Thursday, December 2

ada Apa dgn Malam Khamis?

selamat malam semua,
ini bukan bermakna aku dah nak ucapkan selamat malam kepada korung semua untuk tido. jauh sama sekali. aku sebel=narnya nak ucap, Selamat pagi. aku baru jer bangun dari tidor yang lama petang tadi. bestnyer dapat tido .. syukur.. huhuhu. selepas beberapa hari tak cukup tido.akhirnya, terlerai sudah kekusutan serta kecelaruan fikiran dan otak yang mendambakan tido yang cukup..
aku nie jenis yang suka tidor menelentang. kalau boleh, nak tido 24 Jam. hehehe best sangat2.

jom Hati-ke-Hati

hati 1
Tentang pelajaran. sejak kebelakangan ini, semuanya terserabut dan agak tidak terurus. sangat2 tidak berpuas hati dengan pencapaian diri sepanjang minggu nie. aku pun sebenarnya tak tahu kenapa boleh macam nie. mungkin kadang2 aku tak pandai nak buat keputusan yang bijak. yang mana lebih penting. yang mana kurang penting. dan yang mane sangat2 tak penting. hurm, bodoh kan aku ibarat kata kata pujangga..

kita tidak merancang untuk gagal, tetapi kita gagal merancang

tepat kena tembak kena kat patang hidup aku yang comel lagik menawan nie, hehehe Ya Allah, berikanlah ilham kepada pemikiran dan hatiku.. (Bila susah baru ingat kan.. apa la budak nie!!).. in conclusion, need to adjust and learn to prioritize the jobs. 



Hati 2
Tentang perhubungan dengan si dia. akhrinya, selepas sebulan tidak ketemu dengannya. aku jumpa jugak dier. walupun kena bergegas kesana kesini dan kemari, dapat jugak laer aku naik U41 untuk ke serdang. huhu.. penant perjalanan indah permandangan (cuci mata dlm ktm).. hurm, overall mestilah rindukan. sapa kata tak rindu. ada orang kata, "Biarr betul, ko dah buat MES ker?" huhuhu.. thanks korunk sebb ingt kat aku. siapalah aku nie kan untuk diingati dan diperingatkan. sebenarnya walaupun MeS aku belum buat, aku tetap nak g sana. yeay yeah.. miss her so much much meloow laer.. aku pergi sana around pukul 12.30 tengah hari macam tue, dan selepas bergegas kejar monorel, jalan kaki ke KL sentral dan menolak-tolak untuk memasuki KTM serta menuunggu kebosanan bus rapid. akhir nya, sampai jugak ke Sungai Long. huhu lega rasanya. first impression juga dier adalah : WOW.. MISS U BEBY. DAH BERISI ERK SKUNK.  huhuhu.. berisi sebab makan banyak. heheh gurau jer yang. b pun dah berisi skunk nie. aku bawak dier g the Mines. first time aku masuk sini, ada kapal jalan2 kat situ. HEBAT!!. huhuhu aku jejalan kat situ dan then, g tengok Ngangkung. overall cerita best laer. cuma, disebabkan aku x tido semalam,, jadi hampir 1/3 cerita itu aku PAUSE. sebab tertido. hehehe. bangun2 dah nak habis. bestnyer tido sambil tgk cerita macam tgk tv kat rumah pulak. hahaha.. around pukul 9mlm, aku ontheway balik kolej selepas g teman bb balik kolej. Ini pun kena bergegas berkejar jugak sebab ktm lambat dan jadual sikit time malam2 nie. hehehehe.. anyway, aku puas hati kali nie sebab dapat jumpa dier. huhuhu


Hati 3
hari nie. time aku post entri kali nie. 2 disember 2010. tepat 3 bulan aku derma darah pada kali terakhir. huhu. tak sabar sabar dah rasanya aku nie untuk menukar status diri ini. daripada whole blood ke apheresis. huhu tak sabar sabarnya aku. rindu sangat2 kat darah. ketagihan tahap gaban. hahaha.. oh apheresis, jangan engkau mengecewakan aku lagik kali ini. tak sabar aku ingin menjadi diirmu. ahhaa. (jiwang karat hasil drpd IKUP) hehe bila erk nak pergi?? kalau aku g hari isnin, boleh tak?? tapi ada PPD. hurm.. hehehe(gelak jahat).. ish ish ish.. apa nak jadi nie..  hurm.. menunggu mu oh apheresis..  untuk makluman korunk, derma darah ada 2 jenis: whole blood (whole) or apheresis. kalau dah byk kali whole blood, boleh la buat apheresis. benda nie sama jer. cuma, bagi aku, kalau apheresis setiap 2 minggu, kalau whole 3 bulan. heheh apa macam?? apheresis apheresis.~~ @@. kalau nak tau lagi tentang nie, klik la bawah :


hari 4
jom ber MES. hehe





p/s : terima kasih kepada yang jenguk blog nie.. sayang korunk.. 

si Buncit dan si gemox

No comments: