Monday, August 16

jom kita tinjau2 isu semasa hari nie.. rumusan..

hari nie 16 Ogos 2010.. jom tengok surat khabar.. hehhee.. buhsan + tangan kebas

ORANG GILA?

" KEJADIAN amuk yang berlaku di Teluk Intan, Perak kelmarin begitu mengerikan dan menyayat hati. 
Seorang lelaki yang dipercayai kehabisan ubat mengamuk dan mengikat isterinya dengan tali 
sebelum menetak mangsa dengan sebilah parang bertubi-tubi sehingga mati. Menteri Kesihatan, 
Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika dihubungi melahirkan rasa sedih dengan insiden yang 
menimpa keluarga berkenaan. Beliau turut mengingatkan keluarga yang mempunyai pesakit mental 
supaya tidak mengabaikan pengambilan ubat pesakit tersebut, menyisihkan mereka 
mahupun membiarkan golongan berkenaan berada dalam 
keadaan tertekan dan murung" ~UTUSAN MALAYSIA


Syaitan diikat?

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

 nas (al-Baqarah: 185) yang bermaksud: (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.
Ibn al-Jauzi berkata: Ada tiga pendapat:

  • Diturunkan sekali gus, iaitu pada malam Qadar ke Bait al-'Izzah dari langit dunia seperti kata Ibn Abbas.



  • Diturunkan al-Quran dengan kefarduan puasa seperti riwayat daripada Mujahid dan al-Dahhaq.



  • Permulaan al-Quran dengan turunnya kepada Nabi Muhammad SAW pada bulan Ramadan seperti pendapat Ibn Ishak dan Abu Sulaiman al-Dimasyqi.

    aripada Abu Hurairah r.a, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Apabila menjelmanya Ramadan, nescaya dibuka pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

    Dalam Faidh al-Bari 'ala Sahih al-Bukhari oleh Sheikh Anwar al-Kashmiri 3/327 menyebut: Di sisi riwayat Tirmidzi iaitu yang dirantai ialah jin yang ganas. Justeru, tidak lazim bahawa dirantai keseluruhannya

    Begitu juga sebab berlakunya maksiat bukan hanya terbatas dengan godaan syaitan semata-mata, tetapi di sana ada sebab yang lain seperti pengaruh hawa nafsu yang juga antara sebesar-besar musuh manusia. Apa yang dapat diperhatikan sedikitnya maksiat dan banyaknya ketaatan dilakukan pada bulan Ramadan ini tanpa syak

    Ibn Hajar al-Haitami dalam Ittihafu Ahlu al-Islam bi Khususiyat al-Siyam menyebut: "Diambil daripada hadis ini bahawa pintu syurga dibuka dan pintu neraka ditutup mengikut hakikatnya. Ini untuk menggambarkan kepada malaikat dan lainnya berkenaan bulan Ramadan dan pahalanya

    Ikatan dan belenggu syaitan pula termasuk hakikat demikian pada kebanyakan masa atau secara majaz kinayah daripada menahan perbuatan jahat dan tipu daya kepada manusia. Hal ini ada kebenarannya.
    Dalam Ahkam al-Siyam, oleh Dr. Muhammad Uqlah menyebut: "Iaitu maksud tambatan atau ikatan ialah kurang godaan dan menyakiti mereka".
    (uTUSAN)




    DINAR EMAS


    Bank Negara melalui Gabenornya menganggap ia melanggar undang-undang negara kerana mewujudkan mata wang yang baru dan tidak diiktiraf oleh pihak mereka. Seperti biasa Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan orang kuat beliau, Husam Musa menyanggah pendapat mengatakan ia salah kerana ia diwujudkan berdasarkan sistem barter atau tukar barang.


    Apa akan jadi kepada pengguna sistem ini apabila mereka boleh dituduh bersubahat memiliki mata wang yang tidak sah kerana melanggar undang-undang Bank Negara malahan Bank Dunia
    (uTUsAN mALAYSsia)





    Dinar: Umno Kelantan membelakangkan Mahathir


    Salmah Mat Husain


    Sikap Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan timbalannya,

    Datuk Dr Awang Adek Hussein, juga turut dilihat menelan ‘ludah’ bekas presidennya yang telah

    menyokong penggunaan mata wang tersebut pada tahun 2001.

    “Saya cukup kesal dengan sikap memperlekehkan usaha kerajaan Kelantan tersebut oleh mereka

    . Lebih teruk lagi apabia Mustapa menyifatkan tindakan kerajaan Kelantan sebagai tindakan politik semata-mata

    Sambungnya, rakyat Kelantan masih ingat ketika isu royalti minyak ditimbulkan tahun lepas, Mustapa adalah pemimpin yang menyatakan bahawa minyak tidak ada di perairan Kelantan.

    “Hari ini, beliau juga orangnya yang tanpa segan dan malu mengagihkan wang ehsan sumbangan kerajaan Pusat yang datang dari hasil carigali minyak di perairan Kelantan,” ujarnya

    Katanya, Kelantan telah menempa sejarah baru di samping menjulang kejayaan besar kerajaan negeri

    Kelantan di bawah kepimpinan ulama di dalam meneroka usaha-usaha membebaskan masyarakat dari cengkaman ekonomi kapitalis
    (hARaKAH)


    UKM lahirkan 233 graduan PhD tahun ini



    BUHSAN~~~












    No comments: