Be Mine - Tasha Manshahar |
Assalamualaikum
Sejak hampir 10 tahun meninggalkan bangku persekolahan (8tahun exactly), semakin lama diri semakin hanyut. Yup. Mesti ustaz-ustazah dan Ummi (pengetua) sedih dengan diri ini. Kawan-kawan seperjuangan juga. Aku baru sedar, dan memang benar ayat nie...
"Setitik titik hitam dalam hati, semakin hari akan menjadi semakin banyak. Setitik titik hitam mudah dihilangkan, tapi makin hari semakin susah dan hanyut. Mula-mula tak rasa apa-apa, bila masa berlalu, ketenangan dalam hati semakin hilang. tanpa disedari.Bila dah tersedar, diri terdampar jauh" - anonymous 2012
Dulu,
setiap malam jumaat, setiap kali akan menempuh cubaan/dugaan
malam sebelum lawan badminton negeri
malam sebelum exam
malam sebelum hari-hari penting dalam Islam
malam sebelum sebarang aktiviti (kawad/sukan/etc)
Pasti Yassin dibibir. Indahnya dunia yang dulu.
Aman. Gaya hidup yg diterapkan dari mula persekolahan.
Ummi.. dia yang menerapkan.
Islam. The way of life.
Tapi kini?
yup. aku rindu aku yang dulu.
rindu. sangat.
k lah. bye
terjemahan Yassin:
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Yaa Siin. (1) Demi Al-Quran yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh, (2) Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad adalah seorang Rasul) dari Rasul-rasul yang telah diutus, (3) Yang tetap di atas jalan yang lurus (agama Islam). (4) Al-Quran itu, diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani, (5) Supaya
engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya
telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka
lalai. (6) Demi sesungguhnya, telah tetap hukuman seksa atas kebanyakan mereka, kerana mereka tidak mahu beriman. (7) Sesungguhnya
Kami jadikan (kesombongan dan keengganan mereka tunduk kepada kebenaran
sebagai) belenggu yang memberkas kedua tangan mereka ke batang leher
mereka; (lebarnya belenggu itu) sampai (menongkatkan) dagu mereka lalu
menjadilah mereka terdongak. (8) Dan
Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan
pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang
kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka
dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada)
di belakang mereka (pada hari kiamat). lalu Kami tutup pandangan mereka;
maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar). (9) Dan
(dengan sebab itu) sama sahaja kepada mereka, engkau beri amaran atau
engkau tidak beri amaran kepadanya mereka tidak akan beriman. (10)
(Surah Yassin 1-10/83)
No comments:
Post a Comment