Malam nie, saja jer wanblur nak kasi fresh-fresh sikit. Sambil-sambil buat blogwalking, boleh jugak tambah ilmu pengetahun yang tak seberapa nie. Ok? Nie semua wanblur ambik dari kitab-kitab medic wanblur.
Ageing/ penuaan,
ada ker sesiapa yang suka untuk menjadi tua?gambar proses penuaan dr sheikh Google |
Skunk, korang layan jer la yer, nota-nota yang wanblur dapat tentang ageing nie. ok? tak mo tidur2 ok..hehe
Ageing / penuaan
Proses penuaan merupakan penurunan secara berkala struktur atau fungsi badan, bukan sebab acident ker, dan jugak bukan disebabkan sebarang penyakit. Ia natural. Semula jadi. Dan sering dikaitkan dengan peningkatan kematian melalui peningkatan umur. Maksud dier, semakin berumur, rumah kata pergi berambus, kubur kata datang la sini cepat2. lebih kurang ,macam tue la.
Korang nak tahu, proses penuaan bermula sejak kita umur 10-12 tahun. Yeah, semasa kita darjah 5/6. nak ambik UPSR malas2 tue, proses penuaan dah bermula. Sikit-cikit
Kita selalu dengar pasal menopause. Tapi, pernah dengar tak tentang andropause?
binatang apakah itu? Dengar sama jer kan. pause pause. kan kan..
menopause : penurunan kitaran haid selama 6-12 bulan selepas kitaran terakhir (last menses) --->> menyebabkan hormon penting wanita, Estrogen dan progesterone berkurang.
Andropause : Penurunan secara sikit-sikit production of testoterone (horman penting lelaki)
Bila semakin berusia, semakin meningkat ke"tua"an itu, korang dapat tengok beberapa perubahan dalam sistem-sistem badan korang. Korang check tengok, dah ada ke belum tanda2 penuaan tue,
- Penurunan mendadak hormon-hormon seksual / semakin tua, semakin kurang kesuburan
- Tulang lembut / osteoporosis : Common in Female sebab estrogen berkurang
- Senang berasa letih
- Kekuatan muscle-muscle (otot) berkurang. dulu dapat angkat kotak sorang, skunk dah kena mintak adik sedara tolongkan
- Tindak balas lambat.
- selalu sakit-sakit belakang, sendi-sendi tulang,
- Tertiba jer dapat Artheroiscerosis/ Darah tinggi/ diabetes
- Senang berasa haus / dehydration
- urinary Incontinence --->>> tak dapat tahan nak kencing. selalu ter"lepas".
- Sembelit
- sikit demi sedikit, mata tak dapat tengok dekat. tertiba dah tua, rabun dekat. Fenomena ini adalah presbyopia
- Rabun malam (ooo.. patut la tok aku malam2 tak nampak sgt..)
Anda boleh mengelak urinari incontinnet berlaku!! |
Disini ada cara untuk melambatkan proses penuaan.
macamana??
perlu diet kah?
perlu ubat2? jamu-jamu indon?
jawapannya ----->>>> Bersenam..
Yea, bersenam dapat melambatkan proses penuaan.
melambatkan penyakit2 berbahaya seperti darah tinggi, maintain muscle2 dalam badan, Kawalan berat badan dan maintain kecergasan dan ke"flexibility" sendi2
jadi,
jom kita bersenam..
jangan dah tua baru nak bersenam.
jom, hidup sihat
sekian.
No comments:
Post a Comment