Friday, April 13

Random : Weight Gain



Banner blog terbaru. Ok tak?


Assalamualaikum,

Dah berapa lama, wanblur tak tulis. Sejak kebelakangan ini, blog asyik ter'update dengan benda-benda yang tak ada kaitan dengan diri wanblur. Contest, Segmen, Giveaway, Review, dan Quote dah mula mengisi hampir sebahagian besar blog sejak tahun 2012 mula. Tanda nak jadi malas nie. adeih..


Weigh Gain.

Sejak habis SPM tahun 2007, semuanya berubah. Mula bekerja di kafeteria Hospital Sultanah Bahiyah selepas 3 hari habis SPM, badan wanblur macam dipam-pam.


SKop kerja : Dari sekadar budak ceduk nasi, masa customer tak ramai jadi tukang mop lantai kafe, dan budak lap/ kutip pinggan atas meja, naik pangkat ke cashier, kemudian diberi tugas jadi tukang masak nasik yang sehari dekat 26-27 periuk nasi yg besar kena masak, sometime jadi budak basuh pinggan dan akhirnya menjadi runner untuk melakukan semua kerja(ceduk nasik, cashier, masak nasik, kutip pinggan, basuh pinggan, cleaner) bila time busy. Time tak busy, kerjanya makan dan gelak. Gaji? Cukup kalau nak makan besar. Cuma tak ada duit pencen jer. ahakk

Pagi masuk kerja pukul 6pg. pukul 9pg dah sarapan dengan nasi. Makan tengahari pukul dalam pukul 3ptg macam tue, selepas lucnh break staff-staff hospital habis. Pukul 8mlm, makan malam pulak. Kemas-kemas kafe, bawak balik makanan ke rumah. Saki baki lauk. Dalam 12mlm, baru makan semua lauk2 yg dibawa balik. Terus tido. Next day, the same routines repeated for 6 days in a week for 5months. (wanblur kerja ketiga-tiga shifft , pg->ptg->malam, sebab nak duit banyok).


Masa dekat uitm, kejap kurus-kejap besar. Ikut mood. Maklumlah time asasi, berapa ringgit ja biasiswa yang dapat. Makan pun, kebanyakannya adalah maggi. Maggi kari, maggi pedas berapi, maggi tomyam, maggi ayam. aish..


From Kurus si komander, hingga sekarang si gemuk hijau.


Masuk ukm, nak weight gain. Ambik weight gainer. Protein. Memang berkesan tp overload plak. sejak makan weight gainer (walaupun just 1 tong cat), berat dah masuk angka 80++. Sekarang, walaupun dah lama tak makan, berat badan macam belon.


Macamana wanblur perasan berat badan naik? Mula-mula rasa macam pipi kembang semangkuk, kemudian perut naik, lemak pun suka-suki bergayut dengan bahagian tepi abs, paha? ofkosss.  Tengok la dalam gambar tue, yg hijau.


Gambar botak sebulan kebelakangan nie, then bila balik baru-baru nie, dah berubah jadi gemuk hijau.


entri luahan perasaan. Nak kasi padan muka sendiri. Makan tak jaga. Bajet sokmo. urghhh


p/s:
Badan aku nie. Kejap naik, kejap turun. Sekali naik 2-3kg, nak turun 1kg pun susah.


next week ada exam short case untuk O&G. Lepas tue, minggu seterusnya ada final exam untuk papr O&G, teori dan osce. Doakan kejayaan wanblur.


Terima kasih.


2 comments:

Dhiya Fariza said...

ge gem gemo gemok eh

anys nadhilah said...

saya doakan semoga berjaya , gud luck ! heehe