Terima kasih.
Jawapan:
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام علي رسول الله وبعد
Dalam solat berjamaah, tidak disyaratkan niat makmum mesti sama dengan niat imam. Di dalam kitab روضة الطالبين وعمدة المفتين karangan Imam Nawawi ada menyebut seperti berikut:
Perbezaan niat imam dan niat makmum dalam mengerjakan solat tidak menghalang daripada sahnya solat yang dilakukan. Adalah sah solat seorang yang melakukan solat secara tunai dengan mengikut solat orang yang qadha' dan begitulah sebaliknya. Juga adalah sah solat orang yang melakukan solat fardhu mengikut solat orang yang melakukan solat sunat dan begitulah sebaliknya (juz 1, m/s 366).
Antara hujah yang menunjukkan keharusan perbezaan niat makmum dan niat imam dalam solat jamaah ialah hadis di bawah:
،عن جابر أن معاذا كان يصلي مع النبي صلي الله عليه وسلم عشاء الآخرة
(ثم يرجع إلي قومه فيصلي بهم تلك الصلاة (رواه البخاري ومسلم
"ورواه الشافعي والدار القطني وزاد "هي له تطوع ولهم مكتوبة العشاء
Maksudnya: Daripada Jabir bahawa Muaz telah solat isyak bersama-sama dengan nabi saw, kemudian beliau kembali kepada kaumnya lalu melakukan sekali lagi solat tersebut (isyak- sebagai imam) bersama-sama kaumnya.
(riwayat Bukhori dan Muslim).
Dalam riwayat Shafie dan Dar al-Qutni ada penambahan "solat tersebut adalah sunat bagi Muaz dan wajib bagi kaumnya".
Hadis di atas menunjukkan status solat imam (Muaz) adalah sunat dan status solat makmum (kaumnya) adalah wajib seperti dalam riwayat Shafie dan Dar al-Qutni. Ia menunjukkan keharusan perbezaan solat makmum dan solat imam dalam solat berjamaah.
Sebagai kesimpulan, wujud perbezaan niat di antara makmum dan imam seperti makmum niat solat isyak dan imam niat solat terawih atau makmum niat solat terawih dan imam niat solat witir dan sebagainya tidak menghalang
daripada sahnya solat mereka.
daripada sahnya solat mereka.
Sekian
والله أعلم بالصواب
Rujukan:
1) Imam an-Nawawi, Raudhah at-Tolibin.
2) As-Syaukani, Nailul Author.
1) Imam an-Nawawi, Raudhah at-Tolibin.
2) As-Syaukani, Nailul Author.
Disediakan oleh:
Ustaz Ahmad Zainal Abidin
Setiausaha MUIS
No comments:
Post a Comment