Tuesday, June 29

hari ini ketawa- ketawa dan berfikir..

hari nie jadual aku macam biasa laer. before that, semalam aku tido lewat. around pukul 3 lebih laer. penat buat PBL semalam. hah, tue laer orng kata jangan tidur lambat. jangan malas study. tapi still tak berubah jugak!!

 ya Allah, 
aku memohon kepadaMu, 
jauhkan aku daripada sifat tamak, malas dan tidak bersyukur
sesungguhNya ya Allah, 
tiada daya dan kekuatan aku melainkan dengan keizinan dan 
kekuasaanMu..

hari die, disebabkan aku tidur lambat. so kalau ditolak ditambah, adalah dalam 3 jam aku tidur. so apa lagi, bila nak bangun subuh,.. mengeliat sesorang dalam bilik. kalau kat rumah mak aku tolong kejutkan. dan kalau tak jaga juga, habislah mak aku mula berleter dan bagi nasihat tazkirah.. 
cepat-cepat aku bangun sebab malas nak dengar mak aku bising2 
yelah pagi2.. tetapi, bila dikenang-kenang kembali,
aku rindu perkara itu..

perkara yang kita lakukan berat dan tension pada masa sekarang
bila dikenang dan diimbas kembali
ia akan menjadi senang dan kenangan manis untuk diri kita
kenapa yerk??

bangun dalam pukul 6.40pg, walaupun jam loceng berbunyi pukul 6pg, ye aku bangun. aku akan bangun tutup jam loceng aku. ye lah.. memekak jer dak dalam bilik.. bising.. ish ish ish..tapip, kena jalan laer nak tutup jam loceng, aku dah set dah. letak jauh2.. dah dapat agak dah.. apa perasaan bila nak bangun subuh,, aduh..  perit sekali..

 Ya Allah, kenapakah aku tidak seperti dahulu? 
adakah Engkau telah menarik nikmat yang Engkau kurniakan dahulu??
sesungguhNya aku tetap bersyukur kepadaMu ya Allah
kerana walaupun sekejap Engkau memberi aku nikmat itu
tetapi,
aku dapat merasai juga nikmat pagi subuhMu...
Ya Allah..
maafkanlah aku.. aku terlalu jauh dari diriMu..
janganlah Engkau lepaskan aku,
aku masih memerlukanMu ya Allah..
aku memerlukanMU Ya Allah
aku benar-benar memerlukanMu ya Allah
ampunilah aku..

hari nie, nota ada satu jer.. eh.. jap jap.. hurm.. dua nota baru. so, nasib baik ada gimiey datang tolong.. kalautyak, tak sempat aku nak siapkan kerja kerja aku itu. walaupun tak bergaji dan tak glamor sangat.. tetapi aku rasa happy, sebab aku dapat tolong kawan-kawan aku. atleast, andai nanti ada orang tanya, siapakah sahabatmu? apakah yang engkau sudah lakukan kepada mereka?? jadi aku boleh jawab sahabatku adalah kawan-kawan ku.. dan, walaupun kecil pertolongan yang aku berikan kepada mereka.. namun aku ikhlas.. no price.. just for you my dearest frenxz..

hari nie aku belajar tentang bone marrow failure atau dalam bahasa melayunyer ketidakfungsian sum-sum tulang. overall yang aku ingat, ada dua jenis laer,.. 1 congenital dan satu lagi acquired. tetapi, kebanyakan causes or sebab kegagalan sum2 tulang nie adalah atas faktur luaran atau acquired!! so, jagalah sum-sum tulang anda masing2.. sebab.. kurniaan Allah itu sangat berharga, tiada yang dapat menandingi ciptaanNya.. p/s: kegagalan atau kerosakan sum2 tulang atau bone marrow failure akan menyebabkan ia fail to produce haemotepoitic stem cell. which is precursor or sel pertama untuk membuat sel-sel darah kita. andai kita rosak bone marrow.. sel-sel darah kita seperti darah merah laer.. darah putih dan platelet( penting untuk clotting pathway.. semasa injured!).. so, body normal function will disturbed and become abnormal.. so.. andai ada yg menerimanya, kita boleh buat transplant of stem cell... or just blood replacement... but, bone marrow biopsy sakit.. (pakai general anaesthesia..)

the, time pbl.. macam biasa ar, aku punya fasilitator kali nie prof datin iliani.. best sangat2.. dier sgt2 profesor.. huhu.. respect same dier.. kali nie aku banyak diamkan diri sebab ramai orang cakap banyak2.. i means dier orang cakap point yg sama mcm aku, so.. diam lebih baik kan. pbl kali nie pasal a 34 year olds male diagnosed with hypovolemic shock syndrome secondary to dengue infection and have DIC. ok lah.. aku nak bagi tau sikit sal dengue yer.. saje jer.. nak test otak mereng aku nie.. hope i will remember it

  1. dengue virus will transmitted by mosquitoes which mainly aedes family. commonly, there are three types or genus which is aedes aegyptii, aedes ablopicyus, dan aedes ... (aku lupa).
  2. this virus will infect the dendritic cells and monocyte like macrophages and others. and then, this virus will undergo incubation period which is usually 3-5 days. sebab tue laer kita tak dapat demam ker.. berdarah or other complication of dengue bila kena gigit.. so, terlalu penting untuk bagi tahu doktor anda bila anda start demam.. sebab dier boleh agak how progression of that virus in your body. so, remember and take note about your body
  3. then, after incubation period or tempoh bersembunyi, virus nie akan berada dalam darah.. so, terkeluar lah istilah viraemia.. this viraemia will give rise the clinical sign and syptoms..
  4. then.. aku luper.. adeih... tapi.. yg aku ingat.. secondary infection will severe than primary infection due to ADE.. antibody enhancement ,.. adeih.. rosak terok rem aku nie..  (~~malu2)

NANTI KALAU KORUNK NAPA AKU
KORANG SURUH AKU STUDY TAU!
AKU NIE MALAS
TOLONG YER..


MONOLOG

YA ALLAH, YA TUHANKU
HANYA KEPADAMU SAJALAH AKU BERSERAH
DAN KEPADAMU JUA LAH AKU MEMOHON PERTOLONGAN,
ENGKAU LINDUNGILAH AKU DARIPADA SYAITAN DAN IBLIS
SEPERTIMANA JAUHNYA BARAT DAN TIMUR, 
ENGKAU JAUHKAN MEREKA ITU,
SESUNGGUHNYA AKU MEMOHON PERTOLONGAN DAN 
HIDAYAH DARIMU YA ALLAH..

YA ALLAH
AKU TAHU AKU TELAH JAUH DARIPADAMU
AKU TAHU AKU TELAH HANYUT DI DALAM DUNIA YANG FANA INI
AKU TAHU YA ALLAH
AKU HANYALAH INSAN KERDIL
AKU HANYALAH SEORANG HAMBA YANG DEGIL
AKU MEMOHON KEPADAMU YA ALLAH
ANDAI DAPAT ENGKAU AMPUNKAN DOSA-DOSAKU
AKU TAHU.. BETAPA TINGGINYA DOSA DAN KESALAHANKU KEPADAMU
AKU TAHU BETAPA BANYAK DOSAKU KEPADAMU SEPERTI BUIH2 DI LAUTAN
NAMUN, 
AKU LEMAH TANPAMU YA ALLAH
AKU SESAT TANPA PERTOLONGANMU YA ALLAH
AMPUNILAH AKU YA ALLAH

YA ALLAH
BAGIMULAH SEGALA KEPUJIAN
ENGKAULAH CAHAYA BAGI SEMUA LANGIT DAN BUMI SERTA APA YANG ADA DIDALAMNYA
BAGIMULAH JUGA SEGALA PUJIAN,
ENGKAULAH PEMELIHARA SEMUA LANGIT DAN BUMI DAN SEGALA ISINYA
ENGKAULAH TUHAN YANG BENAR
JANJIMU JANJI BENAR
FIRMANMU BENAR
BERTEMU DENGANMU BENAR
SYURGA DAN NERAKA BENAR
QIAMAT BENAR
NABI-NABI BENAR DAN NABI MUHAMMAD SAW BENAR
YA ALLAH,
KEPADAMU LAH AKU MENYERAH DIRI,
KEPADAMU JUGA LAH AKU BERTAWAKAL
KEPADAMULAH AKU BERIMAN
KEPADAMUJUGALAH AKU MEMOHON KEPUTUSAN
MAKA DENGAN ITU, ENGKAU AMPUNILAH 
DOSA-DOSAKU YANG TERDAHULU DAN AKAN DATANG
JUGA YANG KUSEMBUNYIKAN DAN YANG AKU PERLIHATKAN
ENGKAULAH MAHA MENDAHULUI,
DAN MAHA MENGAKHIRI
TIADA TUHAN MELAINKAN ENGKAU YA ALLAH
DAN
TIADA TUHAN MELAINKAN ENGKAU YA ALLAH, TUHANKU YANG ESA


YA ALLAH, 
SESUNGGUHNYA AKU MINTA PETUNJUK YANG BAIK DENGAN PENGETAHUANMU
DAN 
AKU MINTA DIBERI KEKUATAN DENGAN KEKUATANMU,
DAN 
AKU MINTA KEMURAHANMU YANG LUAS
KERANA SESUNGGUHNYA ENGKAULAH YANG BERKUASA 
SEDANGKAN AKU TIDAK BERKUASA
DAN 
ENGKAU MENGETAHUI, AKU TIDAK MENGETAHUI
DAN 
ENGKAU AMAT MENGETAHUI PERKARA-PERKARA GHAIB..
YA ALLAH
JIKA ENGKAU MENGETAHUI BAHAWA PEKERJAAN INI IAITU PERUBATAN INI BAIK UNTUKKU,
BUAT AGAMAKU
PENGHIDUPANKU DAN KIAMATKU,
MAKA BERIKANLAH IA KEPADAKU..
DAN
PERMUDAHKANLAH IA KEPADAKU
DAN
BERKATILAH IA KEPADAKU..
TAPI..
ANDAI ENGKAU MENGETAHUI IA BURUK UNTUKKU
BUAT AGAMAKU
BUAT KEHIDUPANKU
DAN HARI KEMUDIAN KU
MAKA, ENGKAU JAUHILAH IA DARIPADAKU
BERIKANLAH KEBAIKAN DIMANAPUN JUA IA BERADA,
KEMUDIAN..
ENGKAU JADIKANLAH AKU ORANG YANG REDHA 
DAN
BERSYUKUR DENGAN PEMBERIANMU ITU..
AKU MEMOHON DENGAN SANGAT


AKU MEMOHON DENGAN SANGAT YA ALLAH
AKU MOHON DENGAN SANGAT
AKU MEMOHON DENGAN SANGAT
ENGKAU PERMUDAHLAH IA UNTUKKU..

TIADA DAYA DAN KEKUATAN MELAINKAN DENGAN KEKUATANMU YA ALLAH

SESUNGGUHNYA AKU BERSAKSI TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH,
DAN
SESUNGGUHNYA JUGA AKU BERSAKSI NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH





Sunday, June 27

i'm loser..

I'M A LOSER

SO SORRYY...

I WILL RNOVATE MY SELF

SENYUMAN ITU MERUPAKAN SIMBOL PENDERITAAN DI DALAM HATI,
DAN
KESEDIHAN DIMUKA MELAMBANGKAN KEGEMBIRAAN DIHATI

AKU ADALAH WANBLUR
THANX FOR BEING MY FRENX


Saturday, June 26

cita-cita aku..

hari nie aku nak bercerita tentang cita-cita aku. ye lah. kalau owang puteh mat salleh.. ambitions.. huhu sebab kenapa ada "s" di ambition itu? kerana aku ada banyak cita-cita.. korunk pun mesti ada banyak kan.. dari kecik nak jadi lain,,. bila dah matang cikit nak jd lain.. tetapi.. kadang2 nasib dan ketentuan bukan memihak kepada kita. kadang-kadang kita just go ahead.. and.. walaupun sesuatu itu bukan cita cita.. tapi.. kita meneruskan juga.. adakah ini sifat kehidupan ?? normalisme or lumrah? fikir-fikirkan

jom tengok cita-cita bongek aku.. haha (dengan detail and visual)

  1. masa aku darjah 1 or 2, aku nak jadi bomba. korunk tahu tak apa tue bomba?? fire fighter.. pelawan api.. alaa.. yang korunk suke-suki dail 991 tue.. nanti kereta trak oren bunyi bising2.. hahah.. aku time nie aku nak jadi bomba disebabkan first, aku duk kampung so tak terdedah la dgn cita2 yg lain. korunk pun mesti juga kan.. masa kecik dulu, aku selalu tengok bomba, polis dan cikgu.. most popular ambitions.. ryte?? sebab apa? sebab aku dulu selalu rasa.. maybe inilah pekerjaan untuk orang kampung macam aku.. kira kalau jadi bomba or polis nie kira naseb baik laer.. kalau takj mengemis.. sedih juga kalau fikir2kan.. (kanak2 terlalu naif dan didikan mak ayah sgt penting.. TQ mak dan ayah.. sebab pukul aku dulu.. kalau tak.. aku bukan aku.. ). second, dulu aku ada tengok cerita orang jepun.. tajuk dier aku x ingat laer.. tapi cerita sal bomba bomba laer.. sangat2 best.. kisah itu menerangkan ada kejadian tanah runtuh.. bomba2 nie sanggup gadai nyawa untuk selamatkan orang.. i love helping people..  pelik kan... so, konklusinyer.. aku nak jadi bomba bila besar nak sebab nak tolong orang.

  1. bila darjah 5 or 6 ntah, aku nak jadi geologist.. kaji alam dan rupa bentuk bumi. dulu aku ada satu buku Ilmu Alam dan reka bentuk bumi.. karya yang diterjemahkan dalam Bahasa melayu. best sangat2.. and that time.. aku berjaya baca buku tue habis dalam tempoh setahun.. lame kan?? bengap tol.. huhuhu.. tapi.. aku bangga dengan diri aku.. ye lah.. bila fikir2 balik.. budak darjah 5 bace buku tue.. beyond thier age.. ahaha aku pun x tahu kenapa aku interested sangat2 nak bace.. that time, memang naluri untuk geografi sangat2 dalam.. walaupun time tue aku mana tahu ada subjek geografi.. ikut buku tue, memang best.. dier bagi tahu tentang pembentukan benua.. dasar laut.. sungai didalam laut.. macam2.. memang best. tapi masalahnyer, buku tue kecik jer macam kamus oxford.. tapi tebal dier 1 1/2 ketebalan kamus oxford.. best sgt2.. and, that time aku hairan, kenapa tulis ini kecik2 dan banyak puyla??? still confusing until now wondering why medical book also like that?? small in font and tebal2.. adeih...

  1. masuk sekolah menengah aku nak jadi doktor.. kalau tak jadi pun aku nak jadi macam mak aku.. jururawat.. hheehe.. that ambition stick in my heart till now although.. tha way, the route for this ambition is hardly-tough.. hukhukhukhuk... kenapa aku nak jadi doktor??
  • aku nak kerja.. nak dapat duit.. nak jadi kaya macam mak aku.. tiap2 bulan ada duit. tak lah jadi penanam anngur jer! i means penganngur not si penanam anggur ok?? jgn terasa plak yer
  • then, dulu aku banyak tengok cerita jepun.. sampai banyak gila movie medic2 surgery nie kat umah.. ayah aku ar yang beli banyk2.. setiap movie ade ar dalam 16 ke 30 keping cd.. tapi.. semua pakat layan tengok.. mak aku jer tak tengok.. dier kerja.. hahha.. sampai satu tahap tue.. memang movie apa ntah tajuk dier.. hmm... lets me think first.. mmm.. tajuk dier The Surgeon.. and all equipments and languanges and drugs that i learned ryte now are used in that film.. sangat2 teror kan penulis skrip tersebut.. heuhuhuhu.. B-blocker la... macam2.. 
  • aku nak jadi doktor sebab aku tanak ada life. dulu bagi aku, kehidupan dengan orang i means sosial.. sangat2 tak kena dengan diri aku.. maklum la.. dulu aku sekolah harian.. so, ramai kawan2 yang Gila drpd yg normal.. so, that time, better for me to be a doctor.. docktor tak ada life.. busy saje ( macam mak aku.. selalu bz.. kerja shift2..).. so, senang.. i rasa that time, kesibukan dapat menenangkan aku..


and now,  if i say i want to be
EMERGENCY SPECIALIST
 ada sesiapa yang setuju??
or
ada yg tak setuju??

p/s: give your komen..



all about friday ~sharing insaffi/su

               apabila masuk waktu zohor, dimana matahari tergelincir ke barat. azanpun dilaungkan oleh bilal. seperti biasa azan itu disunatkan dijawab oleh semua orang. selesai azan, doa dan bangun sembahyang sunat sebelum jumaat dua rakaat:

niat solat Jumaat : sahaja aku sembahyang sunat sebelum Jumaat dua rakaat kerana Allah taala


          
              selesai sembhanyang ini, bilal akan sekali lagi bangun dan memperingati jumaah supaya mengambil berat terhadap khutbah yang akan disampaikan moleh khatib. tetapi sebelum itu, bilal akan melaungkan azan sekali lagi (means dua azan) seperti yang dilakukan oleh saidina Othman bin Affan ra. sesungguhnya di zaman Rasulullah tiada azan 2 kali, tetapi ia bermula dizaman khalifah othman ra. (p/s: sesungguh pun ia adalah bidaah tetapi bidaah hasan.

          menurut hadis soheh Imam Abu Daud dan Tarmizi,
Rasulullah bersabda: maka wajiblah atasmu memegang sunnah aku dan sunnah Khulafa Urrasyidin yang diberi hidayat (hidayah).


dalil solat jumaat : 

wahai mereka yang beriman apabila diseru kepada sembahyang pada hari jumaat, maka hendaklah kamu segera pergi mengingati Allah, dan tinggallah kamu berjualbeli yang demikian adalah lebih baik bagi kamu jika kamu sekalian mengetahuinya
(surah Al-Jumaat ayat 9)

sembahyang jumaat itu adalah hak yang wajib di atas tiap-tiap orang islam secara berjemaah kecuali empat golongan iaitu : hamba, orang perempuan, kanak-kanak dan orang yang berpenyakit (uzur)
(hadis Nabi berdasarkan tulisan di dalam buku Hidup Ibadah 
hasil tulisan ustaz haji fadzil haji ahmad)


Jom kita tengok, SYARAT WAJIB JUMAAT plak
  1. Islam
  2. Baligh
  3. Merdeka (bukan hamba)
  4. Berakal (tidak wajib kepada orang gila dan sebagainya)
  5. lelaki (tidak wajib keatas perempuan)
  6. tidak sakit/ uzur 
  7. bermukim (means that tinggal tetap di tempat mendirikan jumaat)
* syarat wajib jatuh keatas semua orang yang memenuhi kriateria diatas. means that sesiapa yang tidak memenuhi syarat diatas seperti kanak-kanak, perempuan, orang tua yang sakit, mereka boleh mengerjakan solat jumaat juga, tetapi bukanlah wajib ketas mereka. nampak perbezaannyer kan.. 

syarat sah jumaat plak
  1. ditunaikan di tempat khas seperti di masjid yang telah ditetapkan oleh badan agama (iaitu di malaysia tertakluk keatas kebenaran jabatan agama islam masing2.. andai masjid tersebut tidak diiktiraf oleh jabtan agam untuk solat jumaat maka solat jumaat tidak dibolehkan di kwasan atau masjid tersebut.. )
  2. sembahyang jumaat sempurna dengan waktu zohor. tidak sah jumaat dilakukan selepas atau sebelum waktu zohor
  3. ditunaikan secara berjemaah
  4. bilangan jemaah at least 40 orang mengikut mazhab syafei
  5. dilarang ada beberapa jemaah memdirikan sembahyang jumaat di satu kawasan seperti kampung atau kawasan berasingan antara satu sama lain tanpa sebarang keperluan. seperti, 1 kawasan ada 2 masjid, so if 1 masjid tue boleh memuatkan keselkuruhan jemaah dan berada dalam keadaan baik, maka dilarang ada 1 jemaah lg di masjid yang lagi satu. tetapi, if masjid ini penuh, maka dibolehkan mengunakan dua buah masjid didlam satu kawasan. 
  6. hendaklah dibacakan dua khutbah sebelum mendirikan sembahnyang jumaat itu
syarat-syarat khutbah jumaat
  1. both khutbah mesti didalam waktu zohor
  2. kedua dua khutbah mesti dibaca sambil berdiri
  3. khatib mestilah suci daripada hadas, menutup aurat dan bebas daripada najis
  4. rukun-rukun khutbah mestilah dibaca in arabic
  5. khutbah jumaat mesti didengari atleast 40 orang ahli jumaat
  6. khatib mestilah duduk sekejap diantara dua khtbah
  7. sembahyang jumaat mestiolah dilakukan sejurus selesai khutbah jumaat
sekarang selepas jengah-jengah semua syarat2 sah dan wajib jumaat. tibalah pula part yang palaing penting dan significant. seminggu sekali jer. ia lah yang membeza solat jumaat dan solat zohor.. ape erk??

Rukun dua khutbah jumaat
  1. memuji kebesaran Allah didalm kedua-dua khutbah jumaat (atleast Alhamdulillahi rabbil a'lamin)
  2. ucap selawat keatas nabi Muhammad saw
  3. berpesan kepada ahli jumaat supaya bertaqwa kepada Allah
  4. baca ayat Al-quran dalam salah satu khutbah
  5. berdoa kpd orang mukmin dalam khutbah kedua
* please take note: kadang-kadang sesuatu khutbah itu tidak emnuhi rukun khutbah jumaat. maka tidak boleh melakukan solat jumaat tetapi diganti dengan solat zohor. hal ini kerana solat jumaah sah hanya selepas khutbah jumaat. sekarang, khatib kebnayakannyer membaca buku khutbah jumaat yg dikeluaran oleh jabatan agama. tetapi ada juga yang buat isi khutbah tersendiri. so, alert and aware this rukun. ok??

* imam untuk solat jumaat mestilah orang yang memberi khutbah iaitu khatib atau orang lain yang mendengar khutbah dari awal hingga akhir tanpa melakukan perkara lain atau tertidur. so, if ada imam2 yang datang lambat padahal khutbah dah dibacakan, maka di hilang kelayakan unutk mengimami solat jumaat ini. btw, khatib is most likely to be choosen..


 
tambahan - nota tambahan
  1. harm diatas orang yang berpergian kemudian daripada fajar ( selepas fajar) kecuali dia dapat menunaikan solat jumaat di perjalanan atau tempat yang ditujui
  2. siapa yang sah solat zohornya diantara mereka tidak wajib atasnya solat jumaat, maka hendaklah ia memilih untuk solat jumaat atau zohor tetapi, solat jumaat itu lebih afdhal. apabila dah melakukan solat jumaat maka tidak wajib lagi melakukan solat zohor. hal ini contohnya keatas kaum perempuan
  3. siapa yang wajib atasnya jumaat, maka tidaklah sah solat zohornya sebelum salam imam sembahnyang jumaat
  4. seorang masbuq yang kemudian daraipda ruku' rakaat kedua ( tak sempat rukuk di rakaat kedua), wajiblah atasnya berniat sembahyang zohor di dalam takbirarulihramnya dan menyempurnakan sebagai solat zohor selepas imam habis ( macam biasa). tetapi if makmum masbuq sempat sebelum rukuk rakaat kedua, makan niatlah solat jumaat dan apabila imam selesai bagi salam hendaklah ia tambah lagi 1 rakaat untuk jadikan 2 rakaat solat jumaat

i happy to share with other. i hope i can remind myself  and my member2 i yang busuk2 nie.. Ilmu itu luas dan perbagai. andai ada kesalahan diatas, saya mohon maaf dan beritahu saya. komen. ok?? bersamalah kita all friday.. penghulu segala hari












Friday, June 25

aku rindu..

                        rindu la plak kan.. dah lama tak tulis blog.. aku rindu sangat2 dekat blog nie. dah macam diari aku plak.. aku bukan malas nak tulis, cuma segan nak tulis sejak dua menjak nie, aku ada kerja sikit dan still nak me"RENOVATE" diri ini.. apa erk aku nak melaluk arini yer?? (buat2 tanya padahal dah tahu nk buat entry panjang2.. hehe). aku tiap tiap hari tengok dashboard aku. best bace blog owang.. then, arini.. aku dah tukar lagu blog aku.. sedap tak?? pertama yang dicari.. huhuhu.. akukah pertama itu?? huhu perasan jek lebeh..

       minggu lepas, 18 Jun aku balik kg. sebab kenduri abang Bi. dia nikah lama dah, 4 jun tp majlis walimatulurus lambat cikit sebab family aku sibuk. mak aku kerja. ayah aku kena handle sukan sekolah agama. yon plak baru kerja baru. mimi balik malaysia 16 jun selepas beberapa bulan di London. syafiq plak ada tournament bola sepak dier. so, terpaksa la buat majlis kahwin 20 jun. hari ahad hari terakhir cuti sekolah. aku balik petang jumaat naik bus dr duta ke shahab perdana. aku berani naik transnasional jer. yg lain2 tue kurang terjamin. hehehe..  aku sampai malm pkul 12 lebih la shahab. bi (abg bi) yang g ambik. diorang lepak tengok bola dekat mamak dekat shahab. sempat lg..

         memandangkan aku balik dah lambat. so kerja kerja berat2 dah habis la.. rumah just kemas2 cikit jr. yang lain dah beres.. epyy nyer aku.. esok nyer, hari sabtu, ada kenduri kahwin sebelah perempuan... kak ipar aku nama wani.. iye kot.. still confusing about her name.. trok tol adik ipar nie.. tp yang aku tahu, rumah dier sgt2 dalam.. bukan dalam tanah.. tapi dalam.. pedalaman gak la.. tp tak lah sampai ke kawasan orang asli.. kubor panjang.. (dulu time sekolah syed omar, ada kawan lama aku nama duang di situ rumahnya..) jangka masa dr langgar nak ke sana lebih kurang 45 minit laer.. no traffic jam. no tol.. and no lembu di tepi jalan.. selamat.. huhuh.. kami rombongan lelaki pergi 40 bijik kereta.. meriah gila.. hahaha.. eh,, jap jap.. 40 tu e for kereta or orang.. im not really sure. tapi memang ramai rombongan.. penuh kawasan kampung.. hehehe.. (rombongan perabis nasik minyak..) nak tengok picture bi kawen?? jom layan.. aku suka tangkap gambar..

AKU junpa shatish dekat hentian duta.. sesungguhnya cinta nyer pada Cha@#$ C@# x perenah pudar
hahaha


yang nie tok aku. kami adik beradik panggil dier tok alor merah. sebalah ayah aku. dier x stabil sikit bila jalan sebab lutut dia lari.. x twu plak lari mana.. dia sgt takot hospital


hantaran.. sebahagian hantaran


menanti untuk ke rumah pengantin perempuan..


ayu.. my cazen.. same age


manage untuk wedding this tyme.. pak cik aku


sepupu-sepupu aku yg kecik2


mak aku dgn mimi.. before berangkat ke kuboq panjang


yon (abg kedua aku) menanti di kereta


kelam-kabut pilih kereta.. nasib baik x tinggal pengantin


di rumah pengantin perempuan. nak makan. skunk menunggu diobacakan
khutbah pengantin


ayah aku, bi, wani dan mak aku..


the second persanddingan.. hehehe


no comment..


lega habis makan.. kenyang.. ayam golek madu.. sedap
dari hadapan : syafiq (adik aku), pak cik, mak cik, yon, mak dak dan ...


my sibling + 1 :
dr kiri : yon, bi, wani, aku dan mimi.. syafiq x dak

continue/..
pada hari ahad plak
hari kenduri sebelah laki.. menas that rumah aku, ramai sgt2 orang.. s
start kenduri pukul 12 habis pukul 6ptg.. fuhh..
overextense!! aku hairan..
adakah diorang datang nak tengok abg bi ?
 or
adakah nak tyengok aku? aku jadi pengapit that time
hahaha
bila la aku punya turn erk??

anyway. malam tue juga around pukul 12 aku naik bus balik kL
sampai around 5.30pg..
adeih.. memang naik bus terus tido
penat sgt kot..

p/s: aku x buat kerja mes or lab pun.. adeih... 

Wednesday, June 23

aku sengal.. gimiey

Tuesday, June 22

to all followers and stalkers

REGARDING TO
SOME PROBLEMS HERE

I WILL CONTINUE BLOGGING IN THE WEEKENDS

HAVE A NICE DAY 

N

ALL THE BEST IN YOUR LIFE


Thursday, June 17

kenapa hendak jadi doktor ~ daripada saifulislam.com

aku terjumpa satu artikel.. best.. dulu aku bace buku dier.. saifulislam.. best..try klik untuk ke saiful islam


kenapa hendak jadi doktor.. enjoy yer..



jadidoktor.jpg
“Kenapa anda mahu jadi doktor?”, saya melemparkan soalan ini, selepas mempertontonkan kepada pelajar di IMU tadi video dari koleksi Stephen R. Covey.
Pelajar yang hadir tersenyum-senyum.
“Sebab minat biologi?”, saya bertanya.
Ramai yang ketawa. Itu mungkin alasan semasa di Tingkatan 4 dahulu.
“Sebab suka tolong orang?”, saya terus bertanya.
Ramai yang mengangguk.
Well, come on. Ramai yang hantar anak buat perubatan supaya boleh rawat ibu bapa sendiri nanti. Tetapi realitinya, kamu bukan manusia pertama boleh muncul memberikan rawatan jika berlaku apa-apa kepada ibu bapa. Malah ketika di bilik pembedahan dan wad kecemasan, ahli keluarga bukanlah calon terbaik untuk merawat ahli keluarga sendiri. Namanya, profesionalisma”, saya menyambung provokasi.
“Kamu nak tolong suami, isteri dan anak-anak? Rasa saya, suami doktor, isteri doktor dan anak-anak doktorlah yang paling banyak kena berdikari”, saya terus mencucuk jarum.
“Saya selalu beritahu isteri, bahawa apabila awak berjaya jadi specialist nanti, jangan lupa bahawa orang yang paling banyak berkorban ialah tiga orang ini. Anak-anak kita. Merekalah yang berkorban, melepaskan masa yang sepatutnya kita beri kepada mereka, agar kita berjaya”, saya berkongsi cerita.
Saya sengaja mengacah pelajar-pelajar di IMU supaya berfikir bersungguh-sungguh, mengapa mereka memilih bidang perubatan.
Jika anda seorang perempuan yang bakal menjadi doktor, anda perlu tahu bahawa walaupun negara amat terdesak kepada adanya ramai tenaga pakar, anda tidak akan diberikan ‘kemudahan’ untuk menjadi pakar. Anda tidak ada cuti bersalin, seandainya anda ‘termengandung’ semasa sedang membuat program pakar. Anda tidak menerima sebarang elaun untuk membeli buku. Semua kena guna duit sendiri. Kursus dan seminar yang anda hadir, anda mesti membayarnya sendiri. Mungkin anda terpaksa menawarkan diri menjadi AJK agar dapat dikecualikan dari yuran, walaupun anda tahu akibat menjadi AJK itu. Semua orang mahu anda bekerja seperti orang lain, ketika anda terdesak menghadapi peperiksaan. Tiada belas, tiada insentif.
Misalnya isteri saya, kerana 2 minggu cuti yang diperuntukkan untuk kecemasan dan lain-lain, sudah pun digunakan bersalin, lupakanlah kenduri kendara di kampung, lupakanlah ibu bapa, 6 bulan tiada cuti.
Bukan calang-calang kerja.
Anda mahu menjadi pelajar perubatan kerana mahu menolong orang? Tolonglah diri sendiri kerana anda yang amat memerlukan pelbagai pertolongan itu nanti.
“Maka, apa tujuan anda mahu menjadi doktor?”, soalan yang sama saya ulang sekali lagi.
Pelajar-pelajar itu termenung. Sesi soal jawab tiada soalan, kerana semua soalan adalah untuk ditanya kepada diri sendiri, dan diri sendirilah yang perlu menjawabnya.
PERSOALAN NILAI
Kuliah kali ini adalah tentang nilai. Apa nilai yang dibawa dalam sebuah pekerjaan? Dalam sebuah kehidupan.
Jika seorang isteri mengungkit di hadapan suami, bahawa kerja rumahnya, kerjanya ‘melayan suami’, tidak mungkin mampu dibalas walaupun dengan bayaran RM2000 sebulan, maka nilai apakah yang ada pada dirinya? Saya tidak bermaksud membela lelaki yang tidak tahu menghargai isterinya, tetapi dalam kes ini, si perempuan itu sudah menjatuhkan dirinya.
Hanya ‘bibik’ sahaja yang buat kerja rumah untuk duit. Maafkan saya, hanya pelacur sahaja yang meletakkan harga pada layanannya terhadap seorang lelaki.
Seorang ibu membuat kerja rumah kerana NILAI KASIH SAYANG. Seorang isteri juga melakukan apa yang ia lakukan atas NILAI KASIH SAYANG. Maka tanpa kasih sayang, perkahwinan adalah beban. Malah sumber kebencian.
Menentukan nilai, sebagai pendorong kita melakukan sesuatu adalah sangat penting. Nilai itu akan mencorakkan tingkah laku kita terhadap pekerjaan yang kita lakukan.
NILAI DUIT
Kalau pekerjaan diukur dengan nilai wang, maka kita akan berhadapan dengan banyak masalah, walaupun wang berjaya diperolehi.
Sekarang ni sudah menjadi satu trend kepada dua industri, kalau boleh saya katakan industri. Yang pertamanya adalah industri perubatan, dan yang keduanya, industri berkaitan petroleum. Trend yang saya maksudkan di sini, adalah perpisahan di antara seorang suami atau isteri dengan pasangannya, serta anak-anak, kerana prospek kerjaya dan desakan nilai wang itu tadi.
Sudah menjadi kebiasaan, pasangan yang sudah berumahtangga, berpisah sementara (bukan calang-calang sementara) demi melepaskan isteri yang bekerja sebagai jururawat di luar negara, khususnya di negara Teluk. Begitu juga dengan mereka yang terbabit dengan industri petroleum, bekerja di negara Teluk dan Afrika, menyahut saranan majikan untuk meningkatkan kerjaya dan pendapatan dengan berhijrah ke negara yang menagih kepakaran kita. Ia hebat, menggiurkan… tetapi output daripadanya merunsingkan saya.
Itu, belum lagi dikorek kisah suami di Johor, isteri di Pulau Pinang atau Kuala Lumpur.
Trend ini berlaku dan merebak di dalam masyarakat, dan saya ditakdirkan Allah bertemu dengan outputnya. Saya bertemu dengan anak-anak remaja, yang ayah mereka pulang ke Malaysia 4 kali setahun. Saya bertemu dengan kes, suami main kayu tiga ketika isteri meninggalkannya gersang setahun di tanah air. Saya juga bertemu dengan kes isteri yang mem’poligami’kan suaminya dengan bersuamikan orang lain semasa di perantauan. Dan kes-kes ini membiak dari semasa ke semasa. Tidak pernah menjadi tajuk berita.
Tentu sahaja, hasil kewangan dari kenaikan pangkat dengan bekerja jauh dari pasangan dan anak-anak, boleh mengubah nasib keluarga. Tetapi perubahan itu apakah ke arah positif atau negatif? Maka yang dikejar dalam sebuah rumah tangga dan perkahwinan, apakah boleh disandarkan pada nilai material?
jadidoktor2.jpg
NILAI – HARGA – KORBAN
Nilai berkadar terus dengan harga. Tinggi nilai, tinggilah harga. Tinggi harga, banyaklah korban dan pengorbanan yang diperlukan bagi mendapatkannya. Untuk bekerja dengan gaji RM10,000 sebulan, apakah harga yang perlu dibayar untuk nilai material RM10K itu? Kehancuran rumah tangga, kepincangan emosi dan identiti anak-anak, dosa… itulah harga yang mungkin perlu dibayar untuk nilai material yang dijadikan asas bekerja.
Anak-anak yang mewah dengan nilai material ini, gersang dan menderita pada nilai kasih sayang dan perhatian ibu bapanya. Sering saya ulang, ‘mereka adalah generasi yang kesunyian’.
Jangan terkejut, dengan hanya 3 hari perkenalan, seorang remaja boleh menjadi mangsa lelaki yang berniat jahat. Mengapa begitu mudah? Lelaki itu memberi sesuatu yang tiada diperolehi remaja tersebut di dalam keluarganya iaitu KASIH SAYANG dan PERHATIAN.
Malam ini saya mahu pelajar-pelajar yang hadir ke kuliah ini, melatih diri mereka dengan tabiat ‘Begin With the End in Mind‘. Lihatlah apa yang menanti di hujung perjalanan mereka sebagai seorang doktor perubatan.
TENTUKAN NILAI SEAWAL PERJALANAN
Maka, semenjak mereka di bangku pengajian, soal nilai yang ingin dibawa pada kerjaya di masa hadapan, mesti ditentukan.
Anda boleh mengambil sikap tidak mengendahkan hal ini, bekerjalah selagi mampu, kejarlah habuan material yang dikejar selama ini, tetapi anda perlu meneliti harga yang perlu dibayar. Perhatikan di mana korbannya? Harga dan korban itu mungkin rumah tangga, mungkin pesakit, dan yang paling besar, mungkin sistem itu sendiri.
Hati saya amat terhiris, mendengar kawan-kawan saya dan isteri, mengeluh tentang satu demi satu penceraian yang menimpa pasangan doktor. Sama ada kedua-dua suami dan isteri itu doktor, atau salah seorang daripada mereka.
PROVOKASI DEMI MASA DEPAN
Atas provokasi inilah, saya mengajak adik-adik di bangku pengajian perubatan, untuk menyemak hubung kait bidang ini dengan Tujuan Hidup mereka. Kenang kembali siapa mereka di alam ini? Kenal diri, dan kenallah Ilahi.
Kita sebagai hamba Allah, menjaga tali kita dengan Dia yang disembah. Yang diabdikan diri kepada-Nya. Ia hablun minaLlah.
Kita sebagai khalifah, menjaga tali kita dengan manusia ciptaan-Nya, kerana kita ditugaskan menjadi saluran kebaikan-Nya ke alam ini. Ia hablun minannaas.
Buat baik kepada sesama manusia, boleh dengan sedekah, boleh dengan memimpin tangan si buta di pinggir jalan. Namun sedekah hanya sekali sekala, orang buta bukan setiap hari kita jumpa. Jalan kebaikan yang paling utama, adalah pada menjadikan kerja sebagai ibadah. Memberi kebaikan kepada manusia, melalui pekerjaan yang dikurniakan Allah kepada kita.
jadidoktor3.jpg
JIKA KERJA JADI IBADAH
Jika kerja jadi ibadah, Allah adalah ‘CEO’ kita. The unsung hero beroleh quwwah, untuk terus membuat kebaikan, biar sekecil mana pun di mata insan.
Jika kerja jadi ibadah, ia jalan Taqarrub kepada Allah. Tidak tergamak menghambur dosa, kerja dibuat sebaik yang upaya.
Jika kerja jadi ibadah, biar sempit jalan KEPERLUAN, asalkan luas perjalanan mencapai TUJUAN.
Ubah paradigma, betulkan nilai pada kerja.
Teruskan cita-cita kalian menjadi doktor. Ia cara terbesar, kamu zahirkan syukur kepada-Nya.
Kita hamba-Nya, kita Khalifah-Nya.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
Ingin berkongsi usaha menggerakkan server Saifulislam.Com? Perkongsian anda kami dahulukan dengan ucapan jazakumulaahu khair al-jazaa'







© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2010)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu.

"Erti Hidup Pada Memberi"

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor