Sunday, June 19

Lepaskan Cinta Itu..

CInta bermakna sayang seseorang itu dengan tidak memudaratkan dia

 Setiap pasangan kekasih semestinya ingin hidup bahagia, berdua untuk selamanya. Setiap hari yang mendatang dilalui bersama berdua, bagai tayangan filem romantik yang dilakonkan oleh kamu dan dia. Hero dan heorin la kamu berdua. Namun, bukan semuanya indah. Bukan semuanya berkekalan.

Pepatah orang tua ada mengatakan, "Lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri", dan "ku sangkakan panas hingga ke petang, tapi hujan ditengah hari". Dua pepatah yang cukup sinonim diungkapkan kepada pasangan kekasih yang baru atau telah putus. Itu hal orang luar dgn pasangan kekasih itu. Tanggapan orang luar yang tiada kena mengena akan hal ini, wajar dilempar begitu sahaja. Mereka tidak tahu,, dan mereka tidak perlu tahu..


Kepada pasangan kekasih,
andai perkara yang sangat-sangat duka lara ini terjadi,  hanya satu pesanan wanblur,

Lepaskan cinta itu..


Seandainya perpisahan itu terjadi, lepaskan cinta itu. Mungkin hubungan kamu berdua lebih baik seandainya kamu berdua berkawan sahaja. Yea, kamu sayang dia. dan dia pun sayang kamu. Tapi, andai ada sahaja dugaan dan halangan serta masalah, lepaskannya merupakan keputusan yang berat tapi akan menringakan penderitaannya.

Jangan musnahkan semua hubungan selepas berpisah. Jangan dilupakan kenangan kamu berdua. jangan padamkan cerita cinta itu. Tetapi, ukirkan sebuah cerita yang baru, atas nama persahabatan. MUngkin itu lebih baik untuk dirinya dan dirimu.
jodoh itu ditangan Tuhan, ia akan datang bila tiba waktunya

sekian

nota kaki : Tadi pergi main boling dekat Times Square. Ada kapel tengah asyik-asyik beradu asmara. Kelapa awek tue ntah hilang kemana. melekat jer kat balak dier... adoi.. nak buat asmaradana ke sayang-sayang ker. buat la kat tempat lain.. kurang sivik tol la.. pergi la kat tangga ker, kat lorong2 sunyi ker, kat lif ker. Nie dekat dalam tempat boling. Rosak adik-adik yang kecik2 nie dok usya dua orang tue buat projek. Si lelaki muka slumber bajet orang putih tp tak sedar diiri tue hitam. Yang si pompuan pulak melekat jer kat laki tadi, macam sangap semacam jer. lepas gian ditempat yang orang tak nampak. Jadi, orang tak tengok, orang tak menyumpah korunk. understand??


p/s : kepada yang sangat-sangat benci dan tak boleh adakan hubungan atleast sebagai kawan, sila-sila KLIK sini untuk -->>>>  tips lupakan sidia

tq

jangan lupa klik iklan nuffnang, nak merasa la jugak BE nie.. huhu thanks yer

7 comments:

zarul farhana said...

tp perpisahan itu amat perit sgt..
pyh ntuk lepaskn

Mekz's! said...

waah..syahduu je rase. ;)

safurara said...

der,relax ye.jgn ikutkan perasaan sgt ye.akk harap kamu temui insan yg betul2 jujur eh.cinta cyber jgn percaya sgt.10% je boleh caye,

feeza_rashid said...

huarggghhhh!! tetiba sedyhhh :(

Bunga said...

lau kerana Allah semua kita akan redha..hhahaa

Unknown said...

Cinta x semestinya memiliki :D

myra yusreena said...

ph utk memiliki..menyinta xsemesti memiliki..cehceh..haha..btw,tengss follow ;DD