Tuesday, March 15

2 orang, 2 gaya

Asalamualaikum dan salam sejahtera

2 orang dan 2 gaya.
apakebendanya wanblur nak berleter malam nie yerk? huhu buat sasspen tak menjadi. Sebenarnya ada sesuatu yang berlaku hari ini. Mungkin perkara ini kecil, tapi wanblur saja nak luahkan. Nak kongsi la dengan korang. bukan nak cakap-cakap belakang pasal seseorang. Just nak beri pendapat. Boleh tak?

Sejak zaman sekolah lagi, dakwah dan nasihat sering diberikan. Aku suka kalau diberi nasihat selalu. Ada banyak sudah pemberi2 nasihat aka orang yang beri nasihat nie aku jumpa. Ada yang lemah lembut, ada yang perwatakan keras tapi nasihat dier cukup berhikmah, senanang terima, senang dengar walaupun kita hanya mendengar tidak mengikut, dan ada jugak, yang memberi nasihat tapi tak kena caranya. Korang pernah jumpa tak?

Ada seorang kawan aku beritahu,

"Dulu aku ingat, dakwah secara berhikmah tu dakwah secara lemah lembut, tapi sebenarnya dakwah secara hikmah tue adalah dakwah yang sesuai dengan ikut keadaan. KAlau orang tue jenis keras dan cuma akan sedar kalau kita guna kekerasan, maka dakwah secara kerass la"


Komen aku :
Sebenarnya dakwah secara berhikmah nie memamng la sesuai dengan keadaan. Aku sama sekali sokong benda tue sebab aku pernnah jugak dulu time sekolah masuk badan2 macam nie. aku diajar untuk memberi walaupun kelat dan payah tentangan. Tapi, sekeras mana pun dakwah seseorang itu, kalau tak berhikmah tiada guna. okey, faham tak?

Pengertiaan hikmah dari pengetahun aku yang cetek ni adalah pendekatan yang digunakan pelbagai gayanya, saluran dakwah yang betul, masa memberi dakwah itu betul, dan tempat orang menberi dakwah tue betul. kaedah nya jugak perlu betul. Anda mahu kah orang tiba-tiba kondem korang beri dakwah secara tiba-tiba? memberi message-message bertanya macam-macam hal yang tak berkaitan dengan anda? terlalu peribadi?

Korang mesti pernah jumpa kan, ada orang tue dia beri la ada jugak nasihat dier,.. baik atau keras, lemah lembut atau sebagainya, korang tetap rasa enak, tetap rasa senang nak masuk telinga, senang dihati. Pernah jumpa  tak? Selalunya orang begini pendakwah sejati. aku ada kawan-kawan macam nie, semasa sekolah dulu, sekrang pun ada. Rasa senang meminta nasihat, dan mereka senang memberi nasihat. Nasihatnya jelas, nasihatnya berhikmah, sesuai dengan diri dan keadaan kita. Tidak rasa tersinggung, tak rasa terkilan. Nice-nice jer. Pernha jumpa tak? aku suka mereka macam nie..

tapi,
ada jugak orang yang kita jumpa. dier memanh berniat baik. Tapi ada lacking.. ada yang tak kena tentang diri dia yang memberi nasihat. Tak tahu kenapa. Ada somthing missing. Memang kalau orang cakap, kelemahan orang semua orang ada Aku akui, tapi, bila nak memberi nasihat, "hikmah" itu perlu ada. Kalau tak, orang tak layan. Orang akan buat2 tak tahu. You are annoying tau tak. opppsss.. sory terlepas. 

Aku pernah jumpa pak guard monorail, secara tiba-tiba dier cakap-cakap dengan aku. Walaupun waktu tue orang tengah ramai dalam Monorail, dier pulak tengah kerja. Guard. Dari perjalaan dier dari Imbi ke Rajha chulan, dier cakap2 kat aku. beri nasihat. Aku tak kisah, aku suka dengar dier ckap. The way that he used is comfortable. Pendekatan yang ikhlas. Orang kata, sesiapa saja boleh memberi nasihat. Yup, aku setuju. Dan, pendekatan untuk memberi itu berlainan, yup aku setuju. Tapi, ada something yang membuat kan org nak dgr or tak nasihat seseorang tue... ada sesuatu..

oklah, mengarut pulak malam-malkam nie, saja nak share. eh, saja tulis. kot2 ada sesiapa nak baca. hehe

Bagi aku, aku suka pendakwah yang keras dakwahnya, tapi berhikmah. Peribadi ok, kelakuan disenangi, dan tak perlu kaya, tak berharta pun tak per. Tapi, pendekatan tue kena betul. cara kena betul. Baru orang akan ikut. Baru orang akan rasa sayang. kan kan. bila rasa sayang,  nasihat senang untuk diberikan dan diterima.

Orang kata, hidup itu lebih baik memberi dan menerima. So, memberi dan menerima penting dalam kehidupan. yeay

sekian

No comments: