Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris atau PPSMI. Untuk pengetahuan korunk, wanblur merupakan batch pertama yang menggunakan bahasa English as languange for science and maths. Budak-budak yang lahir 1990 merupakan kumpulan pelajar yang pertama. **oppss.. kantoi plak umur tua wanblur , erk erk**
Berdasarkan pengalaman wanblur, kalau diimbas balik ke tahun 2003 ke 2005, semasa wanblur sekolah tingkatan 1 hingga 3, Pengajaran Science dan maths nie, ada pro dan cons dia. Nak tahu tak apa?
APA yang BEST sangat PPSMI nie?
- Buku teks bahasa Inggeris. BAru. bau kedai lagi. Tak macam buku bahasa melayu yang sudah koyak rabak, penuh dengan lukisan-lukisan air liur senior-senior.
- Pengajaran Science kebanyakkan nyer disertakan dengan animasi dan bahan tambahan. Guna LCD, projektor. Jadi, pengajaran menjadi menarik dan fun. *teringat animasi semasa tajuk fertilization, malu-malu cikgu perempuan wanblur.. hehe, kenapa? paham2 la yer.. *
- Bagi maths pulak. tak banyak masalah sangat la. Ayat simple. Tak pusing-pusing macam English 1119. Jadi, tiada isu tak paham. Tambahan, ada translate kan.
- Meningkatkan komunikasi dan kepandaian dalam bahasa Inggeris. Alternative la..
APa yang TAK BEST sangat pasai PPSMI nie?
- Guru-guru yang ditugaskan mengajar science dan maths nie, memang cikgu yang berpengalaman, cuma bila guna Bahasa ENglish, modul baru dan SIstem pengajaran yang baru, Nampak kecelaan disitu. Mungkin pelaksanaan yang tergesa-gesa. mungkin..mungkin..
- Bila dapat kertas exam, paper yg digunakan bertibun-timbun sebab, soalan bahasa inggeris bersama translate BMnyer lagi. Bila baca Soalan Inggeris then tgk2 bahasa melayu pulak, terus rasa pening. Soalan ditranslate menggunakan GOOGLE TRANSLATOR erk? tak tahu..
- KEsian kat kawan-kawan yang tak reti bahasa inggeris, nak study science payah la, tak paham perkatanaan macam na nak study science. Kalau maths ok la.. Last-last give up. ciannyer diorang
- Subjek English tidak membantu Science dan Maths nie. ATleast, dalam Modul Bahasa INggeris ada la relation-relation sikit kan..
- Modul PPSMI ini bagus tapi bila ia telah dimansuhkan. Adalah tidak wajar untuk memasukkannyer semula dalam sistem pembelajaran. Dulu, nak mansuh main suka-suka hati jer. Macam mak bapak diorang punya kerajaan. Tapi, skunk tibe-tibe nak masukkan semula. JPelik-pelik. Parti kerajaan dan pembangkang perlu serius dan neutral untuk perkara2 berkaitan dengan pengajian dan didikan untuk anak bangsa. Macamna nak maju kalau pelajaran pun dipolitikkan. ye tak?
- Sesuatu perkara yang berlaku perlu mengambil kira peluang, faedah, keburukan, kelemahan dan apa-apa yg berkaitan yang meliputi dari wakil-wakil Rakyat, NGO, Badan2 bahasa, guru-gur serta jangan lupa pelajar-pelajar jugak. Pelajar skunk dah semakin matang. Matang awal dr usia. Kan kan..
Cadangan wanblur:
- Setelah PPSMI ini dimansuhkan, mungkin pihak kerajaan (yang terbina daripada wakil rakyat pelbagai parti), meningkatkan effectiveness dan kualiti pengajian Bahasa Inggeris. Tingkatkan kualiti buku teks Inggeris. Sediakan guru-guru, samada terlatih atau smabilan dengan kursus-kursus yang updated dan berkualiti. Baru la, usaha untuk mendidikan adik-adik sekolah wanblur nie paham bahasa Inggeris.
- Tingkatkan kualiti Minggu atau Bulan Bahasa Inggeris. Bukan sekadar sambutan Hari atau Minggu atau Bulan Bahasa Inggeris saja, tapi cakap dalam kawasan sekolah bahasa melayu. nahi nahi. Salah tue.. Kecekapan bahasa inggeris adalah dengan bercakap. Betol tak? Bulan Bahasa Inggeris, tapi kat kantin, "Makcik, nasi lemak satu" adeih
- Guru-guru perlu diberi pendedahan yang baik. agar mereka tidak kekwak dan kekok menggunakan bahasa Inggeris
Andai PPSMI diwujudkan nanti, wanblur harap:
- Membuat kajian sedalam-dalamnyer sebelum gubal modul pengajian. fikir dahulu sebelum bertindak
- memberi pendedahan kepada guru-guru yang secukupnya terhadap modul PPSMI. Kursus berkualiti. Guru berkualiti
- Jangan, tahun nie nak buat PPSMI, tahun depan terus laksana. Jangan jangan. Politik, politik jugak. Tapi, kesian jugak guru-gru tidak bersedia, dan pelajar kejutan budaya. Bahaya bahaya
- mempelbagaikan animasi dan bahan tambahan. Menarik dan memahamkan.. yes yes.. hehe
- Buku teks bermutu tinggi.. (bau kedai lagik)
- Kandungan PPSMI sesuai dgn semua pelajar. Jangn kira pelajar yang kaya dan duk bandar jer. Diorang memang la teror BI, yang dok kampung, miskin, tergagap-gagap jugak nie dalam PPSMI nie. Jangan biarkan benda nie terjadi sekali lagi
- Mantapkkan BI serta PPSMI. BAru segandingan. mantop!!
- Jangan hangat-hangat tahi ayam jer, tahun nie buat, lepas 3 tahun terus nak mansuh. adeih, hasilnyer belum nampak, belum muncul.. Kalau nak mansuh sekali lagi pun, sila tengok hasilnya dulu. Effective ke tak PPSMI nie. kat guru-guru pelajar yang dapat PPSMI. Nie tak, dapat desakan terus nk mansuh. adeih adeih..
Okelha, kalau tak suka, wanblur mintak maap. Ini hanya luahan wanblur. okeyh? komen anda dialu-alukan..
p/s : I love PPSMI but dislike kaedah tergesa-gesa dan politkk dalam pengajian
MInyak politk, bahan masakan politk, tambang pengangkutan politik, akhbar politk, blog politik, gaji politik, tak kan nak pengajian dan didikan anak watan pun dipolitikkan? kata malaysia maju 2020..
Mari jayakan WAWASAN 2020
Masyarakat berjaya, berkerjaya, bermaruah dan berperibadi mulia
peace no war
@@ jom study GIT nak?
LET'S SAY NO TO POLITIC INVOLVEMENT IN MALAYSIA'S PRIMIER EDUCATION.
5 comments:
wan,
sokong, kalau dah semasaknya mansuh ppsmi, takkan semasaknya semudah nak masukkan balik..
tak logik, dorang buat aci selam ni ada kepentingan apo..
tambah tang budak bandar budak tak bandar, level bahasa inggeris tak sama..
yang merasa bukan yang buat akta, yang merasa anak bangsa tang terkapai-kapai tentu masa berjaya ke dakk..
tahun 1990 memang speselll sikit...
haha, aku beremosi malam ni :D
wow.. Emosi CIkya memang nampak.. :) huhu sabar cik ya
sy pon tergolong dalam batch pertama yg guna BI dlm science & math. rasanya tak ada masalah pon.mula-mula mmg susah. Tp lama2 ok la. sebab mostly yg amik aliran sains kena belajar dlm BI gak bila dah masuk mattrik @ IPT. Bersyukur sbb sempat jd bahan ujikaji PPSMI. at least x la terkontang kanting nak adapt kat IPT. hehehe
oh............tak paham....
ngeh3 :)
aku pn suka ppsmi ni.At least english level dh naik.before ni nk speaking punya lah susahh.tapi kalau sekejap introduce kan ppsmi lepastue mansuh balik,baik takyah kann.Buang duet pun ada gak,nk kne ganti buku teks baru lah..
Post a Comment