Assalamualaikum
first of all, tamat sudah posting Paeds selama tiga minggu di Institut Paediatrik Hospital Kuala Lumpur (IPHKL) dan Wad Paediatrik Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Upacara "tahlil" menyelubungi hari terakhir berposting. Short case yang macam haram jadah. I'm making new badut in future. Creating blur-and-messy medical doctor in future. Ya Allah, please forgive me for my mistakes. You already give me all i wishes, in return, i don't. O Allah.
Untuk exam short case yg lepas, wanblur candidate no 13, untuk station 2. Dapat case Developmental Assessment for a child (9months old) dan Respiratory Examination (bronchopneumonia / bronhiolitis). Overall, both baby menangis. Damn. Tak pasal-pasal menangis. Nasib badan. Sigh. So, kena cover teori dan written osce. Kalau tak, ke laut menangkap ikan lah aku lepas nie. sigh...
Semalam, ada seorang doctor dekat bilik cems, Emergency Department, PPUKM tanya wanblur,"what you want in future?". Terkesima dan terkedu-kedu nak menjawab. Pertanyaan itu dibalas dengan senyum mengoda khas dari wanblur. (bluerghhh**). Terfikir-fikir jugak, apa yg wanblur nak untuk masa depan.
Kalau masa tahun satu, bila ditanya soalan nie, for sure semua akan jawab "Nak ubat orang sakit. Nanti bila mak atau ayah sakit, boleh jaga diorang". Sungguh terskema dan jujur jawapannya. Tapi, semakin umur meningkat (still sweet 19teen ok!! ), jawapan tue dah macam tak dapat diguna pakai lagi. Kenapa?
"Seorang pengamal perubatan tidak boleh merawat seseorang yang mempunyai pertalian darah dengannya seperti ibu, ayah, adik beradik dan yg terdekat kerana dikhuatiri rawatan yg diberikan tidak mengikut tahap yang sepatutnya seperti overtreating atau notreating. Tapi, beliau boleh terlibat dan berbincang dgn doktor bertugas merawat pesakit dgn memberi cadangan dan pandangan sahaja." - onceuponatime
Nah ambik kaw. kena sebijik kat batang hidung wanblur yg kiut miut nie. Tapi, still tak dapat challenge hidung cik adaa yg femes di twitter.
so,
Apa yang aku nak sebenarnya? Terfikir nak buat timeline hidup. Anggaran usia 65 tahun. Insyallah.
Umur 1 Hari : Dok nangis siang dan malam dekat mak ayah aku.
Umur 6 bulan : Baru mula makan bubur dan sayur hancur
Umur 12 bulan : Dok menjalar macam ular berjalan dekat sofa.
Umur 7 Tahun : Sekolah Rendah
Umur 13 Tahun : Sekolah Menengah
Umur 18 Tahun : Asasi
Umur 19 Tahun : Medical Degree
Umur 24 Tahun : Tamat Medical Degree dan kerja di hospital secondary.
Umur 26 Tahun : Tamat HO dan kembali ke hospital di Kedah. Perkahwinan mungkin.
Umur 28 Tahun : Sambung Master untuk jadi registra. Buat rumah anak yatim mungkin.
Umur 32 Tahun : Habis Master dan dah jadi Specialist.
Umur 34 Tahun : Buat Subspecialist. Buat masjid kedah mungkin.
Umur 39 Tahun : Menjadi seorang pakar perubatan dan kembali berkhidmat untuk kedah.
Umur 43 Tahun : Menjadi Pensyarah klinikal. Buat kebajikan di rumah anak yatim/tahfiz mungkin.
Umur 58 Tahun : Sign contract untuk resign umur 60 tahun
Umur 60 Tahun : Berkeluarga.
Umur 65 Tahun : Meninggal Dunia. Insyallah, Husnul Khatimah
Fuhh...
Manusia hanya mampu merancang, tetapi Allah yang menentukan.
What you want in future ?
I want His Jannah. Dunia hanya sementara, akhirat selama-lamanya. aku tak suka cuaca panas dan tak beraircond, jadi kena berusaha jadi baik. Syurga itu nyaman, neraka tu panas. Lebih baik bernyaman-nyaman di syurga dari berpeluh-peluh di neraka.
p/s:
Paper teori Paediatrik pada 15 April 2013.Lagi dua minggu. gulp.
Perkahwinan? Usia masih muda. heeee
bye.
2 comments:
Good Luck! Doakan yg terbaik utk korang. InsyaAllah di permudahkan segala urusan. Amin
insyaAllah moga semua tu jd kenyataan. usaha dan Allah akn membantu. :)
Post a Comment