Wednesday, June 8

Escherichia Coli aka E.Coli -> Malay version / melayu lah (O_O)

Pengenalan Umum 
Escherichia Coli atau dikenali sebagai E.Coli merupakan sejenis organism atau lebih tepatkan lagi sejenis bacteria yang majoritinya berada dalam saluran penghadaman (pemakanan). Menurut kajian, E.Coli telah berada dalam saluran pemakanan seseorang sejak berusia 40 hari selepas kelahiran. Secara normalnya, E.Coli ini tidak mengakibatkan sebarang masalah kesihatan kepada seseorang melainkan dengan kehadiran beberapa faktor (Virulence Factors) yang mengakibatkan bacteria yang baik ini berubah menjadi sejenis bacteria jahat yang berupaya mengakibat beberapa masalah kesihatan. Umumnya, E.Coli ini berada di dalam Kolon (colon), Vagina dan bahagian luar urethra (saluran kencing)
Ini ialah sistem penghadaman / pemakanan manusia aka gastrointestinal tract. dari mulut hingga ke saluran buang air besar

Stuktur E.COli
Berdasarkan kajian (Medical Immunology and Bacteriology), E.Coli ialah sejenis bacteria Gram-Negatif, Berbentuk rod, tidak menghasilkan spora dan Anaerobic Facultative (berupaya hidup dengan atau tanpa oksigen). Ia juga mempunyai flagella (seperti ekor halus) yang membolehkannya bergerak / berenang-renang. E.Coli berupaya mengeluarkan lactose, ethanol dan Carbon Dioxide dalam saluran pemakanan kita.
Rupa E.Coli dibawah Electron Microscope
Ilustrasi komponen E.Coli..  (ala-ala apa?? huhu)
 
Jenis-jenis E.Coli
 1. EHEC ( Enterohaemorrhagic E.Coli ) : Cirit berdarah , tiada demam
2. ETEC (Enterotoxigenic E.Coli) : Selalu mengakibatkan cirit birit dikalangan pengembara / pelancong
3. EPEC (Enteropathogenic E.Coli) : cirit birit
4. EIEC (Enteroinvasive E.Coli) : Cirit-birit yang banyak (Profusely) + demam panas
5. EAEC (Enteroadherent E.Coli) : cirit-birit berair, Tiada demam
6. EAggEC (Enteroaggregation E.Coli) 

p/s : Mudah ingat ialah lihat Huruf kedua dalam setiap singkatan nama E.Coli; H,T,P,I.A.Agg. Jadi, hanya ini yang membezakan nama mereka. okeyh??


Golongan Berisiko
 1. Kanak-kanak / budak sekolah (sebab sistem imun belum kuat)
2. Golongan warga emas (sebab sistem imun sudah rosak or menurun)
3. pesakit yang ada masalah seperti Autoimmune or AIDS, etc


Sebab-sebab jangkitan E.Coli
(Sila lihat "cara-cara mengahalang E.Coli" okeyh??))

Tanda-tanda jangkitan E.Coli
 1. Tanda awal / akut (3-5 hari) 
pesakit akan mengalami loya-loya, muntah, kawasan perut terasa cramps/ kejang, dan cirit birit (dengan atau tiada darah)
2. Tanda lama / Chronik (lebih 7 hari)
Pesakit akan dikelaskan kepada 3 tanda iaitu Bloody Diarrhoea (Cirit berdarah), HUS, dan TTP.
 


Faktor -faktor yang mengakibatkan seseorang itu sakit disebabkan jangkitan E.Coli  (Virulence factor)
 Sebagaimana diterangakan diatas, E.Coli merupakan sejenis bacteria yang umumnya berada dalam sistem pemakanan seseorang. Jadi, secara normalnya ia tidak menyebabkan sebarang masalah kesihatan atau, masalah kesihatan itu dengan sendirinya hilang/sembuh (Self-limiting). Berikut merupakan 8 Faktor (dan fungsi) yang menyebabkan E.COli menyebabkan masalah kesihatan kepada seseorang:

* Adhesion (membantu E.COli melekat pada dinding saluran penghadaman)
*Invasion ( membolehkan E.Coli menembusi dinding)
* Motility (Membantu E.Coli bergerak seperti flagella tadi (atas) )
*Antiphagocytic ( menghalang sel macrophage menghadam E.Coli)
*Defence against serum bactericidal
* Defense against Immune response (E.Coli mempunyai Lapisan luar berbentuk kapsul, K Antigen dan LPS atau lypopolysaccharides)
*Genetic modification
p/s : Wanblur tak tau nak translate macamana data-data nie, huhu soory yerkk 
Macam benda berbentuk rod dan, warna merah merujuk kepada Bacteris jenis Gram Negatif

Mekanisma jangkitan E.Coli
 1. Bakteria berada dikawasan sekitar (luar badan)
2. Bakteria dibawa masuk kedalam tubuh badan dan melekat pada sistem Pertahanan Badan ( primary Immune Defence) seperti kulit, hairs..
3. Bacteria melepas sistem pertama pertahanan badan lalu melekat pada dinding mucosa saluran pemakanan
4. Disitu, E.COli ini akan membiak dan membentuk koloninya
5. Penghasilan koloni ini, semakin hari akan mengakibatkan penghasilan bahan-bahan kimia yang akan menaktifkan tubuh badan manusia bertindak balas terhadapnya
6. Jadi, apabila sistem pertahanan manusia bertindak balas. Seandainya sistem pertahanan kuat, masalah kesihatan itu akan dengan sendirinya sembuh/hilang. Tetapi, kalau tidak ia akan mengakibatkan komplikasi atau masalah kesihatan yang lebih besar daripada awalnya. 

