Saturday, April 9

Hari ini, Dari kedah ke KL dan R_ S _ _ T Exam

Hari ini merupakan hari aku balik ke Kuala Lumpur semula. Pelik kan? kenapa aku cuti awal dan balik kolej pun awal? itulah akibatnya kalau malas macam wanblur. Time orang seperjuangan tengah bersenang lenang, makan sampai boroi dirumah, dan gelak gelak dekat tv, wanblur pulak kena datang semula ke kolej. Semuanya untuk membuat persediaan untuk RESEAT EXAM.

RESEAT EXAM 
Ini merupakan kali kedua wanblur ambik reseat exam. Setiap 2 semester akan ada reseat exam sebagai percubaan kedua untuk melangkah tahun. Dulu wanblur reseat semasa tahun 1, so still tak balik time orang lain cuti. Kali ini, Berat beban itu tetap wanblur dikehendaki memikulnya. Mungkin benar kata orang, ada kala kita berjaya, ada kala kita tidak berjaya. Semua itu sebagai peringatan untuk kita.

Result untuk semester ke 4 tak kuar lagi. Hari Isnin nie baru keluar. Jadi, malam yang tinggal nie, Ahad dan Isnin, wanblur perlu memanfaat sepenuhnya. Nanti keluar result semester 4, kita tak tahu apa yg akan berlaku. Jiwa wanblur tak kuat macam Orang lain, Muka selamba, tangan bermuscle, tapi hati ada bunga rose. Ros putih pulak tue.. adeihh..

Hari nie wanblur naik bus Transnasional dari Shahb Perdana ke Hentian Duta. Naik bas pukul 10pagi sampai dalam pukul 4ptg. Nasib baik Ada orang yang datang ambik. Terima kasih yer awak. haha.. sengal aku nie. Yelah. hujan hujan. malas nak naik teksi. mahal. Tadi ada jumpa seseorang dalam bus. eh, 2 orang. Macam kenal tapi sebenarnya silap orang. maluousss..

Harap, kawan-kawan sekolah, kawan-kawan alam Blog nie, mendoakan wanblur yer.. doakan agar dipermudahkan segalanya,.. Jadi doktor dlm 5tahun.. InsyaAllah, amin. Doa agar wanblur berusaha lebih kuat lagik.. Amin

Thanx to be my Frenx, im just ordinary person who have big ambition like others..

Untuk anda Semua
 

3 comments:

suria lekatlekit said...

moga di permudahkan segala urusan & tercapai impian dr wanblur

Shazwan Azizan - wanblur said...

amin.. thanx akak

Cik Farah said...

gudluck wan !

chaiyo2! org kedah msti boleh punye!

haha.*semangat kenegerian sikitt*