dengan BAKAS.

Untuk makluman korunk semua, Unit BAKAS nie secara ringkasnya berfungsi macam enginerring sikit. Diorang terlibat dalam aktiviti pembinaan sistem tandas curah, sistem pelupusan air limbah, sistem pelupusan sisa pepejal, sistem tadahan air hujan dan memastikan kemudahan air selamat. Overall, kira unit nie la yang bertanggungjawab dalam pembinaan tandas-tandas dan kawasan sampah di kawasan kampung-kampung dan penduduk yg kurang berkemampuan.

 

Dekat atas nie, tandas curah yang dibina dekat belakang sebuah rumah yang dilawati. Ada seorang pembantu pegawai yang handle kerja lapangan kami tadi beritahu selalu tandas curah nie diorang buat dulu ja (1 tahun kebelakangan). Sebab skunk nie sellau orang buay rumah sekali dgn tandas. Cuma, orang dulu-dulu jer yg buat rumah dan tandas sebagai 2 komponen yg berbeza. 

Tadi dekat rumah yang kitaorang g lawat, ada budak kecik. Alololo.. comey! haha @_* . tak der kena mengena okeyh.

 

Itu je lah hari nie. Balik dari pergi lawatap, sambil belajar, terus keletihan. Buka laptop sambil tertido tengok  movie. bodo. haha okeyh ar, esok ada aktiviti lagik. Kat bawah nie ada beberapa gambar menarik yg sempat dirakam. enjoy.

Awan berarak.
Aku suka scene nie. Korunk suka x?? huu


 Bubye

Thanx for reading.

p/s : I Miss My Cik Nurul


No comments: