Sunday, April 7

Review : Majalah Aspirasi ke 35



Assalamualaikum,

Pertama sekali, wanblur bukan orang yang berhak untuk memberi "review" atau pandangan serta kritikan kepada majalah rasmi pelajar ukm iaitu Majalah Aspirasi (ma) UKM edisi ke 35. Para organisasi ma35 telah melakukan suatu kerja yang keras dan memakan masa untuk menghasilkan majalah untuk sesi lepas. Tahniah atas kerja-kerja yang telah dijalankan. Hasilnya juga sangat baik. (orang cakap nak kritik, kena puji dulu.. hahaha)


But,


Wanblur hanya ingin beberapa cadangan atau pandangan untuk "improve" majalah ini pada masa hadapan. Nak terima terimalah. Nak sentap, pergi main jauh-jauh.. haha.** just kidding. Dalam review ini, wanblur pecahkan kepada beberapa bahagian. Mohon dibaca.


1. Muka Depan majalah : First Impression


Pandangan pertama kepada majalah kali nie, wanblur ingat majalah pama (papa-mama) terbitan karang kraf. Semuanya disebabkan logo "ma" yang terletak diatas tue, dan model di muka hadapan yang seperti keibuan. Tambahan pulak, latar belakang ada logo terbitan karangkraf. Fuhh... wanblur memang tertarik dengan majalah pama nie. hee Anyway, "first impression" majalah kali nie lebih baik, cantik, tersusun dan seperti majalah ringan di pasaran. Topik utama dalam majalah di "highlight" dengan begitu cantik. Its really good job. Mungkin lepas nie, ada model lelaki pulak... heee. teruskan dengan gaya ilustrasi macam nie. sangat profesional wa cakap lu.



2. Booth Posing : Jealousy


Sebenarnya wanblur tak tahu nak panggil segmen nie apa. Dah terlupa nama dia. So, wanblur gelarkan sebagai "Booth Posing". Bagi wanblur, road tour organisasi majalah ke kolej-kolej untuk posing2 begini sangat baik. DIsamping mempromosi majalah ukm ke semua kolej, pelajar pun boleh bergambar kenangan macam nie. Sangat famous okey posing macam nie... Tapi yang sedihnya, booth tak dibuka di Kolej Tun Dr Ismail. sedih pedih. Mungkinkah pihak organisasi terlupa satu lagi kolej yang berada jauh di cheras... Harap tahun nie ada la. Dah nak tahun akhir. Ley posing2 free macam nie untuk kenangan. haha...   *sorry, wanblur gila glamour.



Tokoh Almuni : Respect

Segmen tokoh-tokoh sebegini sangat berguna. Bagi wanblur, berbanding dengan majalah-majalah sebelum ini. Ruang sebegini tidak ada atau kurang. Penglibatan alumni atau bekas pelajar di dunia selepas universiti, sedikit sebanyak dapat mendorong  dan memotivasikan diri untuk mengecapi kejayaan seperti mereka. Kaedah penulisan penulis-penulis untuk ruangan ini sangat menarik. Macam baca majalah karang kraf di pasaran. Santai tapi tak bosan.  Wanblur tertunggu-tunggu tokoh alumni yang mana pulak selepas ini. Good Job.


Ruang Baca Santai : Banyok 
 
 Bagi wanblur, beberapa ruangan tentang isu-isu semasa seperti kerja-kerja PMUKM, isu perkahwinan awal, isu home sick, maggi segera dan beberapa lagi adalah baik. Setiap ruangan itu diolah dengan baik. Tetapi, disebabkan wanblur tak suka gambar yg serabut. Wanblur skip-skip untuk membaca beberapa ruangan. Sorry la ye.. lebih suka yang simple dan kurang gambar yg sebesar ikan kaloi... Pendapat individu sahaja. Mungkin lepas nie perlu dibanyakkan kupasan isu yg menarik tetapi gambar yg bersaiz kecik sikit. haha


Aktiviti Kolej Kediaman : Jeles kuasa dua


Ruangan aktiviti kolej ini seperti dalam terbitan sebelum ini. Kita dapat lihat pelbagai aktiviti yang dijalan di kolej yang lain. Wanblur di cheras agak terasing dengan kolej2 di bangi. Jadi, dapat la tengok apa lah yang diorang buat kat sana... tengok macam best je duduk dekat induk. Tetapi, dimana ktdi? Mungkin kerana kolej tun dr ismail dikawal ketat oleh pengawal keselamatan di ppukm. Jadi, kedatangan pihak luar agak terhad. Orang amerika cakap, "restricted area". hurmm.. apa-apa pun, yang lain ok. Mungkin lepas nie perlu photographer profesional? ahakz. demand gila!! haha



Resipi : Nasi Tomato

Wanblur harapa lepas nie ley letak resepi nasi tomato. Wanblur lapar nasik tomato. sekian. 



Anyway,
majalah aspirasi 35 adalah lebih baik daripada majalah-majalah sebelumnya. beberapa perubahan, peningkatan daripada segi kualiti perlu dipertingkat dari semasa ke semasa. Kerja keras semua yang terlibat (editor, penulis, wartawan, juru gambar, pembaca) sangat-sangat bernilai. Semoga majalah aspirasi pada masa akan datang lebih bernyawa dan "santai" untuk dibaca.


p/s : Good Job



No comments: