sudah hampir 2 minggu aku tidak menaip naip entry yang panjang. aku baru sahaja balik dari cuti raya di kampung. sangat sangat mti menarik. nanti aku akan cerita dan share share dengan korunk semua pengalaman dan kisah benar yang aku lalui sepanjang cuti raya ini aka oliday aku nie. ok???
korunk semua tahu kan. aku memohon sangat2 agar kisah kisaah aku yang lalu.. korunk semua buat2 aku x der pape. ok?? untuk kebaikan semua. boleh tak ? korunk mesti tahu kan. pasal aku dgn ex aku. dier baik. tapi kami break. jadi harap selepas ini, korunk jangan cakap pape.. jgncerita pape la pasai kami ok?? aku dgn dier nak kuburkan cerita nie.. andaikan x pernah wujud.. hanya mimpi. boleh?? ok?? korunk semua sayang aku kan.. jadi, kalau sayang. lupakan er. plez plez.. kamu jgn nakal.. hehehe
ku tinggalkan kenangan,
untuk menghadapi masa depan,
masa yang berlalu dijadikan kenang - kenangan
tiada lagi sayang antara kita
semalam adalah kenangan
esok adalah masa depan
seorang insan yang pernah berada dalam hati saya..
yang akan jadi kenangan
kenangan yang hanya tinggal sebagai mimpi
yang perlu dilupakan..
ok lah, aku ngah upload gambar nie, untuk blog tercinta. nak share dengan korunk semua
my new life with her love.. tq beby..
siapakah gerangan beby ini?? nantikan diakhir entry.. huhuhu
ini merupakan hari terakhir aku sebelum aku balik cuti beraya di rumah. prof dr Sharifah sarah telah bagi kami semua lab 6 duit raya. huhuhu.. bestnyer, semua nyaer gara-gara ada seorang dari kami yang mintak duit raya.. saje melawak tapi.. jadi betul=betul.. huhuhu.. bestnyer.. thanks prof. semoga tahun depan saya dapat prof lagi bile dekat dekat raya. huhuhu.. semua muka kanak-kanak ribena.. riang~~ huhuhu seorang 50 hinggit beb. sapa yang tak jadi ribena.. hahaha.. bestnyer.. huhuhu.. habus saja sesi MES aku dengan prof, semua balik ke kolej. preparations untuk balik kampung @@. aku?? aku balik hari sabtu.
sampai kat rumah, aku dah tak tahu nak buat apa dah. buhsan la duk sorang-sorang dekat rumah. asyik bangun lewat jer.. habis awal pukul 12 tengah hari. hahaha. nasib baik mak aku pergi kerja. kalau tak, habis la aku kena marah,. ye lah.. mane tak marah. pukul 12 tengah hari rumah tak kemas kemas lagi. hahaha.. aku start mula kemas rumah untuk beraya hari ketiga aku balik kedah. iaitu hari isnin. malas nyer aku. tue pun sebab .... hehehe.. racia la. before tue, aku hari ahad, aku pergi beli baju raya aku. kali nie aku just beli 2 t shirt, satu warna belang-belang warna coklat, 1 lagu warna hitam. serta sehelai seluar khaki dan sepasang kasut. delat 250 hinggit jugak habis.. kalau bagi aku seribu pun, mestiu habis la.. aku nie kuat shopping.. eh.. silap silap. aku nie boros.. ( mengharap JPA masuk cepat.. cepat la masuk )
hari rabu plak, mak aku ambik cuti. cuti sehari sebab nak balut ketupat. malam sebelumnya, kami semua pakat pakat buka daun palas. senang jer. cuma aku tak reti la nak balut bila ada pulut. aku reti buka daun palas jaer. significantnyer kita buka daun palas sebelum balut ketupat iaitu dgn pulutnya adalah untuk menyenangkan proses membalut nya keesokan hari. jadi kerja boleh la jalan cepat. tak der la.. time nak letak pulut, baru nk buka daun palas.. susah kan.. jadi, kerja kena buat sistematik. baru berjalan lancar. haha tahun nie mak aku buat 4 kg jer ketupat. cikit jer berbanding tahun tahun sebelum nyer. tapi ok lah kan.. sedap juga makan nie.. pose posa~~ huhuhu
( ini merupakan daun palas akan daun ketupat yang dah dibuka menanti untuk dimasukkan pulut)
hari khamis menjelma, ayah aku ajak aku, yon dan syafiq pergi bersih kubur arwah tok wan aku. dekat kampung aku la. aka rumah aku yang lama. dekat jer dengan rumah kg aku yang lama aku duk dulu. sekarang dah pindah time darjah 5. jadi, agak lama la duk rumah taman. dah tak jadi budak kampung dah aku nie. huhuhu.. setiap nak hari raya, sama ada raya haji atau raya posa, mesti kena pergi bersih kubur, sedekahkan alfatihah.. hurm.. rindu kat tok wan aku.. lepas pergi kubur, ayah aku bawak kami semua pergi pknk jap. nak beli ayam.. sayur. yelah, kata nak raya. kena beli awal2. kalua tak, raya tak der pape nak makan.. hehehe.. ganaz.. hahha.. yang paling aku suka adalah tauke ayam nie.. bos ayam kedai yg aku beli. hairan. bayak2 kedai, kedai dier yang laku,. sebab apa?? lu pikir la sendiri.. duit rm50 belian ayam customer sampai tak cukup nak letak dalam dompet. ye la.. kalau duit2 seringgit dua tue ley la, letak dalam bakult. tapi duit rm50 beb.. letyak dalam dompet yg diletak dalam bakul. baru tak celaru. sebab.. duit sehinggit dengn rm50 macam nak same jer warna. kan kan.. bahaya beb.. hehe.. niat nak beli santan, tapi baris dier punya la panjang. jadi beli santan kotak jer la .. santan kotak X2.. hehehe senang senang.. tp rasa kureng dr yg asli.. huhuhu
raya tahun nie, bi raya dekat sini, mimi plak raya belah sana. biasa ar orang baru kawen.. hahaha tak pe laer. raya tahun nie, kami semua raya dekat rumah tok wan pokok sena. jadi pagi pagi terus pergi ke pokok sena. ye lah. nak sembahnyang raya kan.. aku pakai baju yg time mimi kawen dulu beli.. warna pink.. baju jer k.. aku x suka pakai 1 suit baju melayu. separa lengkap lagi best.. bebas.time sembahyang raya. aku tertido plak. bukan time sembahyang, tapi time khutbah raya. ntah laer,, mungkin nada tak bersemangat.. yer lah.. teks kan disediakan.. jadi feel untuk gaya penyampaian agak terbantut.. (untuk makluman semua, semua teks khutbah adalah dalam bahasa jawi yer. bukannyer rumi.. sebab tue kadang-kadang tiem khutbah tyue, imam bace tersekat2.. kadang2.. terutamanya imam yang agak berusia.. pernah dulu time sekolah.. khutbah jumaat.. imam sebut perkataan jawi, "mat remp-it" sebagai mat rampat.. hurm.. banyak istilah baru jawi nie.. ) habis sembahyang, pergi ziarah kubuq tok plak. dekat masjidf tue al.. tok pokok sena.. ** untuk tambahan, rumah tok alor merah kami dah pergi malam sebelum raya**
raya aku banyak duk rumah jer. hari satu pergi duk pagi duk pokok sena,. petang plak duk alor merah. biasa ar dekat dekat kan.. malam balik rumah.. tido.. tido sebab kekenyangan.. huhuhu.. best best.. akibatnyaer.. erat aku naik skunk nie.. kena turunkan balik minggu nier.. dalam masa seminggu.. sebab date.. hahaha.. tak senonoh tol yer korunk nie.. think positif
hari raya kedua, just duk rumah saja. tak der jalan rata rata sangat. cikit cikit jer. mak aku masak mee special.. secret resipi.. huhuhu.. sedapp... nanti aku tayang cikit mee tue yer. bagi terleleh air liur korunk.. sedap sedap.. rugi sapa yang tak makan. mak aku masak sebb takut ada orang mai rumah, tak der pape nak makan plak. ye lar.. ketupat 4kg dah habis pada pagi hari raya kedua. settle. hantu ketupat. ahaha masuk raya ketiga, amk aku buat nasi tomatao plak. sedap sedap. lama tak makan nasi tomato mak aku. huhuhu. open house arini, tapi, jumlah stalker aka pengunjug yang datang rumah aku tahun nie.. kureng sikit berbanding tahun lepas. x twu napa.. tak per.. rugi x makan.. nanti korunk dtg la rumah aku.,.ok??
raya keempat, disebabkan kawan kawan mak aku yang sama kerja dengan dier nak datang, jadi dier pun masak la bihun.. sedap.. bihun nie orang yg makan kata sedap. bukan aku. aku x sempat nak makan bihun tue. rugi tol. nyesal tak makan. jeles jeles. tak per.. tahun depan, aku akan pastikan aku yg makan dulu. hahhaa
hari rabu, hari yang sepatut nya aku balik kuala lumpur, namun aku g tolak jual semula tiket sebab nak balik dengan yon esokan harinyer (khamis). hari nie ada kenduri kat rumah sedara aku. dekat bujang. sik ke yan ntah.. aku kurang pasti. area area tue la.. then, g beraya dekat rumah sedar yg dekat2 area tue.. tut tuk.. dah sampai petang. jadi, terus balik la rumah. penat. kenyang. tapi, nasi kenduri tadi sedap. nasi kuning. sedap sedap..
malam nyer, aku dengan family aku, aku, ayah, bi, kak wani, yon, mimi, wan, dan syafiq pergi men boling. hahaha.. macam siot jer kan.. main boling reramai. best best. skill aku x ley guna.. sebab aku dah tak teror dah. x ley jebakkan semula ke bidang tue, bahaya.. ketagihan.. haha.. mak aku tak pi sebab mak penat. jadi jumlah keseluruhan yang pergi main = 7 orang ahli asal + 2 menantu - mak = 8 Orang. hehehe.
best sangat2.. main 3 games dekat city plaza. habis dalam pukul 11 malam. balik balik aku terus kemas beg. ye lah ko, esok nak balik kl pagi pagi.. huhu..
pagi tue aku bertolak pukul 6.30pg la keluar rumah aku. aku sebenarnya sakit perut. mungkin keracunan makanan kot. siap diarrhoea dan vomitting sekali dgn nausea sekali. macam effect of alpha blocker drugs la plak kan, hahaha.. apa la nasib aku rini. minta minta dah ok lah ..b
aku sampai KL pukul 12 tengah hari. yon hantar dgn keta dier dr kdah, dier nak ke shah alam. rumah dier. doer kerja jumaat. aku sejak petang tadi terperap jer kat dalam bilik.online.. lepaskan ketagihan. hahaha.. sengal sengal.. hahaha.. merindui si dia..
hah, dah habis la entry terpanjang aku rasa.. sepnjang aku berblog nie,, sorry yer kalau buhsan. aku jhust nak tulis tulis jer..buhsan gak. macam diary.. hehehe ingat. ini blog diary-like. korunk bace, jgn la heboh2 kan.. kalau org len nak bace, biar dioorang bace sendiri. x yah g cerita kat orang lain ok??
mula - mula entry tadi, aku cakap nak perkenalkan baby aku kan.. korunk semua teka.. sape dier sape??
generally, aku kenal dier dah lama.. bermula sebagai kawan.. 14Sept 2010, baru nokthah perkawanan jadi lover-lover.. thank you baby sebab hadir disaat i memerlukan u.. i harap, u yang terakhir dalam hidup i. i berubah. i dah tahu akibatnyaer curang-curang nie dulu. jadi, tak nak jadi balik.. hope, this will be last lover i have. sayang you. korunk reader dan stalkers, sila hormati dier yer.. sila accept dier.. she be a part of my life right now. aku akan pastikan yg salah silap aku dulu, tak kan jadi balik kat dier.. aku sayang dier.. si baby garang..
selamat malam semua,
semoga hari yang mendatang membawa seribu keajaiban dan keberkatankepada semua
semoga hidup kta lebih baik. dari semasa ke semasa
korunk jaga kesihatan, kalau sakit, macamane korunk nak naik kan traiffic blog aku. huhuhu
ok lah. aku exam hari isnin nie. end of module.
respiratory module. hope success
Im still renovating and constructing my life
hope, u will always guide and beside me, baby garang
p/s: al Fatihah kepada ayah Yasmahafizal, kawan aku semasa sekolah menengah syed omar, ayah dier meninggal kita semua sehari sebelum hari raya aidilfitri 2010. semoga rohnye dicucuri rahmat dan kelurga arwah dapat menghadapi situasi ini dengan sabar dan tabah. takziah. al fatihah..
dan
kepada semua umat islam yang meninggal dunia
dalam bulan ramdhan ini, samada sakit tua, sakit muda, accident. dibunh,, dan lain2..
semoga mereka mendapat rahmat dan kesenangan di dunia yang stau lagi.
semoga roh roh mereka tenang menunggu kiamat kelak, al Fatihah
serta,
al Fatihah kepada arwah Tok Wan aku, Ahmad Bin Rosli, serta Ton aku, tok Yam, semoga tokwan dan tok berada tenang disana.. amin..
dan,
alfatihah juga kepada ibu duha,
semoga ibunyer sentiasa dicucuri rahmat yg tidak putus2..
walaupun sudah meningglakn dunia ini dah lama dah,,
namun, ingatan kepadanya masih mendalam
kasih ibu tiada tandingannya..
sekian terima kasih
No comments:
Post a Comment