Sunday, February 10

Kelainan.peliks



Assalamualaikum

Seperti kebiasaan, minggu study week akan menjadi minggu paling aktif wanblur menulis entri. Bukan kerana terlalu pandai untuk exam, dan semestinya bukan kerana idea entri mencurah ke ladang gandung. Salah sama sekali. Btw, Ini salah satu Stress Reliever yang berkesan untuk wanblur. The ultimate penenang jiwa ialah Allah. 


Berbalik kepada tajuk entri, "kelainan.peliks". Ia bukan merujuk kepada keburukan or kehodohan or apa-apa pun tentang rupa paras or kejadiaan seseorang itu. Tetapi, dalam entri nie, ia menyentuh kepada sikap. yup, Personaliti seseorang. (btw kembar seiras pun ada kelainan)

Berdasarkan kepada teori personaliti yang dikemukan oleh Dr John A.Jhonson, terdapat lima kategori iaitu :
  • Bersifat terbuka
  • Bersikap kesedaran (consciousness)
  • Bersifat sosial (suka bergaul)
  • Berpendapat sama (senang capai persetujuan/ agreeable))
  • Bersifat neurotik (mempunyai gangguan emosi)


Kelainan itu penting. Kelainan itu yang menceriakan. Kelainan itu yang mencorakkan. Sebab kelainan itu jugak kita bersedih.

tetapi,

jangan kelainan yg ditonjolkan itu pelik. Selalunya yg pelik-pelik nie, ALIEN. hahaha

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tiada bayi yang dilahirkan melainkan dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci dan bersih dari dosa). Maka kedua ibu bapanyalah yang akan menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi." (Hadis riwayat Bukhari)



p/s :

Lentur buluh dari rebungnya. 
Masak maggi setiap hari








1 comment:

Reen Rostarizam said...

Good luckk and nice entri :)