Saturday, February 23

Ubat Exam



Assalamualaikum


Jarak selama empat hari dari satu payper ke paper exam yang terakhir ini amat-AMAT meloyakan.Tak tahu nak meroyan kat mana. Mood study bersungguh-sungguh semasa tiga paper exam yang back-to-back terus hilang. Oh indahnya. mood terasa macam baru habis SPM. Paper terakhir wanblur (OSCE TRIAD) hari Isnin yg akan datang. aishh.. risau tapi mood belajar.. aishh.. kelaut kot.


Setiap habis payper (on that day), semua berpusu-pusu menuju kafe makyong tercinta. Ada yg jalan slow, ada yang jalan laju. Hah, macam wanblur. Masa makan tak boleh dibuang sebegitu sahaja. Nak discuss soalan exam yg tadi tue, time makan.Bukan time jalan catwalk. Kalau bontot 32-34 ok le. yg ada, Hazab sangat. heee gurau je.


Bila member-member bincang soalan dan jawapan diorang. wanblur duk diam je la. Ada le sesekali menyampuk. Terasa macam belum layak untuk memberi komen. Saje makan lambat-lambat sebab nak stalk apa jawapan yg diorang pilih. Fuhh.. exam kali nie memang mengancam. Macam Britney Spear. Mengancam tapi unlimited hahaaa.. (tak pasal-pasal)


Ubat yg mujarab selepas exam. Penat sekodeng dari blog ke blog. Akhirnya, malam jumaat yang lepas. Dapat juga ubatnya. Harap dapat mengubat hati yg resah dan gelisah.


al-Quran sebagai ubatnya


“Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dalam al-Quran ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) al-Quran tidak menambahkan orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. 
(Surah al-Israk, ayat 82)


"Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan oleh apa yang kamu lakukan (perbuatan salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian daripada dosa kamu." 
 (Surah Asy-Syura: ayat 30).


Membaca al-Quran di antara cara merapatkan diri dengan Allah. Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. Allah berfirman


"Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia"
(Surah ar-Ra’du ayat 28)



oklah. Sambung ke entri selepas ini. (lepas exam!)

Shazwan Azizan
176cm


2 comments:

Farah Waheda Wahid said...

mengancam ek paper tu? takper...yang penting dah usaha dan jangan putus doa serta tawakal...

Mia Liana said...

take care dear... harus jaga kesihatan juga. tidur perlu cukup..