Thursday, January 27

Pening + Penat = .....

Hari nie merupakan hari yang paling-paling suoer pening + penat dan memenatkan. Kelas bermula dari jam 8pagi hingga lah habis pukul 5 petang. Jalan raya jam sampai kolej around 6.30ptg. aduh, aduss,, sadis sadis. Penat tapi banyak benda baru. Byk benda menarik. Jom, katy bawah nie, wanblur ada upload beberapa keping gambar untuk tatapan anda semua

kelas pertama aku untuk hari ini adalah makmal fisiologi untuk neuroscience. Sebenarnya kebanyakn praktikal untuk hari ini terlalu banyak. Ada banyak sangat2 procudernyer. Oklah, kadang-kadang kepelbagaian cara pembelajaran ini sesuatu yang menyeronokkan, (selain dr bangun tidur pagi2.. hehe). Makmal aku makmal 6. Hari nie aku sampai around pukul 7 setengah. kelas pukul 8. Jadi pergi makan dulu la. mak ai.. nasib baik kakak cashir jaga pagi tadi. Boleh dapat murah. Kalau kakak or mak cik yang lg tua tue jaga, habis ar aku. mahal beb..

Hari nie macam selalu. Dr kesayangan makmal aku. Dr Chua akan mengambil alih sebagai pensyarah Fisio makmal ini. Memang sporting habis, Mula-mula kena tengok video for eye tests. Senyap jer video nie. Tv skrin dah tukkar baru tapi bunyi la pulak tak der. adeih.. adeih.. apa-apa hal, Dr Chua datang. hehe(nak bodek nie beb).. Dr Chua terang la benda nak buat. AKu nie malas, tak prepare pape pun, huhuhu..

ok, Benda yang berbulat-bulat macam roda kat atas nie bukannya roda kasut roller blade or roda kereta kontrol. okeyh.. Ini namanyer Tendon Hammer. Sebut sekali lagi, Tendon Hammer. kegunaan benda ini untuk membuat prosedur reflexes. atau nak uji tindak balas. Benda ini kira antara komponen yang penting la. Bukan saje saje jer korang tengok kat hospital ada orang usung-usung celah poket baju tue k.. Dalm sistem saraf kita atau Neuroscience, Ada 3 komponen la nak uji sama ada fungsi saraf otak kita okey atau tidak (dysfunction or lesions), T.P.R atau TPR or Tone + Power + Rangers.. eh eh,, Reflexes. hehe.. Ini tendon hammer kena ketuk dekat tendon-tendon tertentu yg nak diuji, nanti kalau ketuk, secara normalnyer, kawasan yang kita ketuk tue akan ada tindak balas yg spontan. best best. kalau x ada tindak balas, hati-hati yer.. mungkin ada masalah, sama ada masalah sistem korang tau pun salah orang yang ketuk tue. ok??~~ pedih kaki kena ketuk..

Ini pulak bukannyer chop stick ker pape ker. bukan cokelat cadbury jugak ok. Ini nama glamourous dier Turning Fork. Benda nie kalau korang bagi bahagian depan dier bergetar (vibrate), memnag best. boleh test la jugak kat part-part badan tue,. Selalu dekat kawasan ada tulang ( bony prominent). Kalau normal, getaran pada tulang akan kita rasa sebab hasil tindak balas dalam otak la. kalau tak der?? kalau tak der baik g jumpa doktor cepat2. huhuhu. Boleh buat test teling korang jugak. Bukan nak dibuat alat korek-korek lubang telinga okey, Nak check adakah korang punya teling tue, normal ke tak. Ada tanda-tanda pekak ker tak. So, kepada adik-adik, kalau korang kena marah dengan cikgu, cikgu kata pekak badak ke apa ker. jangan kecik hati.. Bukanyer dier tahu pun korang pekak. Cuba chechk dier ada benda nie ke tak. hehehe.. p/s : berdengung-dengung tulang jari-jari gergasi wanblur dan vibrate-vibrate ala ala nak shuffle kepala nie.. hehe

Ini pula untuk uji tahap pendengaran korang. Nak test, korang pekak tahap aper. tahap naga ker, or tahap power rangers. wanblur pekak tahap ultraman. hehee nice device. nak try? nanti ada peluang wanblur gtau dan buat pemeriksaan percuma untuk semua blogger malaysia ok?? free. so, doakanalah wanblur cepat2 grade dan berjaya cemerlang. hehhee

ini pulak kerusi malas. Bukan kerusi yang malas, tapi orang yang tengok tue, malas jer kerjanyer. kerusi ini nak check keseimbangan korang la. nak tengok 2 benda. tapi nanti wanblur gtau nak tengok apa. step-step nak buat nie. kat mane mane pun boleh. Kat Times square pun boleh, kat atas kerusi office pun boleh. janji kerusi tue boleh berpusing2. Korang dududk tegak2 mata jangan pejam. tengok depan jer. suruh awek korang pusing-pusing korang...beberapa pusing. cukup. (lagi laju lg okey). bila dah berhenti, terus tengok mata korang ( suruh awek korang tgk..) mata korang akan bergerak pelik2.. nice. lawak. semuanyer ada.. anama fenomena nie Nystagmus. Mata korang akan bergoyang2.. huhu then kalau korang terus diri. memang dah mabuk dah nanti korang tue. jalan senget2.. macam nenek moden. huhuhu p/s : tadi time wanblur buat, mata wanblur bergerak2 blur (orang cakap la.. wanblur x twu, spontan). bila wanblru jalan, rasa opening2 dan macam nak jatuh. So, nak tahu lagik lanjut. Cari jer SEMILUNAR CANAL examination - nystagmus. ok?? nice

Ini pulak praktikal nak check mata guna alat paling kuno. huhuhu guro jer. nak check medan pemandangan mata kita or Eye Field. (padang mata). wanblur tak buat praktikal nie sebab malas. huhuhu ebngong tol. next next

ini korang mesti besa tengok kan. nama benda nie Snellen chart. nak check tahap mata korang. rabun dekat ker rbaun jauh ker or normal. Kalau nak buat benda nie free, pergi hospital kerajaan okey. kalau private selalu x der dah chart nie, diorang guna moden punya. tgk melalui komputer. nice. Kalau korang perasan la, kat number2 yang korang tgk dan sebut2 nie. atas number kecik-kecik. Tengok betol gambar atas. kan kan.. betol tak ader kan.. Itu maksudnyer, sebagai contoh dr gambar di atas, no 6 yg atas sekali itu 2 6 0. Atas barisan number tue ada angka 24. kan kan?? itu maksudnyer, normally, kornag boleh bace 2 6 0 dari jarak 24 meter. okey?? begitu selalunyer. Selalu 6/6. ryte? itu means mata korang boleh bace angka-angka yg berada dibarisan yg normal dapat dilihat dr jarak 6 meter. nak cube>? tak caya? buka spek g tgk. huhuhu

Ini pulak selepas berfoya-foya dalam makmal praktikal, berpening lalat dan sebagainyer, aku adaa meeting la. dengan AJK AJK aku. dan bos aku. Berlakun jer ambik gambar. dulu meeting tak ambik gambar pun. huhuhu. hurm.. kenapa aku nampak tembam?? grrrr.. nie salah orang yang tangkap gambar nie, huhuhu bukan salah aku,. gegege (perasan kurus dan tough macam GBS geng badan sedap) hehee

Balik dari PPUKm ./ HUKM, aku makan roti canai. Jenis? roti planta. sedappp... nyum nyum. cuma agak annoying brader nie. ntah la. nak tahu, lu tengok sendiri. tapi roti sedap... Thumb up..

hey you ollzzz... lepas makan wanblur main badminton. main badminton kot. Dah lama dah berkarat-karat tangan nak pukui. nak lari2 nie. badan dah berat. huhuhu ini gambar wanblur?? eh eh.. derhaka tol. ini gambar kawan wanblur okey. nama siapa?? rahsia rahsia. hehehe. gambar wanblur kat bawah nie yer. ingat betol2 ok.. hahaha.. lepas habis main (masih lengkap pakai kasut hitam dan baju kemeja full), berjalan2 terhuyung hayang kepenatan naik tangga ke bilik. huhuhu

okey la, inilah entri wanblur kali nie. agak panjang. cuma nak hatt kan sehari satu entri. okey?? wanblur perlu belajar. huhu ayat poyo jer.. esok wanblur nak balik kedah dah. Thanks kepada org yg derma tiket balik ekdah kepada wnablur. sanagt2 bersyukur. moga kamu dikurniakan rahmat dan ganjaran yg sebaik baiknyer.

p/s : jangan rindu-rindu wanblur okey. wanblur cuti semester 1 minggu. cuti balik kg kat kedah. So, no Wifi, No Facbook, No blog. FAmily time... ggggrrr

p/s : malam nie nak tido awal tp banyak kerja pulak. adeih adieh..


terima kasih kerana membaca entri ini. akalu senang senang komen la yer. thanks

3 comments:

Anonymous said...

wanblur mmmmuuuaahhhhhh

aNa d'sKoDenG said...

alahai..syiannya..

selamat bercuti²..

Arine Romano said...

hahhahah...
betul2 blur ni...