Mungkin ini sudah terlambat barangkali,
kata-kata yang aku wajar ucapkan dulu
Kata-kata yang tidak perlu aku simpan
kata-katan yang tidak perlu aku sembunyikan
tapi semuanya sudah tamat
tamat sudah satu kisah
sebuah ceirta yang terhenti dipetengahan
antara aku dan dia
Andai ditanya,
Sayang kah aku kepadanya dahulu?
ya, aku sayang padanya,
tapi aku yang tak reti menghargai dia,
aku tak reti nak didik hati aku, perbuatan aku
selari dengan perasaan ku,
namun kini,
perasaan itu masih ada
tapi ianya hanyalah untuk kawan
dia bukan milikku
Andai ditanya,
siapakah dia disampingku dahulu?
siapakah dia dihati dahulu?
andai dahulu aku ucapkan,
ya, dia dalam hati aku
dia merupakan permaisuri hati ini
semasa bersamanya, dia melengkapi aku
dia penolong yang baik
dia kawan yang baik
dia pengkritik yang baik
tapi, aku yang buta dan terus buta
tak sepatah pun aku ucapkan,
kini,..
tiada lagi yang harus dikesalkan
semalam hanyalah mimpi,
mimpi yang tak akan kembali
Andai ditanya,
kenapa aku memilihnya dahulu?
kenapa aku tak pilih orang lain?
terus terang aku cakapkan
hati ini tiba-tiba berani memilihnya
hati ini kuat memilihnya
aku sendiri tak tahu kenapa,
aku tak pilih hartanya
aku tak pilih rupanya
ada something yang aku dapat rasa..
aku dapat rasa,
dia seorang pencinta yang baik dan setia
namun, aku yang menghancurkannya
maafkan aku
Andai ditanya,
Pernah dia mendapat tempat dalam hatiku dulu?
andai masa bisa diputarkan
andai tangisan dalam dihentikan
andai keperitan tidak melanda
ingin aku ucapkan
tempat dia dihatiku ada,
tempat yang pasti,
tempat yang aku dapat rasakan dikala sunyi
Namun, aku yang bodoh
aku yang lalai dan jahat
aku yang menghilangkan seri dan aura cinta itu dihatiku
aku ego
aku tidak setia
itu khilafku,
andai ditanya, andai dibisik
sapa dia dihatiku dulu,
Dikala aku gembira, aku harap dia ada dengan aku kongsi kegembiraanku
dikala aku sunyi, aku harap dia ada untuk menenangkan aku
dikala aku senang, ingin aku berkongsi dengannya
dikala dekat, aku ingin dia sentiasa bersama
dikala jauh, aku ingin dia kembali dekat
namun,
itu semua sudah terkubur
semuanya salah aku
ya, aku seorang player
tapi, hatiku ini
pernah tertunduk dengan cinta itu..
namun, aku tewas dengan sikapku sendiri..
kataku dan katamu
semuanya hanyalah mimpi
yang lepas ingauan mimpi
dan yang dihadapan,
perlu ditempuhi
P/s: orang kata bila dapat yang baru, yang lama mesti ditinggalkan lupa terus,
namun,
she have holding a special place in mylife in the past
so
no replacement for it.
Physically replacement, mentally maintain and soully reserved.
tett..
No comments:
Post a Comment