Wednesday, April 10

Cleaner itu


Assalamualaikum,


Kalau sesiapa yang tinggal dekat kuala lumpur hari nie,mesti tahu petang tadi hujan yang sangat-sangat lebat. Allahurabbi... Disaat manusia panas dengan bahang cuaca panas terik, Dia turunkan sekejap hujan untuk manusia menilai. Berharganya setiap nikmat yang dikurniakan..


Petang tadi, seperti biasa, manusia berpusu-pusu berlari untuk masuk ke lrt. Terutamanya lrt Hang Tuah dan waktu habis kerja. Satu cobaan kepada kesabaran dan mata. Ramai jugak yang basah kuyup baju kena hujan. Sama lah dengan wanblur. Satu geng. Geng yang tak suka bawak payung. Kalau hujan, main redah je. Jiwa kental. haa...


Tiba-tiba ternampak seorang makcik cleaner, memegang payung, basah kuyup. Dekat sebelah dia, si anak kecik, perempuan kot sebab pakai tudung, Kering di bawah lindungan ibunya. Tertiba menjadi touching dan syahdu... pengorbanan seorang ibu, yang mungkin tidak dingerti oleh anak kecik. Yang 90% mungkin tidak dapat diingati oleh si anak pabila usia menginjak di hari muka.


Hurm... Perkara yang kecil, Makcik cleaner tue. Keikhlasannya. sobsob ~~


Terkenang saat muda-mudi dulu dengan mak & ayah. More rapat dgn mak semasa kecik sebab ayah garang. Tapi, bila dah besor dengan berat 98kg nie, dah balance mak ayah.. hahaha... Seingat wanblur:
  • Mak akan sign buku rekod profil kalau ayah tak nak sign sebab ada gred merah (gagal)
  • Mak akan pergi ambik buku rekod setiap kali perjumpaan dgn cikgu, kalau ayah sibuk
  • Mak akan buat air milo setiap pagi. Tak pernah miss
  • Mak akan masak nasi goreng tiap-tiap pagi untuk pastikan makan sebelum p sekolah.
  • Mak akan marah kalau tak basuh kasut bila hari jumaat (kedah cuti). Kalau hari sabtu tak kering lagi, mak akan letak dekat tepi peti sejuk untuk keringkan. 
  • Mak akan iron baju sekolah setiap hari sampai wanblur umur 15 tahun. 
  • Mak akan bagi duit sekolah.. heeee
  • Mak akan cari stoking setiap malam sebelum pergi sekolah esoknya
  • mak akan suruh hafal sifir matematik 1-12 setiap malam masa sekolah rendah
  • mak akan defend kalau wanblur kena rembat dengan ayah. Or, wanblur lari kat umah tok wan jea... depan umah
  • mak akan buka kunci bilik kalau kena kurung dengan ayah.
  • mak akan masak ayam kicap tiap kali balik
  • mak akan masak ikan bilis sambal, udang goreng, sardin, telor separuh masak dan ikan temenung (kembung). Favourite wanblur. haha
  • mak akan ingatkan beli maggi untuk stok bila balik dari univerisiti masa cuti

Ada banyak lagi yang mak buat. Sedikit dan sedikit. Ayah pun sama (tapi entri kali nie, fokus kat mak. Entri ayah pada masa lain) ...



Apakah balasan kita kepada mak kita?

Mampukah kita menjaga mereka walaupun sekadar 10% daripada total pengorbanan mereka sejak kita lahir? sigh... terkedu sendirian.


Semoga Allah memelihara setiap ibu-ibu di dunia ini, terutamanya Che Atikoh Binti Zainol (mak wanblur). Semoga setiap pengorbanan dan curahan kasih dari kecil hingga besar, diberi ganjaran di syurga yang abadi. Moga mereka sentiada tenang melayan karenah anak2 masakini. amin


erk.
melalut ke laut pulak kan...

takpe la. nak continue study

bubye



p/s : Aritu ada cerita tentang pengalaman conduct orang bersalin, mak cakap"baru tahu sakit ke tak orang beranak!! ". erk... sentap kuasa 34juta!!


MY LOVELY FAMILY


No comments: