Saturday, April 6

#GE13 : Mana Ke mana





Assalamualaikum,


Tanggal 3 April 2013, Perdana Menteri Malaysia ke enam iaitu Yb Najib Abd Razak telah mengumumkan pembubaran parlimen setelah mendapat pekenan Yang Dipertua Agong Malaysia. Pembubaran parlimen untuk kali nie, merupakan pembubaran yang pertama bagi wanblur. Kenapa? Kali pertama parlimen dibubarkan semasa umur wanblur cukup 21 tahun. Alhamdulillah, merasai suasana pembubaran parlimen. Entah masih bernyawa lagi ke tidak untuk menyaksikan pembubaran parlimen pada masa hadapan...


Sekadar Kata : Penggal 2008 - 2013.

Tahun 2008 hingga 2013 merupakan tahun-tahun yang sangat mencabar. Dunia informasi, jaringan tanpa sempadan dan berita begitu berada di hujung jari sahaja. Sungguh mencabar. Kalau dulu, sesuatu berita itu bergantung kepada apa yang ada dalam berita arus perdana. Tapi, peredaran masa memaksa wanblur melihat dengan lebih luas. Daripada Utusan, Sinar Harian, Harakah, MalaysiaKini, MyNewshub, Metro, Kosmo, AlJazeera, NewstraitsTimes, The Star, the Malay Mail, Suara Keadilan dan banyak lagi portal isu semasa. Semuanya mudah dicapai. **andai coverage wifi anda kuat*


Dalam lima tahun nie, macam-macam perkara yang berlaku dalam negara khususnya. Daripada peralihan pimpinan Yb Abdullah Ahmad Badawi (pak Lah) ke Yb Najib Abdul Razak, kes pembunuhan attantuya, kes SPRM, kes PKZ, kes 5 Negeri dikuasai Pakatan Rakyat, kes Fidlot, kes mesyuarat ADUN di bawah pokok, Perak tukar Menteri Besar, demonstrasi jalanan, kebangkitan mahasiswa (solidariti mahasiswa), pengubalan AUKU, Pemansuhan akta ISA, pencerobohan Sulu di Lahad Datu, penyertaan artis-artis ke alam politik, 1M4U, serta program-program dibawah 1Malaysia. Sungguh banyak... Seriesly, tempoh lima tahun yang sungguh mencabar. Rakyat merasai setiapnya, apatah lagi yg diatas.


Program 1 Malaysia

Bagi wanblur, program dibawah 1Malaysia sangat kreatif. Walaupun terdapat beberapa suara-suara yang tak suka dan "condem" aktiviti-aktiviti nie, beberapa aktiviti yg dijalankan sangat bagus. Antara ialah bauncer Buku, Bantuan rm500, kad Diskaun (erk...), BRIM dan beberapa lain. Inisiatif untuk menyeragamkan segenap lapisan rakyat.


Tapi,
Hanya perancangan dari Allah itu yang sempurna dan adil. Setiap yang manusia rancang, tidak semestinya menjadi dan menyenangkan semua orang. trust me. Disini, peranan pihak pembangkang dalam kabinet adalah penting. Memberi pandangan membina untuk yang kurang. Menambah baik sesuatu yang tidak sempurna. Kalau asyik membangkang tanpa sebarang tujuan. Bantulah malaysia untuk berkembang. Lima Tahun anda menjadi wakil rakyat (adun, Dewan Rakyat) itu pasti. Untuk PRU yg hadapan, belum tentu anda terpilih. Baik yg membangkang, baik yg kerajaan. ye dak?

Sesuatu perlu diubah. Mentaliti.

Apa-apa pun yang berlaku selama lima tahun nie. Dah menjadi lipatan sejarah. Harapan aku untuk malaysia pada masa hadapan ialah :
  • menteri kabinet di isi oleh wakil rakyat yang menang sahaja. Tak kisah pro-atau-tak.
  • pengagihan kekayaan malaysia yg sama rata untuk semua negeri tanpa pilih kasih sayang
  • pembangunan infastruktur asas seperti jalan, highway, air, dan lain2 semakin teratur dan dibangunkan tanpa pilih sayang. 
  • Tiada lagi pengumuman bajet tambahan, bonus itu, ini dan itu di majlis-majlis kenduri tanpa melalui dewan rakyat terlebih dahulu. 
  • Media Massa yang lebih terbuka untuk parti itu dan parti ini. Bukankah wartawan itu akan ditanya apa yang dibicarakanya di akhirat kelak?
  • Lebih banyak inisiatif utk membantu rakyat (1 Malaysia mungkin perlu ditambah baik. suggestions? urghh.. )
  • Jangan bergaduh macam budak sekolah darjah 3 semasa di parlimen. Berdebat lah seperti Pertandingan Debat
  • Jujur
  • Jangan sebar rasuah, fitnah dan aib MP yg lain. 
  • Kekayaan malaysia semakin meningkat, taraf hidup rakyat semakin tinggi
  • Semoga hutang negara semakin kurang
  • sistem pendidikan yang membangun.
  • sistem kesihatan yg membangun untuk keseluruh negeri (bukan bandar besar je)
  • kebajikan oku dan orang kelainan upaya tidak diabaikan. 

hurm. Macam susah je kan. ntah la.

Semoga PRU13 kali ini menjadi sessuatu yang bermakna. Andai kerajaan sedia ada meneruskan tampak pemerintahan, semoga mereka menambah baik program2 dibawah mereka dan pembangunan masyarakat kearah yg lebih baik. Andai opposition yang mengambil alih, semoga mereka dapat mencorak malaysia yg kearah yang lebih baik. Semuanya ke arah yg LEBIH BAIK...



Undi Apa? Undilah calon yang mampu membawa dirinya, dan masyarakat ke arah yang lebih baik. DIsisi umno ada yang tidak tulus, disisi PR juga ada yang tidak tulus. Biar masyarakat menilai. Bukankah masyarakat itu stakeholders untuk MALAYSIA.



"Every single vote counts. I hope each and everyone who is a registered voter would exercise your duty to this country. It does not matter who you vote BUT make sure you vote and please vote wisely. It is for the future of this country"
(http://pagalavan.com/)

"Kita ada quran,kita ada hadith...mengapa keadaan menjadi berpecah belah sekarang ni...sepatutnya umat Islam tak berpecah..mcm zaman rasulullah saw,bergabung utk memberi kekuatan kpd Islam sehingga dapat membuka kota mekah" (abg Zaidi 6April2013)


p/s: Semoga GE13 Malaysia berjalan dengan lancar dan Malaysia semakin membangun ke arah yg lebih baik... amin.


** Pendapat picisan. Sorry. **





p/s: ALhamdulillah untuk segala pembangunan Malaysia yg telah dilakukan selama ini.


Tak payah bergaduh hang undi sapa, dia undi sapa. Undi adalah rahsia. Kita mana tahu, Ahli UMNO undi Pas, or ahli PAS undi UMNO. So, relax sudah. Rumah wanblur ada pelbagai ahli politik, ada yg umno, ada yg pas, ada pkr, ada mic dan ada yg ... errrr.. atas pagar. Kami hidup bersatu padu. Makan masak sama-sama. Cuma bila nak basuh pinggan. Tu yang susah terutamanya wanblur. hahaa



k bye





2 comments:

Farah Waheda Wahid said...

he he he...demam pilihanraya bakal bermula...jadi pilihlah dengan sewajarnya...

btw, nak jemput join...

http://furrasbubblynotes.blogspot.com/2013/04/bubbly-associates-giveaway_6.html

Unknown said...

apa pun yg kita undi itu hak kita kan...yg penting kita kena jalankan tanggungjawab kita...dan jangan menfitnah sana sini...jangan kerana perbezaan ideologi hubungan persaudaraan pun boleh putus...

# sy setuju dengan entry anda...