Tuesday, February 15

Semangat layu ??

Tempat: Pejabat akademik tgkat 2
Masa: Hari kluaqnya result
Situasi: Kita dan Sahabat baru saja mndapat result EME

Sahabat: Hang punya result camana? (Diam saja budak nih)

Kita: Gagal la.. Dapat "Excellent" LAGI. Mak bapak aku musti "bangga" nih.

Sahabat: Ala.. hg jangan la macam ni.. aku pun x lulus jgk tadi. Macam ni la. Hang jgn la sedih sangat ye. Nanti cuba lagi. Jangan putus asa tau. Aku pun kadang2 selalu jgk gagal. Dah immuned da. hehe
Sahabat bercakap untuk menutup kekecewaan diri (Nnt down sangat x bleh study langsung pulak) dan mententeramkan hati Kita.

Kita: *Tersenyum* Xpa.. Hg xyah risau. aku dah biasa, kan sem lepas aku dah pernah gagal? Hehe. 
Jawab Kita untuk menutup kesedihan diri sndiri dgn result yg semakin merosot. Tapi dalam hatinya Tuhan saja yang tau betapa kecewanya dia dengan kegagalan yg berulang lg. 

Sebagai seorang pelajar perubatan, pernahkah anda berada di dalam situasi tersebut?
Pernahkah anda memegang salah satu watak tersebut? atau pernah pun berada di kedua-duanya?

Jika saya jawapannya ialah YA! saya pernah menjadi Kita dan juga pernah brwatakkan Sahabat. Untuk situasi yang singkat dan biasa (ya, x smua org biasa =)) ini dapatkah anda melihat beza antara Kita dgn Sahabat?

Kepada yg menghadapi kegagalan bukan pertama kali (bukan 1st time gagal), kita bertanya di mana silapnya? salahkah jika kita gagal lg? salahkah klu kita dah usaha tap masih gagal? adakah kita sudah terbiasa dgn kegagalan? macam manakah lg hendak kita nak terima kegagalan ni? redha n brlapang dadakah? redha dan pasrahkah? atau redha dgn penuh azam?

*Redha bermaksud kita TERIMA dan BERPUAS HATI  dgn ketentuan Allah. dan YAKIN penetapan Allah ialah sebaik-baik penetapan.

Sebelum ini
Sejak dari minggu orientasi lagi pemikiran kita dialaskan dgn pemikiran2 seperti:
"It is ok to fail in medicine"
"Xpa la akak pun pernah gagal"
"Klu dulu u r the teacher's pet,The best in class, the best among the best (wow!) tapi skang ni bersiaplah sbb gagal merupakan lumrah dlm perubatan nih.."

mengapa pihak2 tertentu menyatakan demikian? 
Supaya kita x terkejut dengan result yg x segempak dulu (waktu zaman kegemilangan kita)
Supaya kita lebih bersedia menghadapi kegagalan nnt
Supaya kita nnt tidak berasa terlalu kecewa sehinggakan dah x bleh nak bangun dari kegagalan.

Berbalik kepada skarang
Adakah kita menggunakan kata2 ini untuk memujuk hati dan kemudian bangun menebus kekecewaan?
Atau kita menggunakannya untuk beradaptasi dengan kegagalan?
Is it really ok to b failed? 
=Tiada kejayaan tanpa kegagalan dulu. betul
But is it ok to be adapted with it?
sbb gagal  dan gagal untuk berjaya x sama dgn gagal dan gagal kerana dah beradaptasi dgnnya.
gagal dan gagal untuk berjaya menjadikan kita lebih kuat, lebih cukup persediaan untuk berjaya.
Manakala gagal dan gagal sebab dah teradaptasi buat kita jadi lemah, rendah diri, dan semakin jauh dgn kejayaan.

Sebut tentang adaptasi, teringat kisah gajah sarkas yg pernah dceritakn oleh Ustaz Hasrizal.
Ada seekor anak gajah yg ditambat dgn rantai di kandangnya. 
Setiap kali dia cuba melepaskan diri, dia gagal sbb rantai tu terlalu besar dan kuat.
Lama-kelaman gajah tu pun berputus asa dan brhenti mencuba.
Sampailah anak gajah tadi dah membesar jadi mama gajah, dia masih gagal melepaskan diri.
Tapi ketika ini, dia gagal bukan kerana tidak cukup kekuatan sbb rantai tadi dah jadi kecik klu nak compare dgn dia yg dah membesar.
Dia gagal kerana dia telah berhenti mencuba. sbb apa? sbb dia sudah lali dan adapted dengan kegagalan2 yg pernah dialami. Dengan minda yg mengatakan "aku xkan berjaya", "dah terlambat", "aku dah biasa" dan "aku dah penat mencuba", jadi dia berhenti mencuba.


Kesimpulannya, ya kita kadangkala  (ataupun selalu jugak) gagal. Tetapi bagaimana kita menerima kegagalan tersebut, itu yg menentukan kejayan kita sebenaqnya. Dan kejayaan yg mutlak dan utama bagi seorang Muslim ialah sebaik sahaja kakinya menjejak ke pintu syurga memandangkan dunia ini tidak kekal (dan begitu juga kejayaan d dalamnya)


Kenapalah aku menggunakan prkataan kita sedangkan aku sedang menulis brkaitan diri sndiri. menyoal dri sndiri
Ya aku menulis dgn menjadikan diri sndiri sebagai rujukan, sebabnya
Lulus atau gagal, usaha atau tdak, tajuk ni terlalu subjektif untuk dibincangkan untuk smua org
dan hanya diri kita sndiri yg lebih mengetahui.
Lgpun result dikertas bukanlah tafsiran langsung usaha kita.
Banyak faktor yg mempengaruhi dan banyak alasan perlu dpertimbangkan untuk dijadikan sebab.

Wallahualam.. Sekadar brkongsi apa yang aku pikir. 
Salam.

"Islam itu cemerlang, mengapa tidak kita?" - anonymous

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Zumar ayat 9 tafsirnya :

"Katakanlah lagi kepadanya : Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna".

salinan ini  merupakan hasil seorang pelajar medic ukm tahun 2 2011. Hasil ini merupakan karya beliau dan saya wanblur hanya mengambil isi ini untuk sebagai pembakar semangat

kredit to Syairah sulaiman (medic 2/2011)
darpada : Facebook Medic itu cool


No comments: