Tips-tips ibu mengandung : kalau korang rasa apa yang diberitahu ni berguna, practik kan la. ok?
Tips 1 : Menurunkan berat badan
ketika mengandung, adalah penting untuk ibu-ibu menjaga berat badan mereka dengan cara bersenam ringan. Ibu -ibu boleh berduet dengan suami masing-masing di Karaoke box sambil menari atau lebih senang, menari saja dekat rumah dengan suami masing. (ingat suami sendiri, bukan suami orang lain). Ibu- Ibu dilarang memilih tarian yang agresif seperti breakdance dan seumpama denganya untuk mengelakkan anak yang dikandung terkejut dan terus dilahirkan serta merta.
(Kalau si ibu nak anaknya jadi dancer pun, sabar-sabar la yerk. lepas dah bersalin, daftar anak masuk So You Can dance? . ok?)
Tips 2 : Ibu Bekerja
Ibu -ibu yang mengandung disarankan agar melakukan kerja-kerja yang ringan seperti melayari Facebook, ber" twitter" atau lebih senang menulis Blog. Hal ini kerana dengan melakukan kerja-kerja ringan, ibu-ibu dapat menenangkan perasaan dan mengurangkan tekanan terhadap si bayi. Dan adalah penting agar si ibu tidak melakukan kerja berat seperti mengerudi atau seerti dengannya walaupun si ibu geram dan ingin membalas dendam dengan tendangan dan gegaran dalam perut mereka. Dikhuatiri gegaran tersebut menyebabkan otak bayi bergetar-getar. nanti kuar jer anak, terus dapat parkinson.. (just kidding)
Tips 3 : Lagu untuk Bayi
Berdasarkan kajian, muzik yang tenang dan mendamaikan penting untuk tumbesaran si anak dalam kandungan, Anak yang mendengar muzik memiliki denyutan jantung yang lebih kuat dan beberapa kebaikan lain. tempoh yang paling idea adalah 40 minit sehari. tetapi, si ibu perlu la memilih lagu yang sesuai ( nasyid , ballad, or pop) dan tidak memasang terlalu kuat. Memang si ibu tidak pasti adakah si bayi mendengar dari dalam, tetapi jangan la letak perut itu terus ke speaker. tambahan speaker besar. boleh pekak si anak. dan terganggu proses tumbesarannya.
(mendedahkan anak dengan muzik agar suatu hari nanti dalam menghafal lirik lagu dengan betul. boleh menang Jangan Lupa Lirik )
Tips 4 : Beritahu pasangan anda
Mendapat cahaya mata merupakan perkara paling indah dalam kehidupan pasangan yang berumah tangga termasuklah yang dah kahwin tetapi tinggal di rumah tiada tangga. Si ibu disyorkan memilih saat-saat yang istimewa dan terbaik untuk berkongsi dengan si suami / daddy bayi tersebut. Contoh saat terbaik ialah semasa makan malam, candle light dinner, atau saat berdua-duaan. Tetapi, si Ibu dilarang memberitahu ketika saat ingin melangsungkan perkahwinan. Dikhuatiri terus cancel perkahwinan itu. Jadi Balu terus nanti.
Tips 5 : melakukn senaman
Disini aktiviti senaman yang disyorkan ialah berenang. Hal ini kerana berenang dapat melancarkan pengaliran darah daripada si ibu kepada bbaby dalam kandungannya. ia juga dapat menguatkan otot-otot si ibu dan sekaligus memudahkan proses kehamilan kerana pengawalan pernafasan yang baik. Tetapi diingatkan kepada si ibu agar yang tahu berenang sahaja yang melakukannya, atau kalau tidak, berenang di kolam kanak-kanak. (ye, anda dibenarkan kerana ada kanak-kanak dalam perut anda. kenyataan). Walaupun si ibu suka meniru aksi-aksi Pandelela Rinong, penerjun negara, si ibu tidak dibenarkan. dikhuatiri si bayi akan melakukan aksi Superman apabila besar nanti.
Saat menjadi ibu merupakan saat yang istimewa dan bukan semua pasangan dapat melaluinya. Anda disyorkan agar berkongsi dengan rakan-rakan anda tentang anak dalam badan anda kerana ia dapat menaikkan keyakinan anda dan menghilangkan stress mengandung. tetapi, jangan la over sharing sehingga menunjuk-nunjuk kandungan anda tanpa mengira kawan. tue, macam gambar kiri tue. terlalu menunjukk.. menunjuk semua yang boleh ditunjuk. adeih.. kalau macam nie, suami orang akan jadi suami ko la jawabnyer.
Pengambilan supplement adalah disyorkan kepada ibu mengandung tetapi mestilah berdasarkan recommend daripada doktor anda. Selalunya si ibu mengandung akan mengambil supplement Folic Acid atau folate atau nama melayunya Asid Folik. Folic acid ini penting untuk darah untuk mengelak si ibu mengalami anaemia. Jangan sesuka hanti jer nak ambik supplement dari farmasi atau kedai jamu berdekatan, kang tersilap makan, makan steroid. habis berbulu korang. Nanti suami ingat Isteri dier bapok. hehehe
kalau bapok takper, jangan dier ingat korang tue kingkong sudah la. berbulu..
(steroid boleh mengakibatkan pernambahan bulu badan kepada perempuan. tq)
Tips 8 : Imaginasikan proses kelahiran anda
SI ibu disarankan agar berangan-angan tentang si anak yang dikandungnya. Boleh la berangan-angan bahawa selepas mengandung, keluarga bahagia, ceria selalu dengan gelak nangis anak, bapak dan mummy. Si ibu boleh juga berangan-angan benda-bneda yang baik dan bagus seperti memilih apa si anak nak jadi nanti. nak kerja apa? smeua itu perlu untuk interaksi dengan si anak dalm kandungan. Interaksi boleh mengembangkan proses tumbesaran dan kretiviti anak2. tetapi, jangan la buat nanya (khianat) dengan berangan-angan bahawa anak lahir, keluarga jadi beban. nanti anak tue tak nak keluar baru tahu. dah 9 bulan tak mau keluar-keluar. tue tak per la kalau lebih sikit dr 9 bulan. kalau dah setahun macamana? memang buatan orang la jawabnya. adieh.
(si ibu mesti think positif)
_sekian _
eh, ini pulak?
si Ibu dilarang menaiki kuda atau mencuba-cuba Rodeo walaupun mengidam atau ingin mencari pengalam baru.
(nanti anak jadi lembu pulak. susah . kerkedik-kedik)
3 comments:
ok la tue entry ney.penting utk perempuan.eh,tgh exam ke??
lambat lagi nih..hihi but nice info ;D
ni kne simpan utk beberapa tahun lagi nie.. :DD
Post a Comment