Sunday, July 11

memo: mereka tidak akan meninggalkan kita



hari itu ibu menangis masa di telefon kerana aku cakap, "Ibu, saya rindu ibu".

Ibu kata itu pertama kali aku cakap macam tu, jadi dia rasa terharu sangat hingga menangis.

seumur hidup, aku tidak pernah cakap "saya rindu ibu" atau ayat-ayat yang sewaktu dengannya. jadi dia mungkin ingat aku ni jenis anak yang tak suka tunjukkan perasaan.

mungkin bagi orang dewasa. aku budak macam tu. jarang cakap dan jarang tunjuk emosi. membesar dengan senyap dan hidup biasa-biasa je. biasanya aku endam je perasaan aku. selalu tunjuk muka tak peduli, berdiri di satu sudut dan pandang sekeliling.

seingat aku, aku jarang berada disisi ibu. aku jarang berborak dengan dia atau dengar masalah dia. malah aku buat endah tak endah je bila dia beritahu aku dia tak sihat.

bila dia beritahu keadaanya mungkin akan bertambah teruk.

pada tahun tu, ibu menderita sakit kanser. aku berada di darjah 5. sekolah rendah. aku tak tahu apa itu kanser. aku melawat dia sesekali jer kat hospital. sehari sebelum pembedahan dia, dia duduk di katil. buat pertama kalinya aku  melihat ibu dalam keadaan yang lemah dan kesakitan. bila dia pusing, dia nampak aku. dengan cepat aku lari pada dia dan peluk dia kuat-kuat...

sepanjang masa itu, aku tak tahu betapa menderitanya ibu dan aku tak tahu betapa dia menangis kerana aku. kerana anak yang dingin dan tak sensitif macam aku.selepas beberapa bulan bertarung dengan penyakitnya, ibu memenangi perlawanan itu. pulang pada aku.

ramai orang cakap anak adalah seperti anak burung. bila sayap mereka sudah cukup kuat, mereka akan terbang meninggalkan rumah.

dulu aku benci ibu bila ibu tanya keadaan aku sebab aku rasa aku dah cukup besar untuk jaga diri sendiri. aku tak perlu dengar lagi nasihat dan pendapatnya. aku selalu bergaduh dengan nya, selalu buat ibu bersedih sebab aku rasa pandangan ibu tu salah. aku rasa ibu sangat ketinggalan zaman. masa tu aku rasa aku dah cukup matang.

beberapa tahun selepas aku tinggalkan rumah.tinggalkan ibu. aku cuba berdikari, mulakan hidup baru.

setiap malam lepas balik kelas, bila aku balik ke bilik sewa aku, aku rasa kosong dan sunyi. takde orang nak sambut aku. seorang diri aku masak, makanm, menulis dan adakalanya bercakap dengan diri sendiri. aku selalu ingat masa aku duduk dengan keluarga dulu. setiap hari lepas sekolah, makanan dah tersedia kat ruang makan. ibu pasti menanti aku di pintu rumah. bila aku kejar deadline untuk komik, aku akan lari pulang ke rumah dari perpustakaan dengan manuskrip di tangan. dengan penuh semangat aku tanya ibu, "cuba teka berapa muka surat saya siapakan hari ni?". ibu adalah sumber motivasi aku. aku nak dia bangga dengan aku, jadi aku sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik.

pada musim hujan, bila suhu menjadi semakin sejuk, ibu akan sediakan selimut dan tilam tebal untuk aku. lepas aku tinggalkan rumah, setiap kali aku sakit, aku mesti teringatkan ibu, sebab setiap kali aku sakit masa kecil dulu, ibu pastinya berada kat sisi aku. hilang rasa bimbang aku bila nampak dia.

aku sentiasa ingat zaman kecik dahulu. ibu bagaikan payung yang besar. dia melindungi aku dari hujan dan panas. setiap kali aku buat masalah, aku akan sorok belakang ibu. aku akan  tarik baju dia, dan dia akan selesaikan masalah tu untuk aku. bila aku dewasa, setiap kali aku berdepan dengan masalah, aku masih terus memikirkan dia. dalam hati aku, akau selalu bertanya, "ibu, apa yang patut saya buat? ibu, tolong saya".

