Sunday, October 31

promote kawan - NASEHA KUEH GOyang

saja jer nie, aku nak promote promosi blog kawan aku. aka pemimpin aku jugak la nie. time senang x cari, time susah ramai orang cari. huhuhu.. kasi up sikit dier nyer blog.

bloge dier formal. MMP katakana..

any way, justt take a moment to drop by her blog. huhuhu nice

sedikit dtail tentang PEMILIK BLOG

NAma : Nasiha Omar
Fakulti : FPER
nama gelaran : Seha
Pihak : pro Mahasiswa 2010-2011
moto : your voice is my voice
laman : http://nasihamppfper.blogspot.com/

Ini lah muka depan page dier. formal kan.. huhuhu
 profile pemilik blog. 

 antara laman laman yang dapat diikuti daripada blognyer..


 link persatuan dengan universiti yg lain

persatuan perubatan yang diikutinya


sistem aduan online. 
dan,
jika anda ingin mengikuti blog yer..
ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentangnya
Klik di sini (logo bawah)


TQ

selintas lalu di page ADUAN KTSN

malam nie semasa ku tengah mencari cari nota pengurusan emosi di internet. aku terjumpa facebook. usaha yang bagus yang tel;ah dijalankan oleh pihak berwajib. huhuhu. sesuatu yang menarik dan kreatif.  jom kita tinjau tinjau dalam page itu. jom jom...

ini lah page facebook aduan Pelajar KTSN
TAIP ADUAN PELAJAR KTSN di FACEBOOk.
Searh dan follow

idea kreatif orang yg membuat page nie. 
conghrat !!
















akhir sekali, sahya mengucapkan tahniah kpd yg mengkreatifkan aduan nie
dan harap
everything will come together,
suara MAHASISWA perlu diambil perhatian oleh pihak terbabit
tak kisah la.. mane mane parti dlm kampu snie
aspirasi ker GM ker
hidup nie kita enjoy ok..

"HIDUP MEMBERI LEBIH BAIK DARI HIDUP MENERIMA"

bybye

merangkak dikala kemodenan fikiran

merangkak dikala kemodenan fikiran,
bukan bermakna kita ketinggalan
bukan bermakna kita seorang yang boleh dikeji dan dihina
kita merangkak kerana kita tidak mampu berlari mengejAR kemodenan fikiran
fikiran bertambah modenya, dari hari ke hari
fikiran bertambah isi dan kelajuaannya..
namun,
persoalannya, adakah kita dapat seiring dengan kemodenan fikiran?
jadi.. merangkak lah dikala kemodenan fikiran. ~ blur_ink



aku dah lama tak buka facebook dan blog
selalu buka kat kiosk dekat dsg jer
wifi kat biliak aku kadanag2 dapt kdg2 tadapat
sedih kan..
\anyway.. wifi murah katakana
redha jer

Thursday, October 28

berdiam itu lebih baik

hari nie merupakan hari kedua terakhir aku ber peperiksaan akhir semester 3. aku harap, semuanya berjalan dengan baik. alhamdulillah, exam kali nie ada yg aku ley buat, ada yg aku nak buat tp jawapan dier x ingat sangat2.. dan ada yg aku x tau tapi aku try juga tulis. misi aku kali nie, jangan tinggalkan kertas exam kosong. huhuhu.. alhamdulillah, berjaya juga. esok aku ada exam mediciine dan society. MS. banyak statistik. kena baca semua semuanya. sebab aku x revise pun pun study week. teruk kan. nak start balik semuanya.. insyaAllah.. everything will be fine.

hari nie aku belajar beberapa perkara yang baru, yang penting dan kadang kadang kita terlepas pndangan sepanjang kita berkehidupan ini. kadang2 ada juga yang aku sendiri lakukan. just wanna share wif you all yg gedik2 tengok blog aku nie, dan sama sama memperbetolkan diri aku yg senget nie yerk.

* hormati hak orang lain kalau nak orang hormat hak kita
* behave yourself before ada orang kata korang tue rude.
* lebih baik berdiam dri bercakap
* jaga kelakuan.. 
* belajar sentiasa
* sentiasa rendah diri dan cakap low profile

dan yang paling penting

SENTIASA INGAT BAHAWA SETIAP TINDAK TANDUK
SERTA TOCANG KITA,
ADA ORANG LAIN YANG PERHATIKAN DAN
MEREKA AKAN MEMPERKATAKAN..
DAN
JADILAH DIRI SENDIRI,
SAYANGI DIRI SENDIRI
THEN,
SAYANG ORANG LAIN SEPERTI SAYANGI DIRI SENDIRI
SERTA
behavior adalah sangat penting untuk dijaga dengan teliti.
kerana
setiap kesilapan tanpa kita sedari telah menempek kan onar di dalam portfolio kehidupan kita.

saya merindui Mak, Ibu, BOBO aka BEBY serta DUHA.. 

selamat berjaya esok yerk..      

Wednesday, October 27

penat kepala

pelik kan bila kita penat kepala. semakin lama, semakin penat. otak yang kita semua ada nie, kecik jer. tapi kerja kerja dan kerja sampai tak henti henti. hari nie aku baru jer habis exam Respiratory module. alhamdulillah .. ada yg ley jawab. ada yg merapu jawab. ada yang tulis tp x sure sebab tak tau dan x paham soalan. hurm.. apa apa jer lah,..

tadi time makan, ada member aku cakap.. "muka tenang, tapi dalam kepala macam macam fikir. tak ngadu kat sapa sapa pun.. cuma ngadu kat Allah."

im agree with that statement. "ngadu kat kawan, kawan x ley buat pape.. baik ngadu kat Allah"

renung-renung kan lah.. yerll..

then,
aku baru tengok kat facebook nie.. best jugak note nie..

Symptom symptom student bila final exam minggu depan.
  1. Membaca tanpa menghiraukan sekeliling. Yang kepoh jadi pendiam. (orang masuk keluar bilik pun tak perasan, kalau orang tanya pun muka pandang nota je, jawab pon nak tak nak. Kalau jalan.jalan tersepak batu tu, reaksi dia lambat sikit. Sebab otak full load )
  2. Membaca dengan kadar yang cepat. (entah faham ke tak belakang kira, sebab nak jawab subjektif, hentam pon boleh, yang penting ada point nak goreng )
  3. Nak turun café tu fikir 2,3 kali. Tak pun sekali sehari je. Tu pun bungkus.cepat. jimat masa makan kat bilik. Sambil makan boleh membaca apa yg patut.
  4. Time nak exam baru laaa nak full semayang. Solat sunat sampai nak batal air sembahyang. Doa macam.macam. (dan.dan. tapi alhamdulillah)
  5. Agak yang nak mereng tu start la nak bukak mp3 volume paling sakit telinga. Tapi time ni memang tak sakit telinga. Sebab sakit otak lebih dari sakit telinga.
  6. Masa tidur pon boleh terbayang-bayang yang baca tadi(ada tu siap ambik handout letak tepi bantal. Moga-moga dapat buat daya serapan terus lagi bagus.
  7. Masa borak dengan kawan pun cakap pasal pelajaran je. (ni part tak leh blah la. Time mandi  pun ada yang tanya-tanya. Dahsyat.)
  8. Kalau main message tu balas sikit.sikit je. Pendek pendek. Tak de mase nak fikir taip panjang.panjang.
  9. Sebab nak exam duduk dalam bilik je. Mengadap handout, buku, nota.nota. (jadi beruang kutub, sampai rambut serabai pon tak perasan) selalunye merayau g bilik orang. Tak pun kluar. G main bowling lah. Tgk wayang lah. Pantang ade mase terluang.
  10. Nak buang sampah pun terbawak pen. (ni kes cuak sangat ni)
  11. Agak2 stok megi tu habis kot untuk orang yang gila study. Jimat masa nak turun café masak air je pastu letak megi. Nak budak pandai sikit tak makan megi. Minum milo. Makan biskut hup seng ke, nestum ke. Roti memang dah prepare dah. Suruh mmber beli.
  12. Nak bukak facebook rasa tak senang gila. Perghh. Membazir.masa. (time ni memang tertekan gila. Kena berperang dengan diri sendiri nak bukak facebook, formspring,blog . Sebab laptop depan mata. Kabel/wifi kat sebelah je. Exam minggu depan. Nanti duduk depan facebook memang buku OFF9 terus.)
  13. Time ni ah baru bukak buku tebal. Bukak kamus tu yang tak tahan tu. Masa lecture dulu tak faham tak de hati pulak nak bukak kamus kan. ;P
  14. Asyik-asyik tengok jam je. Sampai tak cukup jam handphone, jam tangan. Tanya lagi mmber sebelah. Haihhh. Keliru sangat budak nih.
  15. Stok Nescafe, kopi tongkat ali, kopi mak dara, cucu dara semua memang ade lah. Nak stay up.
  16. Hah. Ni memang sure. Meja studi bersepah gila. Mana dengan highlighternya. Pen biru, hitam , merah. Kertas-kertas memang confirm bersepah punya. Agak2 ade nota yang hilang tu mula nak naik angin. Buku semua terbukak. Kalau ada buku tambahan dari library tu semua nak dibukaknya serentak. Ada tu 4,5 buku serentak bukak.
  17. Masa ni lah status facebook, blog “mintak maaf. Doakan exam nanti”
  18. Muka blurr je. Sebab otak dah full tank. Makan sorang-sorang pon dah tak heran. Sebab tak nak membazir mase lepak ramai-ramai. Nanti ade je bende nk borak.
  19. Kalau nak cakap pon tersasul-sasul. Salah cakap. Pastu cakap benda merepek je. Muka dah la cam zombie. Cakap merepek.repek sebab otak fikit handout, nota tak baca lagi vs nak jalan-jalan. Nak borak.borak. sampai satu tahap rasa nak rebus buku dengan handout semua. lagi merepek die cakap sebenarnye, lagi banyak topic die tak cover tu.
  20. Time ni jugak lah baru terfikir kenapa lah aku tak study awal2. Kan senang. Haihh. Pastu ada pulak yang buat azam untuk semester depan. Tak nak buat dah macam sem sekarang. *padahal tiap2 sem azam sama. Tak berubah gak. Tak pun menjadi semangat dia masa awal sem je. Sampai minggu ketiga dah hancusss.

Saturday, October 23

stress + Give up = sedih dengan diri sendiri

hari nie, aku boleh la dikatakan bangun agak awal la juga, selalunya aku bangun pukul 9 or 10pg. tapi, arini bangun pukul 4 pagi, tapi tido balik.. terbangun pukul 6pg tetapi tetap juga tertido balik, dan akhirnya, pukul 8pg. huhuhu. baru segar mata nak bangun. semalam merupakan hari kemalasan aku. tak tahu la kenapa. mungin kerana stress, kemelut dalamanm dan semestinya kekeliruan dalam perhubungan. imeans.. bukan kekeliruan, tetapi kekonflik"an.. hahaha.. anyway biasaa ar, dalam setiap perhubungan tue, macam macam boleh terjadi, orang putih kata " NO PAIN NO GAIN" hehehe..

hari nie, aku perlu menghabiskan satu modul respiratory. banyak memang banyak. tapi, kena la. disamping itu terpaksa mengcover cvs. cvs semalam, aku sangat2 stress.. x banyak yang boleh masuk. mungkin kah ini bahana sikap aku yg main2 dan tidak serius serta kuat  tidor?? hurm..  ataupun nie merupakan balasan yang aku terima. bayaran cash atau tunai daripadaNYa?? hurm.. kena sabar dan tabah menghadapi.

respiratory module is my 3rd module that i must covered since its Wajib Fakulti.
this module has;
16 lectures + 4 SLP + 7 MES + 3pbl = 46 hours.  (Oh My Allah, Can I finished it in a day?)
banyak yang kena hafal dan faham serta ingat. tetapi, masalahnya, aku tak boleh hafal banyak2.. jadi skunk kena faham dan ambil masa yug lama. sebab tue kalau orang lain cakap2 depan aku.. aku diam jer.. aku tahu tapi x tau nak mencelah macamane.. hurm.. kekurangan ganglion kah aku?? hahaha slow slow dan slow

just nak bagi tahu, semalam aku contact kak SKEM. pusat memandu dekat gombak. aku ingat nak ambik lesen kereta, jadi aku msg jer laer.. yuran rm550. kelas pertama aku pilih 4 november nie. hehehe saje nak buat awal.. exam habis 2 november,, 3 november nak beli brg sikit. 4 pg till petang nak SKEM. dan malam or tengah malam.. aku nak balik kedah. yahoo.. yahoo.. hehehhehehe.. dapatkah aku belajar kereta dan menghabiskannya  sebelum bulan 2 2011?? hehehe.. i hope so. disebabkan itu, aku terpaksa ikat perut sikit yer.. bajet  kena jaga juga. tak nak berlaku dah hal yang serupa. semasa tahun 1. insha Allah.. 


p/s: lepas nie kalau aku dah x gemok.. jangan jeles.. hahaha (sesuatu yang impossible untuk aku kurus ) huhuhu

 

MFP : Pandangan Syarak Mengenai Pengguguran Kandungan

Pendahuluan:
Persoalan tentang pengguguran sentiasa berbangkit dari masa ke masa sejak zaman dulu sampai sekarang. Dalam kitab-kitab fiqh kelasik persoalan ini sentiasa dibicarakan sebagai sebahagian daripada Fiqh Jinayat. Meskipun pada umumnya para ulama tidak banyak berbeza pendapat tentang hukum perbuatan berkenaan, namun sedikit sebanyak perbezaan pendapat yang ada merupakan titik pemikiran yang sentiasa menarik untuk dianaliosis. Apatah lagi dalam realiti hidup sekarang ini, dimana gejala social telah menajadikan persoalan seperti itu menajdi lebih rumit.
Di sepanjang zaman berkenaan, fatwa demi fatwa telah dikeluarkan oleh para ulama baik secara sendirian mahupun secara berkumpulan. Namun persoalan mengenainya tetap hidup dan menarik perhatian untuk dibicarakan sampai sekarang. Kerana setiap zaman mempunyai realiti hidup dan keilmuan yang tersendiri yang perlu diambil kira.
Tujuan kertas ini ialah untuk meninjau kembali pandangan para fuqaha tentang persoalan berkenaan dan berbagai fatwa yang pernah dikeluarkan. Matlamatnya ialah untuk memahami konsep hukum yang pernah digunakan dan bagaimana ianya perlu dilanjutkan bagi menjawab segala persoalan yang baru berbangkit dari masa kesemasa.
 
Konsep Pengguguran :
Tentu sekali kertas ini tidak berkait secara langsung dengan apa-apa langkah yang diambil sebelum berlaku kejadian “mengandung”. Antara contohnya ialah pencegahan hamil melalui berbagai cara yang ada, dulu dan sekarang. Kerana langkah seperti itu tidak disebut oleh para fuqaha sebagai “pengguguran” (Ijhadh). Tetapi sebaliknya istilah yang digunakan ialah ‘Azl yang merupakan cara yang popular pada zaman dahulu bagi tujuan berkenaan.
Oleh yang demikian adalah penting bagi kertas seperti ini untuk menentukan terlebih dahulu konsep-konsep asas yang berkait, seperti “permulaan mengandung”, “penyawaan” (Nafkh al-Ruh) dan hal-hal yang berkait dengannya.
Mengenai “permulaan mengandung”, para fuqaha berbeza pendapat dalam menentukannya. Berasaskan apa yang boleh difahami daripada kitab-kitab fiqh yang ada, terdapat tiga teori yang pernah dikemukakan oleh para fuqaha. Pertamanya: Teori “Bersifat”(al-Takhalloq). Keduanya: Teori “Percampuran Benih” (‘Alaqah), dan ketiga: Teori “ Kemasukan Benih” (Nutfah). Ringkasan kepada teori-teori berkenaan adalah seperti berikut:-
  1. Teori “Bersifat” (al-Takhalloq):
Secara umumnya teori ini dikaitkan dengan al-Imam al-Syafi’i. Menurut beliau, istilah “kandungan” (Janin) tidak boleh digunakan terhadap apa-apa isi kandungan rahim wanita yang belum ada sifat manusia, seperti jari, kuku dan sebagainya (al-Umm:6/107). Mengikut al-Muzani, logiknya, kalau keguguran berlaku sewaktu kandungan berkenaan belum bersifat, perempuan yang mengandung itu belum boleh disebut sebagai ibu (Mukhtasar al-Muzani: 249-250).
Seorang ulama mazhab Hanafi, aljassas juga berpendapat sama dengan pendapat ini. Kata beliau, selagi belum bersifat manusia ia tidak disebut sebagai “kandungan”. Kerana itu, perbuatan membuangnya tidak boleh diistilahkan sebagai “menggugurkan” kandungan mengikut hukum Syarak.(Ahkam al-Quran:3/325-326)
  1. Teori “Percampuran Benih” (al-`Alaqah)
Mengikut al-Bustani, konsep ini berasaskan kepada persenyawaan antara benih lelaki dan perempuan di dalam rahim perempuan. Tambah beliau lagi, berasaskan kepada konsep ini istilah “mengandung” boleh digunakan bagi tempoh bermula daripada berlakunya persenwaan benih berkenaan sampailah saat kelahiran anak berkenaan.(Da’irat al-Ma`arif: 6/285).
Kata al-Syarqawi, “kandungan” (al-Janin) bermaksud apa yang ada dalam rahim ibu samada lelaki atau perempuan, dan samada sudah bersifat atau pun belum (Hasyiah al-Syarqawi:2/424). Kata Ismail Ibn Ishaq, sepertimana dinukilkan oleh al-Jassas, di sepanjang tempoh itu sampailah kepada saat kelahiran ia disebut sebagai “kandungan” (al-Qurtubi:21/12)
  1. Teori “ Kemasukan Benih” (Nutfah)
Antara mereka yang berpegang kepada teori ini ialah al-Imam al-Qurtubi. Mengikut beliau, proses mengandung bermula sejak daripada mula-mula mani lelaki masuk kedalam rahim perempuan lagi (Tafsir: 12/8 ). Kata Ibn Mas’ud, sepertimana yang dinukilkan oleh al-Qurtubi, maksudnya apabila benih berkenaan benar-benar masuk kedalam rahim (Tafsir:12/7)
 
Konsep Tiupan Ruh.
Dalam al-Quran al-Karim ada huraian yang agak panjang tentanmg proses kejadian manusia. Berasaskan kepada proses tersebut, kandungan dalam perut ibu melalui berbagai peringkat. Bagaimana pun al-Quran tidak menyebut tempoh bagi setiap peringkat berkenaan. Firman Allah, maksudnya:
Kami telah menjadikan kamu daripada tanah, kemudian dari setitis mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan kami tetapkan dalam rahim apa yang kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan beransur-ansur) kamu sampailah kepada kedewasaan.”-al-Haj(22):5
Dalam satu ayat yang lain, al-Quran memberi isyarat bahawa pernyawaan bermula selepas daripada tiga peringkat pertama berkenaan, iaitu penerimaan benih (Nutfah), percampuran benih (‘Alaqah) dan pembentukan gumpalan darah (Mudhghah)). Firman Allah, maksudnya:-
Sesungguhnya Kami telah mencipta manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah. Lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging. Dan segumpal daging itu kami jadikan tulang belulang. Lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikannya makhluk yang berbentuk lain. Maka Maha Suci Allah , Pencipta Yang Paling Baik”- al-Mu’minun (23): 12-14
Kata al-Qurtubi, para ulama berbeza pendapat tentang maksud ungkapan “makhluk yang berbentuk lain” dalam ayat berkenaan. Mengikut Ibn Abbas, al-Syu’abi, Abu al-‘Aliyah dan al-Dhahhak, maksudnya peniupan ruh sesudah badan berkenaan tanpa nyawa (al-Qurtubi: 12/109). Tafsiran ini diperkukuhkan oleh Hadis Rasulullah sepertimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud. Dalam Hadis tersebut Rasulullah s.a.w. bersabda , maksudnya kira-kira
Seseorang daripada kamu mula dijadikan dalam perut ibu mu selama empat puluh hari. Kemudian dalam tempoh yang sama dia berada sebagai air mani yang disimpan(‘alaqah).Kemudian dalam tempoh yang sama juga dia berada dalam bentuk gumpalan darah (Mudhghah). Kemudia dihantar Malaikat kepadanya, lalu malaikat itu meniupkan ruh ke dalam diri nya…” Diterbitkan oleh al-Bukhari dan Muslim.
 
Ini bererti bahawa kandungan (janin) dalam perut ibu nya melalui empat peringkat perkembangan: , iaitu penerimaan benih (Nutfah), percampuran benih (‘Alaqah), pembentukan gumpalan darah (Mudhghah) dan pernyawaan (Nafkh al-Ruh). Dengan mengambil kira bahawa bagi setiap peringkat itu empat puluh hari, Hadis ini memberi erti bahawa pernyawaan (peniupan ruh) akan berlaku selepas empat bulan pertama. Kata al-Qurtubi, kerana itu para ulama tidak berbeza pendapat bahawa peniupan ruh berlaku selepas empat bulan sepuluh hari (Tafsir: 12/8). Kata al-Nawawi, para ulama bersependapat bahawa peniupan ruh tidak berlaku sebelum tempoh empat bula mengandung. (Syarh al-Nawawi:16/191). Penegasan yang sama juga dibuat oleh Ibn Hajar (Fath al-Bari: 11/481)
 
Persoalan
Kenyataan bahawa “kandungan” hanya akan mempunyai nyawa selepas tempoh seratus dua puluh hari ini boleh menimbulkan persoalan samada dalam tempoh sebelum itu ia bukan suatu hidupan yang dilindungi oleh hukum Syarak?. Dengan kata lain, ia boleh digugurkan tanpa implikasi hukum? Jawapan kepada persoalan ini memerlukan huraian selanjutnya.
Apa yang jelas daripada pandangan para fuqaha, mereka bersependapat bahawa selepas peniupan ruh, iaitu selepas berlalu 120 hari kandungan berkenaan telah sempurna menjadi seorang manusia. Dengan kerana itu ia tidak sekali-kali boleh digugurkan. Walau bagaimanapun para ulama berbeza pendapat tentang hukum pengguguran kandungan yang belum mencapai tempoh berkenaan. Mereka mempunyai berbagai pandangan yang berbeza berkaitan dengan persoalan berkenaan. Secara umumnya pandangan mereka boleh dihuraikan seperti berikut:-
  1. Boleh digugurkan:
Maksudnya, sebelum peniupan ruh, atau dengan kata lain sebelum bernyawa kandungan berkenaan belum dianggap sebagai manusia. Oleh yang demikian ia boleh digugurkan. Ini adalah pendapat mazhab Hanafi.
Kata al-Kamal Ibn al-Humam, harus bagi ibu berkenaan menggugurkan kandungan tersebut selagi ia masih bersifat benih atau gumpalan darah dan belum mempunyai anggota. Mengikut perkiraan, tempoh berkenaan akan berlalu selepas seratus dua puluh hari. Sebab nya kerana dalam tempoh tersebut kandungan berkenaan belum lagi menjadi manusia.(Syarh Fath al-Qadir:1/302)
Kata al-Kasani, kalau belum bersifat tidak mengapa ia digugurkan .Kerana dalam keadaan seperti itu ia bukan manusia, tetapi sekadar gumpalan darah.(Bada’i`: 10/4825). Kata Ibn Abidin, bolehkah kandungan itu digugurkan? Jawab nya boleh,sebelum bersifat. Keadaan seperti itu hanya akan berlaku selepas 120 hari. (Hasyiah:3/176). Kata al-Zaila`i, perempuan berkenaan boleh menggugurkan kandungannya itu selagi ia belum bersifat, iaitu selepas 120 hari.(Tabyin:2/166)
Berasaskan kata-kata di atas ternyata bahawa para ulama mazhab Hanafi berpendapat, sebelum bernyawa kandungan berkenaan belum dianggap sebagai manusia. Oleh kerana itu ia boleh digugurkan tanpa melibatkan implikasi hukum.
  1. Haram digugurkan:
Berbeza sekali dengan pandangan jumhur, iaitu majority para fuqaha. Pada pandangan mereka ini, sebelum mempunyai nyawa sekalipun, kandungan berkenaan sudah pun bersifat sebagai sesuatu yang bakal hidup. Maka hukumnya samalah dengan hukum sesuatu yang telah benar-benar hidup.
Kata al-Syekh `Alisy, dari mazhab Maliki, apabila mani sudah melekat di dinding rahim tidak lagi harus bagi mana-mana suami atau isteri atau kedua-duanya sekali untuk menyebabkan berlaku keguguran. (Fath al-`Ula:1/399). Kata Ibn Juzi, apabila mani sudah melekat di rahim ia tidak boleh lagi diganggu. Apa lagi apabila ia sudah bersifat.(al-Qawanin al-Fiqhiyah:141).
Kata al-Hattab, Ibn al-`Arabi berpendapat para ulama sepakat mengatakan pengguguran sebelum tempoh empat puluh hari selepas persetubuhan berlaku adalah tidak harus.(Mawahib al-Jalil: 3/477). Kata Ibn Hajar al-Haitami, para fuqaha berbeza pendapat tentang hukum perbuatan menyebabkan keguguran kandungan yang belum bernyawa, iaitu sebelum genap 120 hari. Mengikut Ibn al-Imad dan para fuqaha lain lagi ia nya perbuatan haram.(Tuhfat al-Muhtaj:8/241).
  1. Hukum Pelbagai:
Maksudnya, perbezaan hukum mengikut perbezaan keadaan. Berasaskan pandangan ini hukum perlu dibezakan antara samada pengguguran berkenaan berlaku pada peringkat awal penerimaan mani (Nutfah), iaitu sebelum tempoh empat puluh hari atau selepasnya. Mengikut al-Dirdir, pengguguran Nutfah hukum nya makruh.(al-Syarh al-Kabir:2/266). Kata al-Buhuti, harus. (al-Radh al-Murabba`:404). Kata al-Rahibani mengulas, sebabnya kerana pada peringkat berkenaan kandungan itu belum lagi tentu samada akan terus subur dan membesar atau sebaliknya.(Matalib:1/367). Kata al-Hattab, menggugurkannya samalah dengan membuang mani di luar faraj (al-`Azl).
Berasaskan kata-kata di atas, ternyata bahawa para fuqaha yang berpendapat harus melakukan pengguguran pada peringkat kandungan masih dalam peringkat Nutfah ini berasaskan kepada Qiyas atas hukum harus melakukan `Azl, iaitu mengluarkan mani di luar faraj semasa persetubuhan.
Bagaimanapun ada golongan yang tidak membezakan di antara peringkat Nutfah seperti yang dihurai di atas dan `Alaqah, iaiitu sesudah berlaku persenyawaan antara benih lelaki dan perempuan berkenaan. Maksud nya, bagi mereka ini, hukum halal bukan sahaja berlaku pada peringkat kandungan berkenaan masih sebagai Nutfah, tetapi juga sesudah mencapai peringkat `Alaqah. Sebaliknya hukum haram hanya akan berlaku selepas kandungan berkenaan memasuki peringkat Mudhghah, iaitu bertukar menjadi ketolan daging.
Kata al-Dumyati, (I`anat al-Talibin:4/130),para ulama berbeza pendapat dalam kes pengguguran yang berlaku pada peringkat Nutfah,iaitu seleps mani melekat di dinding rahim. Mengikut al-Mirwazi, ia adalah perbuatan harus, malah juga sesudah ia menjadi `Alaqah.
Ternyata berasaskan pandangan ini, para fuqaha berkenaan menekankan soal samada benih yang dikandung itu sudah benar-benar setabil atau pun belum. Kalau sudah setabil, iaitu telah menjadi gumpalan darah (Mudhghah) yang mampu berkembang seterusnya maka ia haram digugurkan. Sebaliknya kalau belum benar-benar setabil, misalnya baru dalam keadaan benih yang baru bertaut atau baru melekat didinding rahim, maka hukum nya harus digigurkan.
Ulasan:
Ternyata daripada nukilan-nukilan yang dibuat di atas bahawa mereka yang berpendapat harus melakukan pengguguran sebelum kandungan berkenaan berusia empat bulan melandaskan pandangan mereka atas anggapan bahawa dalam tempoh itu kandungan berkenaan belum lagi bersifat manusia. Bagi mereka yang membataskan tempoh berkenaan setakat empat puluh hari sahaja pula menyamakan perbuatan berkenaan dengan perbuatan membuang mani di luar kemaluan (al-`Azl) yang hukum nya harus pada pandangan para fuqaha.
Sebaliknya pula mereka yang mengharamkan apa saja pengangguran, termasuk sebelum kandungan berkenaan berusia empat puluh hari menandaskan pandangan mereka atas alasan bahawa perbuat seperti itu merupakan langkah pemusnahan terhadap makhluk Tuhan yang berpotensi untuk hidup sebagai manusia.
Bagaimanapun, yang paling penting sekali dapat dirumuskan daripada perbincangan berkenaan ialah kata sepakat para fuqaha dalam membezakan hukum pengguguran di antara yang dilakukan sebelum dan sesudah kandungan berkenaan bernyawa (Nafkh al-Ruh). Mereka bersependapat bahawa pengguguran yang dilakukan selepas tempoh berkenaan adalah haram atas alasan bahawa yang digugurkan itu adalah manusia.
Namun persoalan masih timbul mengenai pengguguran yang dilakukan sebelum itu. Walaupun semua para fuqaha berpendapat bahawa dalam tempoh berkenaan kandungan berkenaan belum bersifat manusia namun mereka berbeza pendapat tentang hukum menggugurkannya.
Hakikat bahawa kandungan berkenaan belum lagi menjadi manusia tidak lagi boleh dipertikaikan. Kerana ada Hadis yang mendokongnya. Apa yang boleh dipertikaikan iahah implikasi hukum bagi hakikat berkenaan. Maksudnya, apakah kerana ianya belum menjadi manusia maka ia boleh digugurkan tanpa ada apa-apa masalah lagi, atau terdapat sebab-sebab lain lagi yang menjadikannya haram. Persoalan ini memerlukan huraian lanjut yang akan dilakukan di bawah ini:-
 
  1. Kaitan antara sifat bukan manusia dan hukum halal digugurkan:
Walaupun hakikat kandungan berkenaan tidak bersifat manusia sebelum ianya berusia empat bulan berasaskan kepada hadis yang sohih, namun untuk mengatakan kerana itu maka ianya boleh digugurkan memerlukan alasan yang lain. Kerana apa yang jelas kandungan berkenaan berpotensi untuk hidup sebagai manusia. Maksudnya, meskipun ia belum bernyawa namun hakikat bahawa ianya sesuatu yang hidup tidak boleh dinafikan begitu sahaja. Dalilnya, ia mampu berkembang subur.
Bagi Ibn al-Qaiyim, kehidupan sesuatu kandungan itu boleh dibahagikan kepada dua corak. Pertamanya bersifat seperti kehidupan tumbuh-tumbuhan. Bagi beliau, kehidupan dalam sifat ini ada pada kandungan berkenaan walaupun ia belum bernyawa. Dalilnya ialah ia boleh berkembang subur melalui proses pemakanan secara tabi`i. Keduanya bersifat seperti kehidupan manusia, iaitu berasaskan kepada nyawa.(al-Tibyan:2/183).
Bagi sesetengah para ulama, sifat hidup seperti yang terdapat pada tumbuhan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri dalam menentukan hukum yang berkait dengan kandungan berkenaan. Bagi mereka, sifat ini perlu diambil kira meskipun ia tidak boleh menjadi asas untuk menjadikan kandungan berkenaan sebagai manusia. Kata Ibn `Abidin, selepas air mani itu melekat di rahim ia berpotensi untuk hidup. Oleh kerana itu hukumnya perlu dianggap sebagai sesuatu yang hidup (Minhat al-Khaliq: 3/215).
Kenyataan ini boleh menggugat kecenderungan untuk mengatakan bahawa pengguguran dalam tempoh seperti itu adalah halal tanpa apa-apa sekatan syarat. Apa lagi kalau diambil kira kenyataan bahawa ia mampu berkembang sendiri dan seterusnya menjadi manusia kalau dibiarkan tanpa diganggu. Oleh yang demikian adalah wajar untuk mengatakan ia haram digugurkan kecuai atas sebab-sebab yang diiktiraf oleh Syarak. Maksudnya, ia tidak boleh dimusnahkan kecuali atas alasan tertentu sama seperti benda-benda lain yang berfaedah, sepertimana yang ditentukan oleh dasar umum dalam Syariat Islam.
  1. Qiyas pembuangan mani yang melekat di dinding rahim (nutfah) atas pembuangan mani diluar faraj (`azl).
Pengharusan pengguguran nutfah dalam usia sebelum empat puluh hari berasaskan qiyas atas perbuatan membuang mani di luar faraj (`azl) yang diharuskan oleh Islam adalah satu kesimpulan daripada andaian yang salah. Pandangan al-Imam al-Ghazali dalam kitab beliau ‘Ihya’ Ululm al-Din boleh menjadi panduan yang jelas untuk mengatakan demikian. Kata al-Imam al-Ghazali:
`Azal (membuang mani di luar faraj)tidak seperti ijhadh(pengguguran kandungan) atau wa’d (pembunuhan anak dalam kandungan). Kerana ijhadh dan wa’d merupakan jenayah terhadap sesuatu yang benar-benar sudah ada. Keadaan ini boleh dibahagikan kepada berbagai peringkat. Pertamanya, apabila mani masuk kedalam rahim dan bercampur dengan benih perempuan serta berpotensi untuk hidup subur. Memusnahkannya merupakan suatu jenayah. Bila ia menjadi mudhghah atau `alaqah jenayah berkenaan menjadi semakin besar. Lebih besar lagi apabila kandungan berkenaan sudah bersifat dan bernyawa. Paling besar ialah jenayah yang dilakukan sesudah kandungan itu lahir sebagai manusia yang hidup” (Ihya`: 2/53)
Kata beliau lagi:
Perbezaan antara mani yang sudah melekat di dinding rahiM dengan mani yang sedang keluar daripada alat kelamin lelaki ialah kerana yang melekat di dinding rahim itu sudah bercampur dengan benih perempuan dan sudah bersedia untuk berkembang subur …Maksudnya, telur perempuan merupakan suatu Faktor dalam menentukan hukum berkenaan. Bandingannya sama seperti ijab dan qabul dalam menentukan kewujudan akad. Kalau ijab ditarik balik sebelum berlaku qabul ia tidak menjadi fasakh atau pembatalan. Berbeza kalau qabul sudah berlaku, kerana penarikan selepas itu sifat nya melakukan fasakh dan pembatalan apa yang sudah berlaku dan ada. Sepertimana juga mani yang masih dalam sulbi lelaki tidak boleh melahirkan anak, begitulah juga yang keluar dari alat kelamin lalaki selagi tidak bercampur dengan benih perempuan. Ini adalah qiyas yang jelas (Jaly)” (Ihya’: 2/53)
Kata-kata al-Ghazali di atas mengandungi dua pemikiran pokok. Pertamanya: Walaupun belum mempunyai nyawa (ruh) kandungan (janin) tetap dihormai oleh Syarak sebagai sesuatu yang berpotensi untuk hidup. Malah sudah mampu berkembang kearah pembentukan seorang bayi. Maka memusnahkan benda seperti ini, iaitu dengan menggugurkannya termasuk dalam perbuatan memusnahkan sesuatu yang bermanfaat, iaitu haram hukumnya. Keduanya: Perlindungan yang diberikan oleh Syarak terhadap kandungan sebelum ianya bernyawa akan berkembang selari dengan perkembangan kandungan itu sendiri. Semakin bertambah umur kandungan itu semakin besar pulalah kesalahan menggugurkannya.
Kata Abu bakr al-Arabi, sesuai dengan konsep berkenaan “ Anak (yang terkandung dalam mani seorang lelaki ) itu ada tiga kategori. Pertama: Benar-benar belum terjadi. Dalam keadaan ini ia boleh dihapuskan dengan `azl (membuang mani di luar faraj), dimana hukum nya harus. Kedua: Sesudah melekat di dinding rahim. Dalam keadaan seperti itu tidak harus bagi sesiapa untuk menghapuskannya. Ketiga: Setelah bersifat tetapi belum bernyawa. Dalam keadaan ini pengharaman menggugurkanya jauh lebih besar dari dalam dua keadaan di atas. Lalu apabila ia sudah bernyawa maka penggugurannya jelas sekali merupakan perbuatan membunuh tanpa khilaf di kalangan para fuqaha.(Fath al-Ula:1/400).
Kata Ibnu Juzi ,bila mani sudah melekat di dinding rahim ia tidak lagi boleh diganggu. Lebih teruk lagi apabila ia sudah bersifat. Malah apabila ia sudah bernyawa perbuatan menggugurkannya itu jelas merupakan pembunuhan manusia tanpa khilaf di kalangan para fuqaha. (Al-Qawanin al-Fiqhiyah:141).
Jelas sekali, menyamakan secara qiyas mani yang sudah melekat di dalam rahim dengan mani yang baru keluar dan belum masuk rahim adalah suatu penyamaan antara dua yang tidak serupa. Kerana mani yang baru keluar dan belum memasuki rahim tidal lebih daripada benda yang tidak mampu berkembang (jamad) dengan apa cara sekali pun. Berbanding dengan mani yang sudah berada dalam rahim dan sudah mula berkembang untuk menjadi manusia.
Oleh kerana itu bolehlah disimpulkan bahawa pengguguran kandungan yang belum mencapai umur empat bulan dalam rahim ibunya adalah perbuatan haram tapa membezakan dalamm peringkat mana pun ia berada. Kecualilah kalau ia dilakukan atas asas keperluan yang diiktiraf oleh Syarak. Dengan kata lain, Faktor yang menentukan samada pengguguran itu harus atau tidak harus hukumnya dilakukan ialah kesuburan benih berkenaan dan potensi nya untuk terus berkembang.
 
Keperluan Yang diiktiraf Syarak
Sebelum persoalan ini dihurai lebih lanjut, elok sekali disebut sekali lagi secara ringkas tentang dua peringkat umur kandungan dalam rahim ibunya. Sepertimana telah disebut di atas, dua peringkat umur itu ialah pertamanya sebelum bernyawa (nafkh al-Ruh) dan keduanya sesudah bernyawa. Dalam dua keadaan ini kandungan berkenaan mempunyai status kewujudan yang berbeza. Dalam keadaan pertama ia belum bersifat manusia. Sedangkan dalam keadaan kedua ia sudah bersifat demikian. kata Ibn al-Qaiyim yang telah disebut sebelum ini, dalam keadaan pertama kandungan tersebut bersifat seperti tumbuhan, sedangkan dalam keadaan kedua ia sudah bersifat seperti manusia biasa. (al-Tibyan:3/183). Maksudnya, nyawalah (al-Ruh) yang yang memberI sifat “manusia” kepada kandungan berkenaan.
Perbezaan antara dua keadaan ini memberi kesan hukum kepada kandungan berkenaan. Bagaimana pun dalam menilai kesan hukum berkenaan para fuqaha terbahagi kepada dua golongan seperti berikut:-
Pertama: Bagi golongan ini, perbezaan tersebut melibatkan persoalan prinsip perlindungan hukum yang diperolehi oleh bayi berkenaan, iaitu samada kandungan berkenaan mendapat perlindungan hukum atau sebaliknya. Hasilnya, oleh kerana sebelum ada nyawa kandungan berkenaan belum lagi menjadi manusia ia tidak mendapat perlindungan hukum. Dengan kata lain ia boleh digugurkan tanpa melibatkan hukum haram, sepertimana telah disebut sebelum ini.
Kedua: Bagi golongan ini pula, persoalannya bukan samada kandungan berkenaan mendapat perlindungan hukum atau tidak. Sebaliknya, hukum apa yang melindungi nya pada waktu ia digugurkan itu. Ini kerana pada pandangan golongan ini hukum yang melindungi kandungan ini sentiasa berubah-ubah selaras dengan perkembangan umur kandungan itu sendiri. Maksud nya, hukum berkenaan bermula dengan lebih ringan pada peringkat awal kandungan itu berada dalam perut ibu berkenaan. Kemudian menjadi lebih berat dan serius sampailah ke kemuncaknya apabila kandungi berkenaan mempunyai nyawa, sepertimana telah juga disebut selama ini.
Pertentangan Antara Kepentingan Hidup Kandungan dan Ibu Yang Mengandung.
Antara persoalan yang berbangkit di bawah prinsip “Keperluan yang diiktiraf oleh Syarak” ini ialah apabila terdapat ancaman terhadap nyawa ibu berkenaan. Keadaan ini boleh berlaku apabila terdapat tanda-tanda yang sangat boleh dipercayai bahawa kewujudan kandungan tersebut dalam perut ibu berkenaan boleh mengancam nyawa ibu itu. Apakah dalam waktu seperti itu kandungan berkenaan boleh digugurkan?
Dalam menyelesaikan persoalan ini para fuqaha klasik lebih cenderung memperincikan hukum berdasarkan peringkat umur kandungan berkenaan. Berasaskan metod ini mereka membezakan hukum antara dua keadaan, iaitu sebelum dan selepas kandungan itu mempunyai ruh, iaitu bernyawa. Untuk lebih lanjut pandangan mereka itu boleh dihuraikan sepertimana di bawah.
Pertama: Sebelum mempunyai nyawa:
Seperti telah dihuraikan di atas, para ulama ada dua pandangan mengnai pengguguran yang dilakukan pada peringkat ini. Pendapat pertama menghalalkan pengguguran berkenaan, sementar pendapat satu lagi sebaliknya mengharamkannya. Dalam keadaan terpaksa (al-Dharurah) sepertimana disebut di atas, golongan pertama lebih-lebih lagi menghalalkannya. Sementara golongan kedua pula nampaknya tidak keberatan untuk mengatakan ianya halal. Kata Ibn Nujim, saya tidak berpendapat ia harus digugurkan tanpa syarat. Kerana seorang yang sedang dalam keadaan Ihram apabila memecahkan telur binatang buruan dia wajib bayar ganti rugi. Kerana telor adalah asas kelahiran binatang buruan berkenaan. Samalah juga dengan perempuan berkenaan dalam maslah ini. Walaupun dia tidak akan dikenakan apa-apa hukuman, tetapi dia berdosa kerana melakukan pengguguran berkenaan tanpa apa-apa alasan yang sah.(al-Bahr al-Ra’iq:3:217). Maksudnya pengguguran kerana terpaksa itu tidak menyebabkan dosa.
Kata Ibn Wahban, menukilkan kata-kata Ibn Abidin, antara alasan yang sah ialah air susu ibu itu akan menjadi kering apabila anak itu dilahirkan dan ia ditakuti mati kerana bapa nya tidak mampu mengupah orang lain menyusu.(Hawashi:3:215). Kata al-Syekh `Alaish, antara alasan yang sah dalam persoalan ini ialah kandungan itu terhasil daripada perzinaan dan ia dikhuatiri dibunuh apabila dilahirkan.(Fath al-`Ula:1/399)
Semuanya ini memberi erti bahawa pengguguran kerana terpaksa sewqaktu kandungan itu belum bernyawa tidak dihalang oleh semua para fuqaha.
 
Kedua: Selepas Bernyawa:
Sepertimana telah disebut di atas, semua para fuqaha sepakat mengharamkan pengguguran selepas kandungan berkenaan mempunyai nyawa. Berasaskan kepada kata-kata mereka, jelas sekali pengharaman itu berlaku dalam semua keadaan, termasuk dalam keadaan di mana terdapat ancaman terhadap nyawa ibu. Kata Ibnu Nujuim, “Kalau anak yang dikandung itu sungsang dan mengancam nyawa ibunya kalau tidak dikerat empat. Kalau anak itu mati dalam perut tidak mengapa. Tetapi kalau ia masih hidup tidak harus. Kerana tidak pernah ada kaedah dalam Syariat Islam yang membenarkan perbuatan menghidupkan seseorang dengan cara mematikan orang lain.(Hasyiah Ibn Abidin:1/603). Kata Ibn `Abidin mengulas,”Ia tidak boleh dipotong. Kerana kematian ibu belum tentu berlaku. Tidak harus membunuh manusia yang hidup atas sebab yang tidak pasti (mauhum).(Hasyiah Ibn `Abidin:1/603)
Ternyata, para fuqaha berkenaan dalam menentukan hukum tidak harus melakukan pengguguran dalam keadaan tersebut menandaskan hukum berkenaan atas dasar persamaan nilai antara anak dan ibu berkenaan. Bagi mereka, kata-kata bahawa ibu berkenaan akan mati kalau anak itu terus berada di dalam kandungan dan gagal dikeluarkan merupakan agakan semata-mata (mauhum). Sedangkan seseorang manusia tidak boleh dibunuh atas sebab yang tidak pasti (mauhum).
Tentu sekali kenyataan bahawa anak dan ibu dalam keadaan demikian mempunyai nilai yang sama merupakan sesuatu yang benar. Kerana, selepas mempunyai nyawa anak berkenaan diberi perlindungan hukum yang jelas. Perlindungan itu tidak akan hapus kecuali atas sebab-sebab yang diiktiraf oleh Syarak.
Bagi para fuqaha berkenaan, sebab seperti itu tak munkin diperolehi . Kerana kemajuan perubatan pada waktu itu belum mencapai tahap yang mampu memberi keterangan yang jelas terhadap persoalan sedemikian. Kerana itulah mereka memberi fatwa haram membunuh anak berkenaan atas sebab yang tidak pasti, iaitu mengelak kematian ibu.
Sedangkan pada hari ini, bidang perubatan telah mencapai tahap di mana kenyataan berkenaan boleh dibuktikan secara ilmiah. Adalah bukan suatu andaian lagi bahawa keberadaan anak yang dikandung dalam keadaan seperti itu merupakan ancaman terhadap nyawa ibunya. Kerana itu hakikat ilmiah ini perlu diambil kira ketika menentukan hukum.
 
 
Imbangan Antara Maslahah dan Mafsadah
Dalam menilai persoalan seperti ini adalah baik sekali neraca kebaikan (Maslahah) dan keburukan (Mafsadah) digunakan. Kerana persoalan yang dihadapi ialah samada ibu atau anak yang perlu diutamakan. Maksudnya, mana lebih baik dan mana lebih buruk keputusan yang akan dibuat. Bagi tujuan tersebut teori Maslahah dan Mafsadah ini perlu dihuraikan sepintas lalu.
Kaedah asas kepada teori ini ialah sabda Rasulullah s.a.w. yantg bermaksud “Setiap kemudaratan itu perlu dihapuskan”. Kaedah ini kemudian telah dikembangkan oleh para fuqaha dalam berbagai bentuk kaedah lain seperti “Kemudaratan tidak boleh dihapuskan dengan kemudaratan yang sama”. “Kemudaratan yang berat boleh dihapuskan dengan kemudaratan yang ringan” dan sebagai nya.
Kaedah ini juga telah dijadikan asas kepada kaedah “Memilih yang paling kurang buruk nya”. Maksudnya, apabila ada dua keburukan yang bertentangan antara satu sama lain, maka yang paling kurang buruknya akan diutamakan.(Al-Asybah Wa al-Nazair:48) Kata al-`Izz Ibn Abd Salam mengulas kaedah ini: “ Beliau –Rahimahu Llah- telah menentukan susun lapis maslahah dan mafsadah dan telah menyatakan yang mana satu perlu diutamakan kalau terjadi pertentangan antara satu sama lain.”(Qawa`id al-Ahkam:1:/98) .
Bagi beliau, hanya ada dua keadaan sahaja yang munkin berlaku bila terdapat pertentangan antada maslahah dan mafsadah. Pertamanya: Kedua-duanya boleh digabungkan bagi menghasilkan pencapaian maslahah dan penolakan mafsadah. Keduanya: Dalam keadaan gabungan seperti itu tidak dapat dilakukan maka salah satu daripada dua langkah berikut perlu diambil. Satu: Merealisasikan mana yang lebih besar, samada menghasilkan maslahah atau menolak mafsadah. Dua: Dalam keadaan kedua-duanya sama kuat, pilihan boleh dibuat berasaskan keadaan semasa.
Semuanya ini bererti bahawa pengimbangan di antara maslahah dan mafsadah mampu menghasilkan pencapaian maslahah yang lebih besar atau penolakan mafsadah yang lebih besar. Begitu juga penggabungan antara keduanya boleh menghasilkan penghindaran keburukan (mafsadah) yang lebih besar dengan cara menangung keburukan yang lebih ringan.
Dalam masalah pertentangan maslahah dan mafsadah antara ibu dan anak ini, iaitu kepentingan atau maslahah anak untuk mendapat peluang terus hidup sampai lahir sebagai seorang bayi, dan keburukan atau mafsadah yang terpaksa ditanggung oleh ibu kalau anak berkenaan diberi peluang terus hidup, iaitu mati. Pengimbangan yang bijak perlu dilakukan supaya keserbasalahan ini dapat diatasi dengan baik.
Bagi tujuan tersebut, dua situasi berikut perlu diambil kira:
Pertama: Berlaku pertentangan kepentingan antara ibu dan kandungan berkenaan dalam tempoh sebelum kandungan itu bernyawa. Dalam keadaan seperti itu jelas sekali kepentingan kandungan berkenaan lebih rendah berbanding kepentingan ibu yang mengandungnya. Kerana itu kepentingan kandungan berkenaan perlu dikorbankan demi kepentingan ibu yang lebih besar itu.
Kedua: pertentangan seperti itu berlaku sesudah kandungan berkenaan bernyawa, iaitu telah sempurna menjadi seorang manusia yang hidup. Dalam keadaan seperti ini dua keadaan mungkin berlaku. Satu: Kandungan berkenaan sudah mencapai umur yang memungkinkan ia mampu hidup di luar rahim, iaitu telah mencapai umur enam bulan. Dalam keadaan seperti ini ia proses melahirkan bayi sebelum matang boleh dilakukan agar kepentingan (maslahah) kedua-dua ibu dan anak berkenaan terjaga. Dua: Kandungan itu melum mencapai peringkat umur yang memungkinkan ia hidup di luar rahim. Maksud nya belum mencapai enam bulan dalam kandungan. Dalam keadaan seperti itu ibu berkenaan tidak harus terdedah kepada bahaya mati, dan nyawanya perlu diselamatkan meskipun dengan mengurbankan kepentingan hidup kandungan berkenaan.
 
Fatwa Fatwa Yang Ada:
Di Malaysia, fatwa-fatwa yang berkait dengan pengguguran kandungan ini telah dikeluarkan dari masa kesemasa, termasuk oleh oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia.
Tentang pengguguran kerana terdapat ancaman terhadap nyawa ibu, muzakarah tersebut memutuskan seperti berikut: (Muzakarah kali ke-90)
  1. Makruh menggugurkan janin yang berumur antara satu hingga empat puluh hari sekiranya tidak mendatangkan bahaya pada ibu dan mendapat persetujuan kedua-dua suami isteri
  2. Pengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari adalah harus sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit dan boleh membahayakan nyawa ibu
  3. Pengguguran janin yang telah berumur 120 hari atau lebih adalah haram kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah keatas janin yang telah ditiup ruh kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa atas sebab kecacatan yang teruk.
Selain itu muzakarah tersebut juga juga memutuskan hal-hal berikut: (Muzakarah kali ke-90):-
  1. Rogol:
    1. Haram menggugurkan kandungan janin yang telah berumur lebih 120 hari kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah bunuh keatas janin yang telah ditiupkan roh kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu.
    2. Pengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari adalah harus sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu
  2. Zina:
Menggugurkan kandungan zina adalah haram dalam semua keadaan kecuali mengekalkan kandungan akan memudaratkan nyawa ibu
  1. Orang Kurang Upaya:
    1. OKU (ujian akal di bawah paras 80) harus menggugurkan kandungan yang berusia kurang daripada 120 hari
    2. Haram menggugurkan kandungan yang berusia lebih daripada 120 kecuali jika memudaratkan nyawa ibu
Apa yang jelas daripada fatwa-fatwa yang diberikan, keharusan pengguguran kandungan dalam usia lebih daripada 120 bergantung sepenuhnya kepada soal ancaman terhadap keselamatan nyawa ibu. Semuanya ini berasaskan kepada teori maslahah dan mafsadah di atas. Adapun pengguguran pada peringkat sebelum itu maka ianya boleh dilakukan atas sebab-sebab lain juga, kerana kewujudan kandungan berkenaan belum mencapai tahap yang diberikan perlindungan sepenuhnya oleh Syarak.
 
Wallahu `lam.

sumber : e-fatwa malaysia