salam kepada semua,
Hari nie, selepas aku bangun jer daripada tidur sebelah petang. macam biasa la, bangun tisur tanpa gosok gigi terlebih dahulu, terus jer buka blog nie. jalan jalan ke blog kawan-kawan. then, sambil tunggu uploading blog mereka, aku on la aku punya Facebook. hah!!!! exSKL 02 group.. hurm, sedihnya bila terkenangkan semula.
SKL atau singkatannya ialah Sekolah Kebangsaan Langgar terletak di daerah Kota Star (Bandaraya Alor Star) yang mempunyai kapasiti pelajar yang agak padat berikutan terdapat banyak mukim dan kampun2 disekelilingya.
untuk makluman kawan-kawan,
aku bersekolah di SKLanggar nie pada umur 11 TAhun selepas aku berpindah rumah dari Alor Merah ke Langgar, (Taman Teratai). aku belajar disana hampir 2 tahun, Tahun 5 dan Tahun 6. banyak sangat2 kenangan dan kenangan yang sangat2 menarik.
seingat aku, hari pertama aku dimasukkan ke sekolah tue, aku masuk 5 Melor. masa tue, aku malu-malu,,, shy shy.. aku nie jenis yang pemalu tau dulu.. tapi itu dulu. kalau nak dibandingkan dengan hari ini. banyak yang sudah berubah. Kelas pertama yang aku masuk pada hari Pertama aku mendaftar ialah Kelas Bahasa Inggeris, yang diajar oleh Cikgu Khairunisa. hari pertama aku sudah kena jawab soalan. i means kena baca paragraph la. kalau korunk nak tahu, aku dulu masa kecik-kecik aku nie gagap. cakap tak terus. tersekat-sekat (amat memahami bdk2 or org yg gagap).. terasa humble sangat-sangat.
Orang pertama yang aku jumpa dan menjadi kawan aku. nama dia Hilwani kalau tak salah aku. kenapa perempuan? sebab budak nie duduk dihadapan aku. dia tegur aku. freindly sangat-sangat. sesuatu yang bagus untuk memecah ice dianatar aku dan sekolah baru aku tue. tetapi, selepas 1 tahun aku berkawan baik dengan dier, lepas tue bila aku naik kelas ke 6mawar. aku lost dier. dier kawan yang baik paling aku pernah dapat. thanks sangat2. mungkin dulu aku terlalu ambik ringan dengan orang sekeliling aku. so, terlalu senang nak lupa. tapi, bila dah dewasa macam nie, teringat semula. kalau Hilwani nie jumpa or terbaca blog nie, sila la contact aku yer.. hurm.. sigh..
apa yang aku ingat, sepanjnag 2 tahun aku disitu, banyak program yang diorang lakukan. selalunya program perkhemahan la. aku PBSM dulu. setiap hari khamis or rabu mesti ada kelas koko. malas nyer nak pergi tapi ntah la, bagi aku. malas-mlas pun aku ken pergi jugak. sebab nak join khemah. haha sengal otak aku nie. hampir semua perkhemahan disana aku masuk dan sertai. yang aku ingat, ada satu perkhemahan itu, aku dipilih sebagai Best candidate. hehehe terharu aku mendapatnya, sobsob. ada banyak lagi kenangan. pernah satu kem tue, kena jalan tutup mata. seingat aku kem tue dikelola oleh unit apa ntah. macam rela tak rela. macam tudm pun tak. yang aku ingat kem diorang paling best. diorang punya baju korporat warna biru.. kem tue, kena jalan2 dlm lumpur, teka makanan. makanan itu bukan makanan yer tuan-tuan, diorang bagi rempah lae. mcm2.. kena teka.. kalau imbas balik, pelik jugak la. test rasa sampai 2 3 kali. hahaha sengal aku nie
time aku kelas 5 Melor,
aku tak berapa nak ingat sangat2. biasa la freshie.. kejutan budaya. budak2 nie memang best.
time kelas 6 Mawar
kelas nie budak2 matang ramai sangat2.. haha. diorang nie kalau korunk nak tahu, bukan diorang jer, aku pun sama. selalu main2. yang paling aku ingat, ada satu ketika tue, budak2 lelaki nie pusing-pusing ubat stapler. baru jadi macam dawai berduri. then, letak kat kerusi pompuan. hahaha. memang agak sakit la kalau kena. tetapi, last last rasa macam useless pulak buat mcm tue. kan kan. budak2.. hurm, klat kelas tue or i means dekat sekolah tue, memang dapat differentiate.. perempuan lebih matang awal dr budak2 lelaki nie. tak tahu kenapa. (sebenarnya dah tahu.. buat2 tak tahu). diorang memang study gila gila punya. x main2 macam budak2 laki nie.. hurm.. tetapi, atlast, beberapa bminggu sebelum UPSR, smeuanya dah berubah. semua kelas dah terasa bahang nya. sekolah nie bukannya sekolah elit elit mcm sk damansara ker.. taman rakyat ker. ini sekolah macam Juice Mix. semua ada.. ada yang teror. ada yang sederhana. ada yang x berapa nak survive (tetapi diorang survive dlm saluran yg lain) semuanya ada. banyak sangat2 kenangan. hurm.. rindu la kat korunk
selepas UPSR,
semakin ramai kawan kawan yang lose contact. dulu mana ada hanset hp nie. blueberry pun tak wujud lagi. nokia 3310 paling laris. so, aku nie budak budak yang kaya. sederhana. makan sehari rm2 jer. mak aku bukan x ley bagi lebih, tetapi macam nak ajar berjimat laer.. dulu g sekolah sehari rm2. pagi till petang. so, mana ada nak beli kat kedai tue,, apa.. yang tikam-tikam.. akalau tikam, mane tahu dapat kereta mainan ker.. tapi, banyak kosong jer.. hurm, ramai kawan2 aku lepas upsr dah berhijrah ke sekolah lain. sekolah bagus-bagus.. tahniah la korunk yerk.. ada juga yang terpaksa ke sekolah tue.. (korunk paham2 la.. x ley sebut) dan aku?? ayah aku puas kesana kemari utuk memasukkan aku ke sekolah syed omar. akhirnya, thanks ayah.. aku berjaya masuk SMK DSO. just normal school but its very top among the others.
sekarang bila join group tue,
dapat tengok la, ramai dah berjaya. ramai yang sudah berubah. ada yang dah jadik semakin hensem,.. semakin lawa.. berkerjaya sudah.. ada yang dah habis belajar.. kerja.. ada yang dah diBOOKed untuk berkahwin,, macam-macam laer.. tetapi, macamana yang lain erk?? rindu la semua orang. rasa nak jerit jer.. "woi korunk, bila nak jumpa.. nak jumpa semua.. rindu lol"
hurm..
smoga exSKL 02 berjaya dan sentiasa dilimpahi kurniaanNya. dan persahabatan yang terjalin kukuh dan padu dibawah Panji-panjiNya.
shazwan _ wanblur_akuwanblur90
4 comments:
amin...
hahaha....like like...
tringat zaman hingusan dlu..
adesss...
:))
teirngat time first time dtg kad happy bufday dari seseorang. kenangan itu indah indah kan..
:)
haha..aku la yg wat group tu.haha
nice..miss u all lah :)
Post a Comment