tapi hal ini takde orang yang tahu kecuali aku.
banyak kali aku nak telefon dia tapi aku beritahu diri sendri, tabahlah. 
sejak kecil lgi, aku jenis yang tak mudah menangis. aku tak nak orang tahu kesdihan dan kepedihan yang aku rasa. walaupun aku rindu seseorang...
orang yang aku sayang.. aku pendam perasaan aku termasuk rasa kasih aku pada ibu. sebab itu ramai orang cakap aku anak yang dingin dan tak sensitif.

saya sangka dengan berpura-pura dan tak peduli dan dengan memendam emosi yang saya rasakan, saya dapat sorokkan kelemahan saya dan menjadi lebih kuat.
ibu, sebenarnya saya silap...
ibu, saya sebenarnya tak kuat langsung.

tak siapa yang tahu, setiap kali aku balik dari bercuti, aku menangis dalam bas. bila aku ingat pada ibu jer, air mata aku mengalir tanpa dapat ditahan. aku menangis sebab aku akan tinggalkan ibu. dan bas itu membawa aku jauh daripada ibu. aku menangis bersungai-sungai. aku tak sanggup bayangkan andai itulah kali terakhir aku pulang melihat dan bersamanya. aku tak sanggup bayangkan wajah sedih ibu sebab aku tahu, air mata aku akan mengalir lagi.
jadi tiap kali aku balik pulang dari bercuti, aku akan pergi dengan abang-abang ku daripada ibuku menemani aku di stesen bas.

ibu, walaupun saya seorang lelaki, saya juga sebenarnya seorang yang sensitif dan penuh emosi. maaf sebab saya tak pernah tunjukkannya pada ibu.

ibu kawan baik aku, liya.. meninggal dunia dua tahun lepas.
di majlis pengebumiaan itu, aku tak dapat tahan diri daripada kesedihan. aku nampak liya asyik pandang langit supaya air mata  yang bergenang di kelopak matanya takkan mengalir turun. dari belakang dia nampak tabah, tapi sebenarnya dia paksa dirinya untuk menjadi kuat. di bawah langit yang cerah itu,
dia nampak keseorangan.

lagi seorang kawan baik aku, J pun kehilangan ibu juga tak lama dahuilu. ibunya seorang yang ceria dan ramah. dia tinggalkan kami begtu sahaja. begitu tiba-tiba. tanapa amara, tanpa sebarang tanda. buat kami sedih dan menyesal.

ketika itulah aku sedar, kami membesar denga begitu cepat. seseorang pernah kata, bila kita dewasaa, ketika itulah semakin ramai orang yang akan tinggalkan kita. jadi akhirnya, kita akan keseorangan semula. seperti keadaan semasa kita lahir dahulu. hidup kita seperti roda. kita terpaksa lepaskan banyak benda untuk ia berpusing. mungkin apa yang kita boleh pegang hanyalah pada masa sekarang. saat ini.

sekurang-kurangnya pada detik ini, kita rasa gembira.
sekurang-kurangnya pada detik ini kita mab=sih mengecapi kebahagiaan
kita mesti cukup berani untuk mencintai dan dicintai,
 jadi kita takkan hidup dalam penyesalan.


ibu,
akhirnya saya paham maksug "KUAT" yang sebenar
erti kekuatan adalah memiliki keberanian untuk menunjukkanperasaan kita yang sebenar, erti kekuatan ialah memiliki kebolehan untuk menyayangi orang yang kita sayangi.

Ibu,
ibulah yang paling kuat,
demi membesarkan saya, ibu sanggup berkorban apa saja

demi saya,
ibu tanggung sejuta kerisauan.

kasih ibu,
sampai bila-bila pun saya dapat rasa. dari kecil sehinggalah kini

ibu,
saya akan jadi seorang yang kuat dan berani,
dan kini saya akan luahkan,
apa yang terpendam dalam hati saya selama ini.

"ibu, saya rindu ibu"
"ibu, saya sayang ibu"
"ibu, ibula adalah insan yang paling saya kasihi dalam dunia ini"


p/s: aku ambik memo nie daripada sebuah komik. dan kalau ia mampu buat aku menangis tiap kali aku keseorangan dan dikegelapan. tulisan berwarna merah merupakan sebahagian daripada diri aku. yang sebenarnya.

No comments: