Thursday, March 17

ADENOVIRUS ??

Sejak kebelakangan ini, negara dikejutkan dengan penularan virus Adeno di PULAPOL. Sudah 2 Kematian dicatatkan sehingga hari ini yang melibatkan pelatih di Pusat Akademi Polis KL itu. Ingin tahu dengan lebih lanjut tentang virus ini? Scrool la kebawah

Beberapa link keratan akhbar berkaitan penularan adenovirus

Virus tidak merebak - utusan
virus adeno di pulapol terkawal - utusan
kenal pasti sebab penularan - utusan
jumlah pelatih meningkat - utusan
akhbar pertama ttg penularan adenovirus

lets check it out!!

Pengenalan virus adeno
Virus Adeno merupakan sejenis virus DNA yang menyebabkan jangkitan pada sistem pernafasan secara tiba-tiba. (acute Upper Respiratory Tract Infection).  Ia juga merupakan sejenis virus yang mempunyai kebolehan untuk membiak / replicate dalam pelbagai sistem badan manusia. Ia jugak merupakan virus yang boleh didapati daripada manusia dan haiwan (ubiquitos). Selalunya jangkitan virus ini tanpa sebarang symptoms / tanda-tanda, tetapi jika pesakit mempunyai sistem imun yang lemah, jangkitan ini agak agresif.


Ahli Keluarga adeno (pengkelasan virus/ taxology)
 Nama Family : Adenoviridae
 NAma Genus : Atadenovirus, aviadenovirus, mastadenovirus, dan siadenovirus 
 Species-species : Ovine Adenovirus D, Fowl Adenovirus A, Human Adenovirus C, Turkey Adenovirus B

* Jika anda nampak, perkatan Viridae. itu menunjukkan family virus tersebut. Dan jika perkataan itu ada virus-virus diakhir namanya, ia merupakan Genus / species. okeyh??

GAmbar comel adenovirus
bawah electron microscope

Cara Jangkitan / pathogenesis
Permulaan, adenovirus ini merupakan sejenis virus DNA yang ada 2 strand (double stranded DNA). saiz dier 70nm - 90nm dan bentuknya Icosahedral capsid. Ingat nie, icosahedral capsid.
  1.  Tempat virus masuk kedalam badan merupakan titik utamanya. Jika melalui Sistem penafasan, kemungkinan jangkitan adalah melalui air-air daripada pernafasan seperti bersin, batuk dan sebagainya. Hingus?? . Manakala, cara kedua jangkitan masuk kedalam badan manusia ialah melalui Sistem penghadaman iaitu Penyebaran virus melalui fecal-oral ataupun najis.
  2. Setelah virus masuk kedalam badan manusia, ia akan menyebabkan stau proses iaitu lytic infection (sorry nak translate tak twau). Proses ini akan menyebabkan sel-sel epithelium ( lapisan sel paling luar dalam badan manusia / epithelium) yang dijangkiti virus mengalami proses pemusnahan (cytolytic) setelah virus tersebut membiak beberapa kali dalam sel tersebut. Pemusnahan sel-sel ini akan menyebabkan Sistem imun badan kita akan bertindak balas dan men'aktif"kan tindak balas keradangan / inflammatory response.
  3. Yang kedua, Virus ini telah lama berada dalam badan manusia tapi tidak memberi apa-apa kesan. Situasi ini disebut Latent infection atau jangkitan lewat. Contohnya, seseorang itu mendapat virus ini setahun / sebulan yang lalu tapi baru hari ini ia sakit/ menunjukkan simptom2 jangkitan. oke??

SImptom - simptom adenovirus
  • Penyakit pernafasan akut (acute respiratory disease) seperti demam, sakit tekak, batuk-batuk dan pengeluaran hingus / mucous dari hidung, yang berlarutan 4-5 hari.
  • Demam yang disertakan sakit mata dan tekak (pharyngoconjunctiivtis fever) sehingga 5 hari. Selalunya selepas 5 hari, simptom akan pulih.
  • rasa lemah-lemah (tak sihat/ malaise) dan sakit kepala
  • Demam dan cirit-birit air (watery diaarhea) 
  • Jika seseorang itu mempunyai sistem imun yang rendah, ia akan dapat demam, batuk kering (batuk yang bila kita batuk, rasa tekak kering), kencing berdarah dan cirit-birit. 

Cara nak diagnose/ kesan jangkitan pada seseorang
Selalunya doktor akan suruh pengambilan darah pesakit untuk buat ujian makmal. Serta, pengambilan specimen daripada najis (stool examination/ UFEME) dan kahak.

Ujian makmal yang dilakukan seperti Serologi, PCR dan Antigen detection


Jenis Ubat-ubatan
Antara antibiotik yang digunakan ialah cidofovir, ribavirin, dan ganciclovir serta vidarabine. 
 


Peringatan penting
selalunya, jangkitan adenovirus tidak berbahaya kerana ia akan membuat pesakit seperti sakit demam batuk biasa. tetapi, pesakit perlu berwaspada kerana jangkitan virus ini akan menyebabkan pneumonia, bronchiolitis atau masalah sistem pernafasan. Oleh sebab itu, majoriti pesakit yang meninggal adalah disebabkan oleh masalah sistem pernafasan mereka.

jangkitan virus -> sel-sel yg dijangkit akan musnah / dan diganti dengan fibrous -> activation of inflammatory response ->> Epithelium cells yg musnah / mati diganti dengan fibrous/ scar -->> if terjadi di paru-paru / sistem pernafasan -->> sistem pernafasan tidak berfungsi secara sempurna -->> bad prognosis.

sekian, 


Rujukan : Adenovirus di emedicine.com
                  adenovirus di wikipedia.com
                  adenovirus di microbilogylab.com

5 comments:

AnahSamsudin said...

thanks doc-to-be for the sharing.baru tau.before ni dgr kat TV je.

MISS IMAKASIHDANI said...

sy budak microbiology mmg blaja psl virus2 ni..hehe~like it..selalu nye ape2 infection y libatkn virus or bacteria mmg akn serang sistem pnafasan dlu..sb tu demam2 biase leh sb kn kmatian..

♥ Nurul Aziemah Roslan ♥ said...

uwaaa...seram gak wan, dah lah dekat ngn KTSN
hmm, tkot dah nak g tasik, kot2 terdekat dgn org2 yg ada virus nie...hee
tq for the info...

Siti Fatimah Fuzz said...

nice entry..buat research sebelum buat entry..cik siti ada belajar pasal adenovirus ni...

Nawi Ooh said...

info berguna....
sye dah follow awk,follow sya pulak...
whazzup_45@yahoo.com/blogspot