Cara untuk konfirm jangkitan E.Coli
  1. Stool Examination (Ujian Pada Najis) 
Ujian kepada najis pesakit akan menggunakan radas MacConkey dan radas EMB untuk memastikan kewujudan E.Coli dalam najis itu. Hal ini disebabkan cirit-birit boleh juga disebabkan oleh jangkitan Shigella, Salmonella ataupun Hepatitis A Virus. Jika ternyata wujud kehadiran E.Coli, radas MacConkey akan terdapat koloni bacteria berwarna merah dan penghasilan lactose.


2. Blood test (Ujian Darah)
Ujian darah dijalankan untuk 
        * FBC (Full Blood Count) : untuk check kekurangan komponen darah atau tidak
        * Electrolyte level : Untuk mengenalpasti samada pesakit hydrate atau tidak
        * BUN (Blood Urea Nitrogen) : (google goole..hehe)
        * Creatinine : untuk check fungsi buah pinggang. samada jangkitan merosakkan kidney atau tak.

dalam radas berkultur MacConkey. E.Coli is Lactose fermentose


Jenis-jenis Terapi / ubatan / lain-lain
 1. LOMOTIL (atropine + diphenoxylate) : untuk mengurangkan pergerakkan bahan penghadaman dalam usus sekaligus mengurangkan cirit-birit. Ia BUKAN UBAT TAHAN SAKIT.
2. ORS (not bunga ros) : Rehydrate oral Salt untuk menganti semula ketidakseimbangan elektrolite dalam badan yang disebabkan oleh cirit-birit.
3. Antibiotik : amoxicilin, ciproflaxin dan etc.
4. Self Limiting : untuk pesakit dewasa yang sihat, selalunya masalah ini akan dengan sendirinya sembuh. 
5. Pastikan kandungan air dalam badan sentiasa maintain dengan minum air dengan banyak seperti 100Plus, air kelapa . okeyh?
ORS : ada perisa asli, vanila dan oren. Tapi bagi wanblur, Perisa asli terbaik. Tak caya? cuba try.. huhu

Sekiranya tanda-tanda jangkitan E.Coli tidak sembuh, komplikasi yang akan ditimbul ialah:
  • Sindrom Radang Usus (Inflammatory Bowel Disease)
  • Crhon's Disease ( Sejenis autoimmune yang menyebabkan kerosakan dimana-amana sahaja bahagian dari mulut ke anal sistem pengmakanan
  • Ulcerative Colitis

Cara Menghalang Jangkitan E.Coli
  • Pastikan tangan bersih apabila menguruskan makanan seperti ketika membersih sayur, memasak atau makan!
  • Masak daging dengan sempurna (bukanya separuh masak)
  • Basuh sayur atau buah sebelum makan
  • Elakkan susu atau makanan yang tidak dipasteurkan
  • Elakkan minum air di kolam mandi 
Rujukan:
  1. CDC for Escheria Coli on http://www.cdc.gov/nczved/divisions/dfbmd/diseases/ecoli_o157h7/ 
  2. Buku Teks Bacteriology online di http://www.textbookofbacteriology.net/e.coli.html 
  3. Wikipedia about e.coli  di http://en.wikipedia.org/wiki/Escherichia_coli
  4. Emedicine tentang E.Coli di http://www.emedicinehealth.com/e_coli_escherichia_coli_0157h7_e_coli_0157h7/article_em.htm
  5. medicinenet tentang E.COli : http://www.medicinenet.com/e_coli__0157h7/article.htm
  6. Emedicine.medscape di http://emedicine.medscape.com/article/217485-overview 
  7. Medical Immunology and Bacteriology. Chapter bacteria sturctural and pathogenesis. Lange.

p/s : Sharing is caring ryte??  just untuk KATAKAN TIDAK PADA E.COLI


**Wanblur share this walaupun just kumpul2 dari laman web untuk share dengan korunk semua. Semoga apa yang wanblur buat nie, mak ayah dan keluarga wanblur akan dapat   "Ganjaran"  for sharing knowledge with everybody. insyallah. amin**

Jika ada salah, beritahu wanblur yer. TQ 


Malaysia negara maju 2020. Masyarakat terbilang dengan Kesihatan Terpelihara. yeyeaayyhh huhu


bubye, selamat malam 

done on 8 Jun 2011 at 4.01am.  malaysia


my frens is my family member. peace. Dont blur blur


Take Note : SILA KLIK DISINI untuk mengetahui tentang sejarah / latar belakang E.Coli ini. tq

No comments: